Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Monday 21 December 2009

Minum susu balik, yuhuu!

Seingat aku, kali terakhir aku minum susu masa aku berada dalam semester 4. Susu anlene yang memang aku tak lalu nak minum tapi dipaksa oleh mama aku. Ya, dah besar2 begini pun kena paksa minum susu. Last2 susu tu aku biarkan sampai expired dalam freeze. Aku tiada masalah nk minum susu. Dari kecil mama memang dah latih aku minumsusu. Pilihan mama untuk aku pasti lah susu Dutch Lady. Bila aku naik sekolah menengah aku bertukar ke susu Prolene. Aku minum susu ni sampai lah susu ni dah takda jual lagi kat pasaraya yang aku selalu shopping tu. So aku bertukar kepada susu calcimex. BluweeKk, rasanya nak muntah. Sangat hanyir tetapi ada rasa manis. Aku beli sampai 2 tin je. Lepas tu takda jual lagi kat pasaraya tu. Huhu nak minum susu apa lagi lepas ni? Aku cuba jugak cari 2-2 susu yang aku pernah minum tu kat pasaraya lain. Malangnya, takde jugak. Aku ni bawa malang ke kat pengeluar 2-2 susu tu. Asal aku jd pelanggan tetap je, trus hilang dari pasaran. Mungkin la kat pasaraya lain ada tapi bukan jodoh aku, tuhan nak temukan.


 Owh, aku takkan minum anlene sebab aku rasa susu tu utk orang tua2 je. Pastu aku stop minum sampai la masuk UPM, mama aku da bising2 suh minum susu. Nak tak nak terpaksa minum anlene. Dah itu je yang ada kat kedai. Aku minum rasa tawar giler, tak lalu nak minum dah. Macam takda lemak. Tu yang last2 jadi replica je kat peti ais. Masa tu aku siap beli sebungkus lagi nak bawa balik kolej, alih2 benda tu tak rasmi2 sampai akhir semester. Aku sedekah je kat roommate aku, Sarah. Dia ni memang penggemar susu. Nasib, tak membazir.

Dan pada hari ini, aku kembali minum susu. Sekali lagi aku cuba anlene. Harap2 cubaan kali ke-2 ni, aku boleh telan.



                                                                           now u c...


now u don't

Alhamdulilah, aku bisa menghabiskannya seperti minum milo ais. Rasa pun ada improvement la. Mungkin anlene yang aku beli dulu tu untuk warga emas. Tu yang rasa tawar semacam. Ntah, aku ni macam2 la. Tadi aku minum pukul 9.30, sekarang nak tidur la. Ngantok, gud nite. ( 11pm)


ini baru pack kcil, kang bli yang bsar lak.


Thursday 17 December 2009

Doa Awal Tahun & Akhir Tahun

Sangat kecewa apabila skali lagi tidak dapat bersama-sama mama dan babah ke surau Al-Abrar utk meraikan Tahun Baru Islam bsama jemaah Port Garden yg lain, kerana masalah sakit puan. So, di sini saya sertakan Doa Awal Tahun & Akhir Tahun utk dikongsikan brsama. Trima kasih kpada Darul Nu'man.


Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Doa Awal Tahun:





Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.


Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.


Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.




Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".


Doa Akhir Tahun:



Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.


Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.


Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

kimmy brbisik: sila klik pada doa trsbut utk mndapat gambaran yg lbih baik.

Friday 11 December 2009

Pengumuman Penting

Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatu….

Kimmy kazuma (bukan nama sbnr) nk buat pngumuman pada pngunjung2 blog ni. (yg kimmy blh bilang ngan jari 10 ni) Mulai hari ini takda lagi posting2 yg brsifat tlalu pribadi utk dipaparkan. Kimmy kazuma akan cuba mngawal mosi bila bdpan konflik dalaman dgn kluarga dan rakan. Akan cuba tidak paparkan di sini. Tak manis dibaca org. Biarlah kimmy kazuma, rakan tdkat, family dan tuhan yg maha mgtahui ja tahu. Sblum ini, kimmy kazuma pnah post kisah konflik ngan mama. Ahh, prmpuan sgt mosi. Ckit2 nk mngadu. bila ada blog, smua nk habaq kat sini biaq suma ogwang tau. (awat ang tak malu ka, biar satu Malaysia tau ang pnah Dhaka) Pastu takda moral lak kisah ang. Abih2 sronok dapat mawar mrah dr mama ang sndri masa hari konvoksyn. Sdozn lagi. Awat snang nya idup!!!!(haa, tang ni la kimmy kazuma nk control).

Kimmy kazuma nk buat pmbtulan ckit. Kimmy syg sgt kat mama kimmy tu. Kami hanya slalu slisih pndpat. Cmna hangin 1 badan pun, msti datang minta garu blakang badan gak. Hurm…pastu bbalas2. kih kih. Bila kami slisih pndapat, babah (mmg panggilan sbnar) akan jd org tgh. Baru tahu susah gak nk hadap 2 wanita ni. Ok, ckup2 la kisah kami anak branak. Lpas ni Kimmy tak nak copy past drama family kimmy kat sini. Drama yg tak spatutnya di baca umum. Ini yg last. Kimmy rasa malu bila baca balik dan sgt sdar ia tak spatutnya lpas ksini. Mama kimmy sgt prahsia dan dia tak suka kisah family di jaja2. Kimmy sgt bsalah.

Tapi kalau kimmy nk dscribe ttg prson yg kimmy sayang kat sini atau nak umum kisah yg pnting dlm idup kimmy, itu lain crita. Itu pghargaan namanya. Dan kimmy akan lakukan sbb kimmy sayang sapa yg kimmy spatutnya sayang dan akan show kat sini. Kimmy sayang mama, babah, ggl kimmy, saudara mara kimmy dan bakal suami kimmy. Kimmy takda kawan llaki. Siys! Nanti kimmy story.




Kimmy brbisik: pngganti diri nama ptama pnaip akan brubah2 mngikut mosi dan krndahan hati pnaip swktu mnaip. Harap maklum.

Wednesday 9 September 2009

Birthday at 090909

Hehe hari yang membahagiakan....

sbb besday aku jatuh pada hari keramat...

tarikh seperti ini di raikan setiap 10 tahun sekali....

huhuhu

Friday 4 September 2009

Ohasyi-san!

Semalam masa aku tgh duk kat opis, nampak kelibat lelaki lalu di sebelah aku. Wajahnya familiar sgt.....ye aku tau, itu lah ohasyi! Masa aku mula2 masuk company ni, dia baru sahaja resign dari company ni dan terus pulang ke kampung halamannya di negara matahari terbit. my colleage said, dia balik Jepun because of cancer. Cancer ape tak pasti. Kiranya nk menghabiskan sisa2 hidup kt sana. Aku kenal muka dia sebab tgk dlm organization chart yg lama. Now, dia kembali ke sini semula. Tapi kontrak saja dalam beberapa bulan. Politik apa kali ini pun tidak pasti. Kembali...dia pandang aku dan tegur 'new face?' aku angguk senyum. 'how mask?" soalnya. Aku tak paham suh dia ulang balik. 'How mask?" kali ini dia menggerak2 kan tangan nya mcm berbahas. aku terpinga2. Siyes tak paham. Dia ni nak face mask ke? ye lah skrang kan H1N1 and dah ramai orang kat sini mula pakai face mask. One of my colleage datang ke tempat aku dari arah belakang menyampuk, 'around 6' katanya. (pembetulan cik kak, saya dah 8 bulan kerja kat sini) Owh rupanya org jepun ni tanya how month!!!

Huhu aku tak de masalah pendengaran atau aku bukan bebal sgt nk paham inggeris cuma pronounciation dia je 'kurang'. Huhu kelakar lah! Takpe, pasni aku kena praktis faham loghat Jepun dlm Inggeris. Kalau Bhs Nepal pun aku dah pass pe lagi Bhs Jepun yg amat ku gemari sejak skolah lagi, hajime mashite, Ohasyi-san!

Friday 7 August 2009

Cinta lama ( janjiku yang tak kesampaian)

Tinggal beberapa hari sahaja lagi majlis konvokesyen saya. Dalam kesibukan dan kegembiraan saya menanti hari yang bersejarah itu, saya teringat satu janji yang saya buat pada diri saya sendiri tanpa diketahui oleh sesiapa. Saya berjanji yang pada hari tersebut saya akan temukan seseorang yang istimewa dalam hidup saya dengan dua orang yang paling saya sayangi sepanjang hayat saya.

Orang yang istimewa dan pernah bertakhta di hati saya ini telah saya kenalinya sejak 4 tahun yang lalu. Waktu saya mula2 menjejakkan kaki ke menara gading. Dia merupakan coursemate terawal yang saya kenal pada waktu.itu. Sangat bermakna kerana dia mengambil berat tentang diri saya dan banyak beri sokongan serta berkongsi masalah bersama saya. Tidak tahu apa yang menarik tentang diri saya membuat dia terus ingin berkawan dengan saya walaupun selepas dia berhenti dari pengajian pada semester 2 kerana menerima tawaran kerja dari sector awam. Namun setahun selepas itu dia kembali ke UPM menyambung pengajian pendidikan jarak jauh. Sungguhpun stiap minggu dia datang kelas, kami jarang berjumpa kerana saban minggu juga saya akan pulang ke rumah ibu ayah saya. Namun adalah sekali sahaja saya bertemunya. Dan itu jugalah pertemuan terakhir saya sebelum dia meninggalkan saya buat selama-lamanya. Kami hanya bertemu di perpustakaan. Duduk di bangku hadapan pintu masuk perpustakaan. Membuka kembali kisah lama kami sewaktu mula2 bertemu, bertanya khabar rakan2 yang lain dan bercerita tentang perancangan masa hadapan. Sewaktu dia bercerita tentang dirinya di masa hadapan, dia membayangkan saya ada disisinya sewaktu dia mengusahakan sebuah restaurant makan. Saya hanya membatu mendengar angan2 nya. Banyak lagi yang kami bualkan tetapi tak banyak juga yang masih saya ingat. Yang saya tahu, saya hanya mahu menikmati waktu kami berdua tanpa di kenali sesiapa yang berada di keliling kami. Walaupun jarang berjumpa tetapi hubungan kami kekal berjalan seperti biasa. Katanya sibuk bekerja. Ok, saya faham semua itu. Mama saya adalah orang paling senang melihat perkembangan hubungan saya dengannya. Dia juga sering menyatakan hasrat mahu bertemu dengan mama saya sambil menyatakan dia suka berbual dengan mama saya. Ya, mereka pernah berbual di talian satu ketika dulu.

Namun, semua impian dan harapan hancur dengan sebuah perkahwinan. Ya, yang hancur itu adalah saya. Yang bahagia mendirikan rumahtangga bersama pasangan pilihan adalah dia. Ia baru sahaja terjadi beberapa bulan yg lepas. Mendengar berita yang disampaikan melalui email, saya segera menghubunginya. Bila ditanya, kenapa keputusan ini diambil? Jawabnya mudah. Tidak mampu hidup seorang diri di sana. (tempat dia bermastautin kini) Keluarga jauh dan rakan-rakan social tiada. Kesunyian. Katanya lagi, dia nekad hidup bersama gadis itu, kerana gadis itu berada dekat dengan diri nya. Mengambil berat dan menjadi pendengar yang setia. Kisah saya juga sering dia bualkan bersama gadis itu. Namun sampai satu waktu, hatinya sudah terbuka untuk mendirikan rumahtangga. Dalam pada masa yang sama tersepit diantara 2 wanita. Solat istikarah dilakukan dan dia menemui jawapan. Sungguh saya sukar menerima keadaan ini tetapi saya redha kerana saya percaya pada ketentuan Ilahi. Saya percaya ada hikmah di sebaliknya. Pada perbualan akhir kami, sempat dia menyatakan yang selama ini dia memendam rasa kepada saya namun semua itu tak terluah dngan kata2 kerana dia tiada keberanian untuk menyatakan. Dia pula melihat saya seperti acuh tidak acuh dalam perhubungan ini. Saya akui, sekali pun saya meminati seseorang itu, saya tidak akan begitu menunjukkan prihatin saya terhadap org tersebut. Saya mmg kurang dalam hal2 begini. Bakal suri hidupnya juga sama seperti saya, dia tidak pernah menyatakan kata2 cinta, terus melamar.( Boleh caye ke?)

Masih terngiang2 kata2 nya di hujung talian apabila dia membuat pengakuan yang selama ini saya memang berada di dalam hatinya. Sambungnya lagi istimewanya saya pada matanya akan tetap kekal buat selama2 nya dan berharap hubungan kami sebagai kawan tidak akan putus walaupun dia sudah bergelar suami orang. Sempat pula dia berjenaka, kita tiada jodoh tetapi mungkin anak2 kita esok yang akn berjodoh. Kata2 seperti itu sudah terlambat. Keputusan sudah dibuat. Dan saya tak perlu mendengarnya lagi. Sudah tidak bermakna. Walupun dijemput ke majlis perkahwinannya, saya tidak pergi. Saya sedih atas apa yang terjadi tetapi tidak pula mendoakan yang buruk2 tentang dirinya. Saya juga tidak berniat untuk menghubunginya lagi. Dia sudah pergi. Biarlah dia berlalu. Alhamdulilah, Allah memberi saya kekuatan dengan semangat dari rakan2 saya. Dalam masa 2 minggu sahaja saya dirundung kesedihan, terbawa2 ke tempat kerja dan dimana2. Melupakannya atau buang terus dari kotak pemikiran saya, tidak perlu dilakukan. Sebab itu adalah sejarah hidup saya. Sejarah tak mungkin boleh diubah atau dilupus. Saya tidak membenci, berdendam atau pun cinta dan sayang kepadanya lagi. Maka biarlah kenangan bersamanya beransur2 hilang dari kotak pemikiran saya dengan peredaran masa.

Kini, waktu yang dinantikan hampir tiba. Saya teringat kan janji itu. Tidak apa lah. Sudah bukan rezeki saya untuk mempertemukan mereka.

Tuesday 4 August 2009

Babah sangat cool!

Huh, my mom tipu aku semalam. My mom said babah marah giler ble dgr aku nk amek jrugambar professional masa konvo aku nanti. Ble babah pulang dari kerja, aku terus dapatkan babah dan Tanya, ‘it is true?’ babah kerut muka, ‘semua itu tidak benar anakanda, masakan ayahanda sanggup berkata2 begitu…(cewahh lebih kurang macam tu lah ayat babah kalau zaman hang tuah dulu). So, aku Tanya balik ‘kalau betul, boleh ke? Babah izin tak?....’boleh, takde masalah!’ berapa? RM200 ke? Yup! How u noe 200? ‘standart lah tu, balas babah. But, mama….? ‘alah, biar la mama tu, peduli kan, babah ada, jangan risau. ‘Erm…tak takut ke lau mama mengamuk depan org ramai ble dia nmpk photographer tu nanti?? ‘kalau mama marah, konvokesyen dah selesai pun.’ Hahahah kami anak beranak ketawa. Babah mmg best. Tak tau la kot my mom terdengar perbualan kami sbb beliau sedang bersantap didapur. Huhuhu babah best…babah mmg best!


11.45 AM YEHUU!!! Tembok keegoan my mom dah roboh saat aku melihat hp dengan 6 panggilan yg tidak berjawb. Siyes bkan tak nak angkat tp tak dengar sbb aku letak hp dlm laci. Pastu g merayau2 kat tmpat orang sambil wat keja. Aku pun cepat2 kol my mom Tanya ada apa hal. Alahai just tanya balik ni nak makan tak? Hehe yer la smlm kan perang dingin. Aku tak makan. Just duduk je dlm bilik smpai babah balik keja baru brani kua bilik. Hey, my mom dah sejuk lah!

Monday 3 August 2009

Perang Dingin

Tinggal beberapa hari saja lagi, aku akan bergraduat. Banyak benda tak settle lagi. Shoping pun asek bertangguh jek. Hari ni pulak 'perang dingin dengan my mom. Aku nak upah jurugambar profesional tuk hari bersejarah aku tu. ada la 2-3 photographer yang aku dah contact hari ini. Tapi aku berkenan kat tawaran yang 1 ni. harga dan perkhidmatan aku rasa setimpal dan bertepatan dgn kehendak aku. Rasa2 nya confirm lah mamat ni yang akan aku pilih tuk merakam hari bersejarah aku tu.....


.....aku pun call my mom nak share ngan dia. tup2 dia mengamuk dlm phone tu gak. Dia kata membazir lah...mahal lah....nak menunjuk...n so on! erm...camne nak buat yerk? my mom tak suka n sure lah balik ni aku akan trus bertafakur kat bilik sampai subuh. So, memang itu la yg terjadi. See...benda baru nak rancang pon my mom punya sakit hati sampai bagi balik baju kurung yang aku belanja untuk hari konvo n hari raya nanti. Sedey nyer...tapi aku kuatkan semangat. ini baru planning yang my mom bangkang habis2 san. Agaknya kalau dia bangkang aku buat keputusan yang besar2 mcm nikah ke, pindah umah ke...camne yer? huh....(mengeluh) baik aku ada adik lagi bagus. At least my mom tak bg sgt perhatian kat aku. Sbb aku anak tunggal, semua keputusan aku jadi keputusan bersama.


my mom lau marah tak suka shoot ngan bnda2 berbahaya. Cukup lah dengan sindirannya yang tajam yang kita sendiri tak jangka. Mental ku byk kali mereng sbb kata2nya yang berseni.