Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Friday 7 August 2009

Cinta lama ( janjiku yang tak kesampaian)

Tinggal beberapa hari sahaja lagi majlis konvokesyen saya. Dalam kesibukan dan kegembiraan saya menanti hari yang bersejarah itu, saya teringat satu janji yang saya buat pada diri saya sendiri tanpa diketahui oleh sesiapa. Saya berjanji yang pada hari tersebut saya akan temukan seseorang yang istimewa dalam hidup saya dengan dua orang yang paling saya sayangi sepanjang hayat saya.

Orang yang istimewa dan pernah bertakhta di hati saya ini telah saya kenalinya sejak 4 tahun yang lalu. Waktu saya mula2 menjejakkan kaki ke menara gading. Dia merupakan coursemate terawal yang saya kenal pada waktu.itu. Sangat bermakna kerana dia mengambil berat tentang diri saya dan banyak beri sokongan serta berkongsi masalah bersama saya. Tidak tahu apa yang menarik tentang diri saya membuat dia terus ingin berkawan dengan saya walaupun selepas dia berhenti dari pengajian pada semester 2 kerana menerima tawaran kerja dari sector awam. Namun setahun selepas itu dia kembali ke UPM menyambung pengajian pendidikan jarak jauh. Sungguhpun stiap minggu dia datang kelas, kami jarang berjumpa kerana saban minggu juga saya akan pulang ke rumah ibu ayah saya. Namun adalah sekali sahaja saya bertemunya. Dan itu jugalah pertemuan terakhir saya sebelum dia meninggalkan saya buat selama-lamanya. Kami hanya bertemu di perpustakaan. Duduk di bangku hadapan pintu masuk perpustakaan. Membuka kembali kisah lama kami sewaktu mula2 bertemu, bertanya khabar rakan2 yang lain dan bercerita tentang perancangan masa hadapan. Sewaktu dia bercerita tentang dirinya di masa hadapan, dia membayangkan saya ada disisinya sewaktu dia mengusahakan sebuah restaurant makan. Saya hanya membatu mendengar angan2 nya. Banyak lagi yang kami bualkan tetapi tak banyak juga yang masih saya ingat. Yang saya tahu, saya hanya mahu menikmati waktu kami berdua tanpa di kenali sesiapa yang berada di keliling kami. Walaupun jarang berjumpa tetapi hubungan kami kekal berjalan seperti biasa. Katanya sibuk bekerja. Ok, saya faham semua itu. Mama saya adalah orang paling senang melihat perkembangan hubungan saya dengannya. Dia juga sering menyatakan hasrat mahu bertemu dengan mama saya sambil menyatakan dia suka berbual dengan mama saya. Ya, mereka pernah berbual di talian satu ketika dulu.

Namun, semua impian dan harapan hancur dengan sebuah perkahwinan. Ya, yang hancur itu adalah saya. Yang bahagia mendirikan rumahtangga bersama pasangan pilihan adalah dia. Ia baru sahaja terjadi beberapa bulan yg lepas. Mendengar berita yang disampaikan melalui email, saya segera menghubunginya. Bila ditanya, kenapa keputusan ini diambil? Jawabnya mudah. Tidak mampu hidup seorang diri di sana. (tempat dia bermastautin kini) Keluarga jauh dan rakan-rakan social tiada. Kesunyian. Katanya lagi, dia nekad hidup bersama gadis itu, kerana gadis itu berada dekat dengan diri nya. Mengambil berat dan menjadi pendengar yang setia. Kisah saya juga sering dia bualkan bersama gadis itu. Namun sampai satu waktu, hatinya sudah terbuka untuk mendirikan rumahtangga. Dalam pada masa yang sama tersepit diantara 2 wanita. Solat istikarah dilakukan dan dia menemui jawapan. Sungguh saya sukar menerima keadaan ini tetapi saya redha kerana saya percaya pada ketentuan Ilahi. Saya percaya ada hikmah di sebaliknya. Pada perbualan akhir kami, sempat dia menyatakan yang selama ini dia memendam rasa kepada saya namun semua itu tak terluah dngan kata2 kerana dia tiada keberanian untuk menyatakan. Dia pula melihat saya seperti acuh tidak acuh dalam perhubungan ini. Saya akui, sekali pun saya meminati seseorang itu, saya tidak akan begitu menunjukkan prihatin saya terhadap org tersebut. Saya mmg kurang dalam hal2 begini. Bakal suri hidupnya juga sama seperti saya, dia tidak pernah menyatakan kata2 cinta, terus melamar.( Boleh caye ke?)

Masih terngiang2 kata2 nya di hujung talian apabila dia membuat pengakuan yang selama ini saya memang berada di dalam hatinya. Sambungnya lagi istimewanya saya pada matanya akan tetap kekal buat selama2 nya dan berharap hubungan kami sebagai kawan tidak akan putus walaupun dia sudah bergelar suami orang. Sempat pula dia berjenaka, kita tiada jodoh tetapi mungkin anak2 kita esok yang akn berjodoh. Kata2 seperti itu sudah terlambat. Keputusan sudah dibuat. Dan saya tak perlu mendengarnya lagi. Sudah tidak bermakna. Walupun dijemput ke majlis perkahwinannya, saya tidak pergi. Saya sedih atas apa yang terjadi tetapi tidak pula mendoakan yang buruk2 tentang dirinya. Saya juga tidak berniat untuk menghubunginya lagi. Dia sudah pergi. Biarlah dia berlalu. Alhamdulilah, Allah memberi saya kekuatan dengan semangat dari rakan2 saya. Dalam masa 2 minggu sahaja saya dirundung kesedihan, terbawa2 ke tempat kerja dan dimana2. Melupakannya atau buang terus dari kotak pemikiran saya, tidak perlu dilakukan. Sebab itu adalah sejarah hidup saya. Sejarah tak mungkin boleh diubah atau dilupus. Saya tidak membenci, berdendam atau pun cinta dan sayang kepadanya lagi. Maka biarlah kenangan bersamanya beransur2 hilang dari kotak pemikiran saya dengan peredaran masa.

Kini, waktu yang dinantikan hampir tiba. Saya teringat kan janji itu. Tidak apa lah. Sudah bukan rezeki saya untuk mempertemukan mereka.

No comments: