Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Sunday 20 November 2011

Episod 2 | 7 Tanda Si Dia makin jauh dengan kita

1. Kurang menggunakan teknologi yang ada untuk menghubungi kita.

Facebook, Twitter, SMS, Hot Tiket, Plan Family Celcom....alahh takkan korang tak pernah buat semua benda tu kan. Kalau dulu buka laptop pagi-pagi nak check notification bagai, penuh dengan nama dia , kini nak harap dia 'like' gambar kucing kita pun, harammmm!!!

2. Lambat reply

yang ini for sure dan memang tak dapat nak dinafikan. Kamu dah bukan lagi kepentingan dia. Kalau betul dia masih kejarkan kamu, dia takkan delay nak reply mesej kamu jugak kan? Melainkan, memang dari awal perhubungan kamu dah difahamkan oleh dia bahawa dia seorang yang hardworking. hello, kalau busy pun, sila reply begini 'saya bz, nanti free sy mesej balik'. Kitorang takkan kebudak-budakkan punye.

3. Sepatah ditanya, sepatah lah jawapannya. Memang patah seribu lah lepas tu.

Dah reply tu satu hal la. Siap melepasi solat Magrib dan Isya'. Dan bila dah excited nampak nama dia muncul kat screen HP, jawapan isi tempat kosong yang dibalasnya. Dulu you all just tanya, salam hai watpe tu? sekali dia reply adalah dalam 2 kali mesej dia masuk inbox. Itu belum lagi soalan rutin harian kamu yang belum tentu kamu sempat jawab balik semua soalan dia. Kini, besar manapun skrin HP kamu tu, si dia tak lagi maksimumkan penggunaanya sepenuhnya.

4. Memberikan bermacam alasan bila di ajak berjumpa.

Tolong lah. stail Uma, kalau ajak jumpa tu memang tunggu family buat kenduri je. Sekali macam ni jawapan dia 'Orang tak janji, kalau ikutkan memang kerja tak pernah habis. Lagipun minggu depan sepupu orang kawin...jadi faham-faham je la....' kalau korang kat tempat Uma, apa jawapan korang? Uma just jawab 'Faham, takpe la kalau macam tu. Assalammualaikum' Be nice ok! jaga tatatertib seorang perempuan. (geram tapi sabarrrr) then buat spot check, tanya kat orang lain yang sama bidang kerja dengan dia, betul ke banyak kerja walaupun dah start cuti sekolah??? (Uma dah text yanie tadi, yer sangat banyak kerja.. Uma menyesal ngade-ngade majuk tadi). Fine, Is bukan macam dulu lagi sejak bergelar pendidik.

5. Kurang respond apabila kamu membelikan sesuatu untuk dia.

Sudah tentu lah kecil hati bila pemberian kita tak dihargai. tak mau bincang. sedih bila teringat.


6. Sering mengelak atau lebih tepat kurang berminat apabila kita bertanyakan hala tuju hubungan kita.

Ok, ini Uma faham. Adik beradik ramai. Nak lepaskan adik-adik yang kecil dulu. Uma pernah desak suruh Is masuk meminang? tak pernah kan. malah Uma siap kata tunggu 3 tahun lagi baru fikir pasal kawen Padahal kawan-kawan Uma yang sebaya masa tu dah menghitung hari nak menuju hari bahagia. Tapi uma punyalah nak bagi Is jangan susah hati fikir pasal masa depan kita waktu terdekat ni, Uma sanggup ketepikan impian Uma nak kahwin muda. Errkk Uma sekarang pun muda lagi.


7. Sunyi sepi tanpa berita.

Pergi ambil bantal strawberry, tekup muka jangan kasi airmata melimpah.



................................................................................................

Cik Za: Ini apa Uma? 7 tanda si dia makin jauh dengan kita????

Uma : Uma tension lah hari ni. Is macam dah lain sangat Memang tak suka kat Uma dah.

Cik Za: Hehe kelakar lah 7 tanda ni. Mula-mula ayat macam nak jadi wartawan lep lep. Lama-lama Cik Zah baca dah macam luahan jiwa berdarah pulak. Dah ajak Is ke pergi kenduri cukur jambul tu?


Uma : dah tapi Is cakap dia sibuk. banyak kerja sekolah, sepupu kawen lagi. dia tak mau janji. tak pasti dapat datang ke tak.

Cik Za: Alaa...dulu masa Uma konvo pun dia tak janji kan nak datang. Tau-tau je dah sampai dengan bunga teddy bear.

Uma : Uma ingat. Turun je dari pentas, Uma dapat mesej Is. Tau-tau dia dah ada kat perkarangan dewan. Uma terkejut sangat. Kesian pun ada masa tu. Uma majuk sebab dia tak sure lagi dapat datang konvo Uma ke tak. lastly datang jugak. Bila jumpa dia kat luar dewan, nampak kudus je. Angin tiup, sure boleh tumbang. hehe.

Cik Za: hehe..itulah Uma. Is bukan seorang lelaki yang suka berjanji. Sebab Is tahu Uma cepat berkecil hati bila hasrat hati Uma tak dapat dipenuhi.Sebab tu Is tak beri Uma harapan. Dia tak nak Uma mengharap.

Uma : Walaupun Is tak pernah beri harapan pada Uma, tapi Uma takkan berhenti berharap supaya dia akan jadi sebahagian dari hidup Uma. Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui.

No comments: