Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Monday 30 December 2013

2013 yg ohsemm...eh hai 2014

Entry kali ni nak throwback balik thun awal,tengah dan akhir 2013. Otakk pliease rewind!! 

Januari
Pregnant...hepy sorang2 je bila dpt tau hamil sbb suami jauhh nun kat sabah. Parents lak mcm tak nak tunjuk hepy sgt nk dpt cucu alasan awal lagi. Org tua2 kan...byk pantang nye...takut separuh jalan. Tp mana tau kot diaorg ngadu hepy gilerr kat ALLAH. Positive2. Suami??? 'Eh ye ke ni?? Cam tak caye je'  komennye.

Februari
Takde ape yg menarik selain uwek uwek ...pantang makan itu pantang makan ini. Dlm kepala ada kipas angin serta makin kuwus.  Bila2 ingat2 balik rugi tak selfie sbb mmg kuwus tahap saiz s. Huhu perasan...m je.

March
Buat kenduri kesyukuran ajak jiran tetangga dan saudara mara datang rumah sbg tanda terima kasih menolong masa majlis pkahwinan disember tahun lalu. Masa ni da nmpk cket baby bump. Cket jeee.

April
Mcm takde apa yg menarik

March&June
Cuti sekolah. Suami balik dan bawa g jalan2 kat icity. Pergi muzium 3d. Amk gmbar byk2.

Makcik suami buat majlis perkahwinan.

Juga...pergi buat scan 3d and 4d kat klinik Ajwa kat shah alam. Masa ni la kami baru tau gender anak kami...its a boy.

July
Buat kenduri doa selamat dan tahlil sempena kedatangan Ramadhan dan kandungan ku yg ke 7 bulan. Macam bese suami takde...kat sabah. Uhuuu

August
Suami dpt pindah mengajar kat semenanjung. Alhamdulilah rezeki baby. Maka dpt la sambut raya bsama2 dan yg plg penting dpt smbut kelahiran baby kami.

September
Bulan yg mendebarkan bagi aku sbb due date bulan ni dannnn besday aku pd 9 september. I wish dapatla tarikh lahir yg sama ngn baby kami tp dia lahir sehari lewat.huhu . Takpe la. Yg pentinh baby sehat dan normal.

Oktober
Masih bpantang dan mummy blues lg...lama blues aku ni hehe
Pada 27 hb buat kenduri aqiqah zafran. Awal kan? Plan mk buat 1 disember sama dgn ulang thun nikah kami tp mama tak setuju sbb cuti skola. Nant btembung dgn byk kenduri.

November
Aku start masil keje stelah 2 bulan bpantang.

Disember
Yaayyy da setahun kawen ngn cekgu nih. Ulangtahun malan kay secret resipi ngn zafran.

Kesimpulan
Alhamdulilah byk pkara yg indah blaku tahun ni. Baru jr sweet2 bergelar isteri terus nak jadi ummi. Rezeki awal. Suami plak dpt tuka semenanjung stelah 4 thun merantau kt sabah.

Azam tahun baru

Nak jadi anak yang taat pd oranh tua....improve lg

Nak jadi isteri yg solehah...improve lg

Nak jadi ummi yg mithali...improve lg

Nak perbaiki diri rohani dan jismani

Nak perbaiki imej lbh muslimah

Nak perbykkan baca quran

Nak belajar menjahit sungguh2

Eh dah berapa haaa??

Doakan saya berjaya dunia akhirat!!!

Monday 23 December 2013

Wednesday 18 September 2013

Diari bersalin

Minggu ke-39

Hari ini 9 September 2013, hari kelahiranku yang ke 28. Hari Isnin. Aku pergi kerja seperti biasa. tiada lagi tanda sakit2 nak bersalin. Sakit perut memulas pun takda. (aku pernah baca yang antara tanda awal bersalin sakit perut memulas tapi tak berak). Aku berharap juga yang baby akan keluar hari ni. nak la sama ngan ibu dia. Dah dgn abi tak dapat. Abi dia 4 september.

kat office aku arini, semua orang tak keluar lunch. (geng2 seteru sahaja). Semua pakat beli bungkus makan kat office. Aku tak syak apa-apa sebab selalu juga kitaorang bungkus makan dalam. Bila makanan dah sampai, kak jue suruh bawa masuk meeting room. makan kat dalam tu. aku turutkan je. Bila dah ramai2 masuk makan makanan bungkus dalam tu, kak jue masuk dgn bawa kek siap ada 4 batang lilin. (4 batang je sbb kek comel)


Tu dia bos aku nak bagi cek. Main2 je tu. Tapi yang betul2 nya dia bagi aku voucher jusco (aeon) RM50. mekase cik pojie!!


Tiup sampai tumbang


Bila dah ramai2 nyanyi lagu 'heppy bufday' aku tunduk malu je pandang kek. huhu ada gak orang nak celebrate bufday aku. aku tak berangan langsung sape nak buat macam ni kat aku tahun ni sebab kepala aku dok pikir bila la waktu aku nak bersalin. Ika yang due date lambat drpd aku tu pun dah bersalin semalam. takut juga aku kalau overdue nant kena induce orang kata lagi sakit. Tapi aku berdoa la kut kut babt nak keluar hari ni, hari yang sama dengan hari lahir aku. Owhh tak boleh, nanti suami aku jeles,haha.

ni antara kawan pejabat aku


Balik kerja tu macam biasa suami ambil. Kepala otak aku ni dok pikir lagi. Bila la baby nak kuar...
dan bila aku bukak je pintu kereta, jeng jeng jeng....ada bunga, hehe sukeeeee!!!
1st time tau dpt bunga rose hidup dari suami. Ada tiga kuntum. Kembang mekat semuanya. Aku asek cium je bunga tu dalam kereta. Suami terus bawa aku pergi makan kek kat secret recipes. Dulu mana nak merasa semua ni sebab kita orang kan malu2 kucing. Buat macam2 kang takut cinta tak terbalas. ahhaaa!

Bunga dari cinta hati dan hadiah dari kawan-kawan pejabat.

9 September 2012 bersamaan 11.30 malam.

Aku rasa perut macam memulas sikit. Berry jugak la tapi le[astu mulas balik. Aku ada terbaca yang petanda paling awal peringkat nak bersalin perut akan rasa macam memulas. tapi tak rasa nak berry. aku berry je. Pastu cakap kat suami yang perut rasa macam tak sedap malam ni. suami aku tak melayan sangat. ok lah aku tak kisah sebab kalau dia layan cerita aku lagi macam-macam yang timubul dalam otak aku ni.

10 September 2013 bersamaan 12.01 pagi

Ye ye je pukul 12.01 pagi, haha tapi lebih kurang macam tu la...
Macam biasa sebelum masuk tidur aku suka membersihkan diri apa yang patut. Dalam hati macam dah kecewa sikit sebab baby tak lahir pada 9 September yang baru je berlalu. Dalam pada membersihkan diri tu aku nampak ada turun darah sikit. Ok, panik kejap tapi laju-laju aku basuh dan keluar bilik air terus dapatkan suami kat bilik tidur.

'awak, saya dah turun darah. nak bersalin dah ni. kena siap-siap g hospital'

suami aku terus bangun tak cakap apa2 sambil kemas-kemas apa yang patut. Kemudian aku dapat babah yang macam biasa tengah kusyuk tengok berita kat astro malam2 macam ni dan mama yang tengah hanyut dibuai mimpi. Semua orang kelam kabut siapkan diri masing-masing dan mengawal emosi dengan baik sekali.

12.30 pagi

sebelum bertolak, ku lihat suami sedang membacakan beberapa surah ke air yassin untuk aku jadikan bekalan nak bersalin nanti. Aku pilih bersalin kat PPUM. Alhamdulilah dapat pulak time nak bersalin waktu malam. Bukan apa, aku duk Klang. Perjalanan nak kesana penuh dengan kesesakan lalu lintas kalau waktu siang. Kitaorang dah plan, kalau 'kena' waktu siang nak order st john je. kalau naik kereta sure lepas sejam setangah baru sampai. Walaupun orang kata lepas turun tanda nak bersalin still ambil masa beberapa jam nak bukak jalan yang kat bawah tu, aku tetap tak nak amik risiko kalau2 bersalin tengah jalan.  Jadi bila kitaorang gerak malam, amibil masa setengah jam sahaja.

1.00 pagi

dah sampai tak tau mana nak dituju. Perut belum alami kontraksi lagi.
Jumpa nurse kat lobi dan terus tanya wad bersalin.
sampai kat tingkat 2, aku disuruh tukar baju. warna pink. kain dia tak best. macam kain batik. kena ikat2. aku mana reti. tak pernah pakai kain batik. Selesai tukar, aku kena masuk labour room untuk buat CTG.
Dalam sejam jugak la. Kemudian datang doktor lelaki muda nak seluk bawah aku ni. nak tengok dah bukak berapa cm. Seriou tau sebab seumur hidup aku belum pernah masuk hospital jadi patient. Kena seluk apatah lagi. Sepanjang hamil pun belum pernah sebab aku sihat walafiat. Sebelum seluk aku tanya. :doktor perempuan takde ke?' tanya je kot. Pastu doktor tu jawab 'malam ni semua doktor lelaki takda perempuan' Muka berubah macam nak marah. Eh eh emooo lak doktor ni. Bukan aku prejudis pun. Kemudia dia seluk. Bukaan dah 2 cm. Lepas dia seluk rasa macam gatal pulak bahagian perinium. rasa macam nak cuci je tapi CTG tak habis lagi. tak leh bangun. Lepas dia seluk tu jugak, aku dah mula rasa kontraksi sikit2. sakit macam senggugut. tak selesa. Dalam pada tu juga ada student praktikal datang kat aku tanya macam-macam soalan berkaitan pengalaman aku masa hamil. Aku  jawab je. Bagi kerjasama. namapun bersalin kat Pusat Perubatan Universiti Malaya.

2.30 pagi - 6 pagi

Selesai CTG, aku ditolak ke tingkat 5. Bermula perjalanan kontraksi aku. Kontraksi bermla seawal pukul 2 pagi sebenarnya. Ia datang selang 10 minit. bila datang time sakit tu tak lama. Keadaan ini berlarutan sampai pukul 6 pagi. Sepanjang malam aku duk kat wad tu aku memang tak tidur. Tak selesa. aku rasa bila baring, perut lagi tambah sakit. Bila aku duduk, kurang sikit. Bila aku berjalan lagi kurang sakit. jadi aku macam tak keruan. Kejap baring (ngantok), kejap duduk kejap kehulu kehilir tepi katil. (sebab nak redakan sakit kontraksi)

6 pagi - 12.30 tengahari

Aku lega dah subuh. tapi kontraksi makin kuat. Kali ni ia datang selang 5 minit. Bayangkan!!
Sakitnya tak terganggung. kejap zikir nabi yunus, kejap istigfar, kejap selawat. Aku pun kerap ke tandas. Kejap berak kejap kencing. tapi aku kurang makan.

12.30 tengahari

Waktu melawat. Suami dan mama dtg melawat aku. makanan pun sampai tp aku tak lalu nak makan. Sakit sangat. Suami paksa makan takut nanti nak bersalin takde tenaga. Lauk ayam tgh ari tu mmg sedap. Tapi siyes aku tak larat. makan dlm tiga suap je. kunyak cepat2 masa kontraksi takde. Last2 aku putus asa nak makan. sakit sgt. aku asek pegang tangan suami je. kejap2 tangan mama.

2.00 petang.

Waktu melawat dah abes tapi mama dan suami still teman kan aku. Nurse pun tak suruh keluar sebab dah tau aku kontraksi kena orang teman. Suami paph aku jalan2 kat sekitar wad. Orang ramai lalu lintas kat situ tengokkan keadaan aku. Panggil nurse datang tgk keadaan aku, kut2 bukaan dah tambah ke.
haaa masa ni dah 4 cm. tp aku tak tahan sakit. nurse cadang nak suntik aku epidural tuk kurangkan sakit tp kesannya aku akan mengantuk. Aku tak nak sbb seharian aku tak berapa makan sgt. So aku aspect mungkin aku akan kurang tenaga nak teran nanti, Kalau plus lagi kesan epidural tu, lagi tambah lemah la aku nak teran nanti. Nurse cakap labour roon penuh, kemungkinan kalau aku dah sampai masa ank bersalin, diaorang akan buat kat wad itu sahaja.

2.30 petang

Bukaan dah 6 cm, aku ditolak masuk ke labour room. Dalam perjalanan ke sana, dgr nurse bersembang, katanya hari ni ramai sangat org nak bersalin. Urmm...patut la aku asek kena tahan wad je.
sampai kat labour room, cek ctg.

4-4 ptg

Masa bukaan ke 9 aku dah curi2 teran. Tak tahan sgt. Tapi doktor suh aku tahan juga. Tunggu 10 baru teran. Sepanjang at labour room mulut aku tak reti diam menahan sakit. Bising gak la. Tp aku bising dgn zikir nabi yunus, selawat nabi dan mengucap.

4-4.30 ptg

doktor da bagi teran. Tapi bila ads kontraksi saja. Setiap kali dtg kontraksi aku teran. Masa ni keliling aku sume doktor dan pelatih. Semua bagi support. Aku masij ingat lg teknik teran yg jgn angkat punggung
jgn

4.30 ptg

Alhamdulillah....lahirnya seorang khalifah islam yang keluar dari rahimku. Sedang asek teran aku tak sedar dia da keluar lalu doktor letak dia atas perut aku. Sementara tu aku nampak doktor tengah menarik tali pusat dia kemudian gunting. Bayi diambil untuk dibersihkan. Waktu ni aku rasa letih sgt. Tapi aku syukur aku da selamat melahirkan Bayi yang diberi nama Izz Zhafran.





Sunday 30 June 2013

Muzium bergambar 3D

Pada cuti sekolah yang lalu, cikgu bawa saya ke muzium bergambar 3D di i-City Shah Alam. Ini baru pertama kali saya jejakkan kaki ke i-City. Sedihkan, hehe. Saya orang Klang pun tak pernah lagi kesini tapi akhirnya pergi juga bersama Imam tersyang. saya tak begitu teruja cuma seronok dapat dating dengan cikgu. Tak kisah la keluar pergi manapun. maklumlah nama pun Love after marriage. kalau nak suruh saya flashback berapa kali saya keluar berjalan-jalan dengan cikgu, saya masih mampu kira. ok lahh tengok gambar dulu.

cikgu sangat nakal ok!



takot wooo, ada apa kat dalam sana ???
kak ton rasa macam comel ada kepak merpati nih

larikkkkk!!!!

ye ye je cikgu ni

amboi kemain feeling nampak!

macam aku ni gila duit sungguh,haha

kengkonon bangunan terbakar


bye...kitorang nak ke dunia khayalan

betullll...kat i-City ni

Last sekali gambar perut 6 bulan



Bayaran masuk RM5 setiap seorang. Entry bergambar tamat disini, sekian;)

Mendidik anak sedari dalam kandungan

Assalammualaikum...

Kembali lagi dengan entry pertambahan berat badan.hehe.
Alhamdulilah...hari ni saya sihat hamil minggu ke-29. Aduh, cepatnya masa berlalu. Terasa banyak benda lagi yang tak praktikkan sepanjang membesarkan baby dalam perut. macam buat kerja matematik, konsisiten makan minyak ikan, kurma dgn kacang badam serta mengaji. Semua itu saya rasa perlu amalkan sepanjang kehamilan untuk mendapatkan nak yang bijak serta akhlak yang baik.

Malangnya sjak akhir-akhir ni rasa badan macam letih lesu je. Balik dari pejabat, masuk rumah asik nampak bantal dengan tv je. Suka bermalas-malasan. Tapi mengikut pengalaman akak opis saya, masa dia mengandungkan anak perempuannya dulu, dia cukup malas nak bangun pagi pergi kerja sampai dia amik keputusan berhenti kerja. dasyat juga pembawakan budak. Selesai dia bersalin, dia cari kerja baru. Kini anak dia dah bersekolah malah jadi anak yang petah bercakap dan bijak belajar. Sebab kak ana memang seorang ibu yang baik. Dia sentiasa memantau akademik anak-anaknya serta memberi diet makanan yang mencerdaskan otak.

 Kesimpulannya, jika ibu dia malas masa hamil tak semestinya anak pun ikut malas. Didikan yang padu sedari kecil serta perkembangaan persekitaran yang sihat masih boleh lagi membentuk anak tersebut menjadi anak yang baik dan bijak. Namun, adalah lebih baik jika kita membentukkannya ketika hamil melalui pemakanan kita serta gaya hidup kita. Setiap orang mengalami pengalaman yang berbeza sewaktu hamil dan mendidik anak. Allah ada untuk kita pohon mendapatkan yang terbaik dalam kehidupan kita.



Friday 26 April 2013

Alahan sewaktu hamil

Assalammualaikum...

Alhamdulilah...hari ini genap 20 minggu saya hamil. 5 bulan :)

Sejak saya hamil, saya tidak mengalami morning sickness yang teruk. Tapi saya mempunyai tabiat makan yang sangat cerewet serta angin yang banyak.

Saya memang seorang pemakan. Saya tak da alahan atau sekatan makanan. Tiada masalah. Tetapi sejak saya hamil, saya jadi sangat cerewet. makanan yang pedas, bercili, warna merah, bergoreng, berminyak dan bersup saya tak boleh jamah. Jika tidak, saya akan muntahkan balik semua dalam masa sejam.

Selain itu badan saya berangin dan sendawa yang tak putus-putus. Maka saya terpaksa berpantang makan, makanan yang berangin.

kalau waktu saya bkerja, time lunch saya hanya lalu makan kuetioew ladna seafood. Sampaikan akak kedai tu dah hafal selera saya, hehe. Minum pula dutch lady perisa strawberry.

kalau yang berkuah tu cuma yang likat2 boleh. Macam masak kuning (masak lomak noghori), ikan masak 3 rasa dan kuah ladna. Amboiii senarai tuuuu walhal ni je yang pernah makan sejak hamil. Tak try lagi lain2.

Tapi minggu ni selera makin kurang. Kuetiow ladna dah tak jalan. Terpaksa la lunch makan roti2 je.
Nasib baik masak kuning masih boleh terima. Ingatkan dah masuk 5 bulan ni beransur baik tapi ntah kenapa minggu ni teruk balik. da start balik muntah.

Namun, saya tetap bersyukur pada Allah sebab saya alami alahan sebegini tak seteruk ibu-ibu hamil yang lain. Ada bermacam cerita saya dengar. makan sikit muntah sampai kena masuk air. Saya pun muntah juga tapi terhad pada makanan-makanan yang saya sebutkan tadi.

lagi satu, saya tak boleh biarkan perut tak berisi lebih dari 2 jam. kalau tidak angin akan dtg menyerang dan masa tu kalau masuk apa-apa makanan pun akan keluar balik. Makanya, saya perlu mengunyah apa-apa yang boleh setiap sejam. janji tak kosong.



Saturday 20 April 2013

146 hari lagi

Salam Alaikum...

Sehingga entry ini ditaip, saya ada kira-kira 146 hari lagi nak jadi ummi. Dah mula terfikir barang-barang keperluan bayi dan ibu. Asik fikir nak beli botol susu jenis apa, brestpump yang macam mana...kalau boleh...kalau dizinkan Allah SWT, saya nak fully brest sepanjang 2 tahun lepas bersalin. Dah jumpa the best product bp tapi mahal sampai 2k.

Tapi kalau beli yang murah sangat takut tak dapat guna lama. Ada yang cakap jangan pakai yang manual nanti cepat patah. Haaihh macam terlalu awal kan nak peningkan kepala fikir pasal bp ni. tapi tak salah buat tinjauan awal -awal. Baik listdown awal-awal apa yang nak dibeli. Bila cikgu balik nanti, senang ajak shopping. Maklumlah setiap kali dia balik, selalu ada je hal lain yang nak diselesaikan. Jadi masa untuk kami berdua keluar berpeleseran tu agak singkat.

Ok lah...terpaksa berhenti disini. Saya banyak 'hutang' lagi kat blog ni. Nanti saya tunaikan satu-persatu.




Tuesday 16 April 2013

I'M PREGNANT!!!

Kisah kawen-kawen pun tak abes lagi nak story pasal preggy lak? heheh. Takpe la yang itu stop sekejap. Kang tak tulis pasal preggy, ketinggalan pula dalam blog sendiri.

Syukur Alhamdulilah...rezeki Allah nak beri secepat yang mungkin.  Alkisah bermula bila cikgu dah berlepas ke Sabah menyambung perjuangannya sebagai 'lilin'. haha ye la sebab pepatah suka nyatakan guru adalah lilin yang membakar diri sebab berkorban masa untuk anak didik. gitewww.

Bila cikgu dan saya berjauhan, terasa macam nak sambung balik misi membakar lemak yang dah lama diternak ekoran kesibukan majlis hari tu. TAPIIII saya amik langkah berjaga-jaga. Sejak dah kahwin ni mesti lah ada naluri keibuan sikit. Ye lah mana tau sibuk diet tetiba dah ada baby dalam pewott. Haaaa tak ke pasal-pasal dapat status ibu kejam????

Maka saya segera ke klinik yang berdekatan beli alat penguji kehamilan. Tak mahal dalam...RM10 je.



Doc cakap seeloknya cuba masa pagi-pagi lepas bangun tidur. Dapatkan air kencing yang pertama. Rasa-rasanya kalau korang lah kan...nyeyak ke nak tidur malam tu sebab status korang mungkin akan bertukar pada esok paginya! dan saya pun gigih lah pagi tu titikan urin kat atas kit tu. TAHU TAK BETAPA BERDEBARNYA NAK TENGOK GARIS MERAH TU KELIHATAN ATAU TAK???
tetiba je tau. walhal kalau tak keluar pun, saya boleh teruskan misi berdiet. Tapi entah lah, lepas titik tu rasa darah berderauu. Buat dua tiga titik, beberapa saat pas tu....


Nampak tak apa yang saya nampak?? satu garis merah pekat, satu garis merah kabur. Bila masuk bilik, lama tenung benda tu. Macam tak percaya. Teringat blog Irene. Ada baca aritu yang dia test kit pun dapat result macam ni. Pagi tu pergi kerja, pagi-pagi dah buka blog dia dan halakan test kit saya dekat skrin komputer tu  bandingkan dengan irene puya. MEMANG SAMA!

Irene dah memang pregnat lah sekarang. Cuma status say ni masih tanda tanya. Saua google internet. Hasil yang saya dapati ialah 99.9% mengatakan PREGNANT . Cuma hormon kita tak cukup kuat lagi nak membuktikan garis merah tu double sepenuhnya sebab masih terlalu awal. Pendek kata belum sebulan. 

Maklum lah, saya pun baru lambat period bebrapa hari. tak cukup seminggu. Sebab tak puas hati lagi saya rujuk balik doc yang saya beli test kit tu dan tunjukkan dia. Dia mengiakan pendapat saya tapi dia nasihatkan saya tunggu lagi seminggu untuk menentukan kesahihannya. Baekkkk!!!

sejak hari tu saya pun menghitung hari. Over tau...masa nak kawen hari tu pun tak over nak tengok kalender tiap-tiap hari. Masuk hari ke-5, hati dah resah. Saya buat lagi test kit kat rumah dan hasil nya......


tadaaaa.....dah nampak dua-dua line tu seperti yang saya haapkan..Wahhh berharap tu. Yelah matlamat asal nak buat test kit ni, nak tentukan samada nak teruskan misi diet atau tak. Apapun keputusannya, saya etap bersyukur pada Allah SWT. Dia tahu apa yang terbaik buat kita.Alhamdulilah, Mummy to be!!!





My Sweet Solemnization


Pagi tu lepas solat subuh, amy baca yassin yang dihadiahkan oleh arwah ayah kandung amy sempena kelahiran amy yang ke 26 yang lalu. Sebak juga nak jadi isteri orang ni. Berdebar jangan cakap lah. Cuma risau takut kena serangan sakit perut masa kat surau nanti. Haha…amy ni kalau nervous mula la perut buat hal nak ke toilet. Tapi sebab dah decide dalam kepala yang takkan jadi apa-apa, tu yang rasa kurang nervous dan perut alhamdulilah normal dan sihat sehingga esok.

Lepas solat tu, tengok kat luar lengang lagi. Sempat lagi la amy menyapu laman depan pelamin. Amy jenis tak boleh tengok sampah atau pasir2 kat umah time orang nak datang rumah. Tangan pun gatal ambil vakum. Bakal pengantin mengemas ioulss. Haaa zaman takde dah istilah raja sehari. Sapa lagi nak buat kerja tu. Almaklumlah anak tunggal. Sedara mara amy semua belum datang lagi. Bukan ada rewang pun macam zaman mak-mak kita dulu.

Pukul 8.30 macam tu baru lah sedara mara nampak muka, hehe. Haa time ni baru leg feeling raja.


Pukul 9.00 macam tu, kak nor selaku mak andam datang. Masa dia andam tu berdebar jugak nak tengok muka kat cermin. Maklumlah seumur hidup tak pernah bermekap tebal. Mekap nipis pun jarang. Tak mekap tu yang selalu. Kata orang maintain natural beauty. Pppfffffff.

                                    berhempas pulas tau nak tudung berlapis-lapis masa ni, haha


Tepat pukul 10.00 da siap mekap. OP dan OV pun sampai. Sessi bergambar ala model dalam bilik bermula. Bosan sesangat sebab banyak arahan dari OP. Memang tak suka aksi buat-buat. Suka yang spontan. Tapi nak buat macam mana dah nama pun kahwin. Wajib lah ada aksi buat-buat.


                                            ada nervous sikit masa ni, Jabbe tengah interview saya


Pukul 10.30 baru lah amy dan pihak pengantin perempuan bergerak ke surau.

Sampai kat sana………oh myyyyy semua dah ada. Kadi pun dah menunggu. Cikgu pun dah siap bertentang mata dengan tok kadi. Memang tak pandang kanan kiri dah. Amy juga yang masih terhegeh-hegeh masuk surau cari tempat mana nak duduk. Tup- tup duduk lah belakang suami ehh bukan bakal suami, hehe.

 
dari kiri atok, cikgu, along(selaku wali), haji kaka (ejen andalusia), tok kadi yang penuh kejutan dan abah tersayang

Ye…pengantin perempuan lambat sampai sampai pengantin lelaki dah nangis2 kat tepi tok kadi, hehe (guaru je). OP punya pasal la ni. Semangat benar nak amik gambar sebelum majlis. Makan hati tau. Tak sempat nak rasa debar-debar pengantin tu.


Bila dah kelam kabut tu, memang kita semua tak teruskan majlis. Amy ni still termengah-mengah lagi kat dalam surau. Kadi pun mulakan mukadimah. Bukan sekejap tapi setengah jam. Bayang kan lah….dari termengah-mengah tu terus muka biru sebab menahan darah yang berhenti mengalir kat pelipat kaki. Haha duduk bersimpuh la katakan. Namapun pengantin takkan lah nak julur kaki pulak. Terpaksa la gagahkan diri untuk berapa lama lagi pun tak tau la..


Kira-kira pukul 11.10 minit macam tu, kadi pun akhirnya menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengan bakal suami. Masa ni semua orang dah angkat kamera....

Saturday 9 March 2013

MAJLIS MERISIK 30 june 20

Tanggal 30 June 2012 yang lalu, amy telah dirisik oleh keluarga cikgu. Yang ada dalam rombongan tu 5 orang sahaja (mak dan abah cikgu, ustazah jemaah dan suaminya Pakcik Ayob serta makcik cikgu, bik bayah). Nama pun merisik. Memang tak ramai lah. Cikgu takde sebab waktu tu bukan cuti sekolah. So, berteka teki je lah dia nunnn jauh kat sabah sana, hehe.


Seperti yang dijanjikan rombongan sampai pukul 3 petang. Memang sharp. Amy masa tu rasa berdebar sangat. Rasa macam eh betul ke dah nak kena risik ni? Cikgu pulak tu. Orang yang aku bayangkan sejak 5 tahun yang lepas. Tak pernah bercinta pulak tu. Eh betul ke ni?

Sepanjang majlis berjalan amy duk dalam bilik je. Kakak amy je yang temankan. Sepupu sepapat semua tunggu kat luar bilik. Tau-tau mama datang kat bilik bawa kotak cincin. Pastu mak dia pula muncul kat belakang mama, pastu Nampak kelibat usatazah Jemaah. Haiishh semua dok serbu masuk bilik ni. Tak dengar pulak pantun nak petik bunga kat taman, terussss je nak sarung cincin, haha.

‘makcik bawa cincin risik je ni…atok ko kata tak payah tunang. Kira ni macam tunang sekali katanya. Kalau tahu makcik bawa sekali cincin tunang pasal cincin tunang pun makcik dah beli’ kata mak cikgu macam serba salah. Majlis risik sekali harung dengan tunang.


Huarrghhh…frust dengar tau takde tunang tapi sebenarnya dah tau dah dari awal yang family amy tak nak tunang. Membazir katanya. Amy pula fakir sempat ke nak tunang sebab ikut perancangan bulan 12 ni nak langsungkan pernikahan.

Lebih kurang pukul 4 lebih macam tu, amy selamat disarungkan cincin ke jari manis oleh maknya dengan lafaz selawat nabi.


‘Moga-moga berkekalan lah ye’ kata mak cikgu sambil diperhatikan ahli keluarga yang lain.

Lepas pada babak sarung cincin, family kami berbual sakan sambil makan petang. Yang itu ketawa, yang ini ketawa. Alhamdulilah majlis berjalan dengan cukup sederhana dan seperti yang dirancang walaupun tiada sekeping gambar yang dirakam pada hari berkenaan. Barakah kata atam.


Tapi gambar kat bawah ni gambar amik sendiri. Kamera pun dah biol2 sangat.

Friday 8 March 2013

Perjalanan bermula

Bismillahirahhmanirrahim...

Assalammualaikum dan selamat pagi (masa taip ni pagi) wahai pembacaku sekalian....

Dipagi yang indah tercipta lagi senuah blog kepunyaan amy yang akan berkongsi pelbagai cerita yang sudah, sedang dan bakal berlaku disekeliling hidup amy.

Ayat skema haruslah digunakan waktu sessi perkenalan.

Semoga dengan blog baru ni akan lebih memotivasikan amy untuk terus berfikir, menulis, menaip dan publish entry setiap minggu. kalau rajin setiap hari. hehhe macam tak kerja je amy ni kan,hehe.

wahhhh nafas baruuuuuu bermulaaaaa!!!!!