Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Friday 14 October 2011

Hot Tiket punya pasal.

Salam Jumaat malam Sabtu..

Malam tadi, teringat satu perkara. Cepat-cepat masuk bilik tarik laci ambil benda alah tu dan tegok expired date...tau apa jadi???!!


Ini bermakna ada 2 hari lagi. Hari ini dan esok last. Giler camna nak habiskan semua dalam masa terdekat? kenapa lah suka ingat bila dah tarikh2 akhir nieeeeeee???




lumayan...lumayan...lupakan diet seketika...sangat setuju!!



saya, Tuan Haji Mokhtar dan Mama segera ke lokasi yang menawarkan makanan-makanan berikut. Dalam minda masing-masing memikirkan kecurangan terhadap Mek Die. Namun rasa bersalah lenyap begitu sahaja apabila sang ayam mengoda-goda kami.





Tadaaaaaaa!!! Lengkap semua ada. Hasil dari kerajinan mengkayakan Maxis.
(Maya Karin duduk jauh-jauh, nanti tak feeeling nak makan!)





(saya mahu membahagiakan mereka hingga ke akhir hayat saya)




Makan lah....rezeki jangan ditolak. Lemak jangan dicari.



Alhamdulilah...syukur:)

Saturday 8 October 2011

Masa untuk berubah!

Masa untuk berubah. Pilihan di tangan anda. Pastikan dan tetapkan matlamat anda....


dulu...ramping (Maya Karin pun kalah!)


kini..(kalo buleh nak nyorok belakang sepupu tu tau, Maya karin Gelak jahat)


selepas kini?????


huhu takot larrrrrr

lain sangat dah orang....wawawawa takot lar...

p/s: Lagi takut menafikan apa yang ada dalam Al-Quran Nur-karim. Tak melaksanakan satu hal. Menafikan lagi buat hal.

Saturday 1 October 2011

Melihat Suria di Cordoba

Salam Ahad...



semalam malam minggu. Duduk dirumah mengadap TV. chanel Astro Oasis. Saya jarang-jarang sangat menonton astro sebab Tuan Haji pegang remote asek tengok Al-Jazeera memanjang. Berita tempatan memang dia pandang sebelah mata. Lalu, saya datang dudk disebelah menonton penuh minat (walhal, dalam hati meronta nak tengok papadom). Ambil hatinya dengan memberi responds berita-berita yang disiarkan di Al-jazera. Sampailah remote tu berjalan dengan relanya kepada saya. hehe.

Kira-kira jam 12 malam, bukak astro prima. Shooting nun jauh kat Spain sana. saya suka watak Suria. Ya, memang ada babak dia keluar berduaan dengan lelaki tanpa ditemani muhrimnya tetapi semua pertemuan itu tidak dirancang dan dia ada prinsipnya sendiri. Dia jaga batas-batas pergaulan dengan lelaki.

Disebalik watak Suria yang menjadi inspirasi saya, jalan ceritanya mengajak kita membongkar kembali zaman kegemilangan Islam yang pernah dilewati sekitar 9 masihi (maaf jika silap). Pada waktu itu lahir cendiakawan-cendiakawan islam yang tersohor didunia seperti Ibnu Sina, Al-khawarizmi, Al-Biruni dan banyak lagi. Kelahiran cendiakawan-cendiakawan islam di Bumi Spain ini telah mewujudkan berpuluh-puluh perpustakaan yang banyak menjadi rujukan pelbagai golongan.

Namun, apabila tentera kristian menawan bumi Sepanyol dalam Perang salib, banyak buku-buku ilmiah dihapuskan begitu juga perpustakaan di rosakkan.

paling menyedihkan Masjid Mesquita banyak diubahsuai menjadi gereja. menerokai tinggalan-tinggalan islam yang berada di Cordova melalui Blog-blog yang menceritakan pengalaman mereka disana (tengok kat blog orang je) hati meronta-ronta mahu menjejakkan kaki ke sana.

Insyaallah, satu hari nanti saya akan ke sana jua:)