Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Friday 2 November 2012

29 hari lagi

SMS semalam...

Bakal Puan: Hai naz. Aku lagi sebulan. Sedih nak meninggalkan zaman bujang. Semenjak aku dewasa, kau la yang paling selalu menemani mesej2 aku. Setiap tahun. Tak sangka kita masih utuh berkawan.

tetiba sedu bila sorang2 dalam bilik. Ingat saat saat awal berkenalan dgn kau.

Masa tu dunia tengah hot main Yahoo messanger. Aku guna nick Kimmy Kazuma. keramat nama tu sebab aku leh cakap jepun sikit-sikit, hehe.

Beriban msg yang masuk menyapa aku berbekalkan wajah 19 tahun yang aku amik masa g pesta buku kat PWTC 8 tahun yang lalu. Ehhh masa tu aku cun. Pendakap gigi pun baru tanggal. Sekang jongang balik tp ramai kata kiut sebab dah bam bam.

Owh tersasar cerita.Time ni aku suka sangat borak dengan mamat ensem dari Pokok Sena, Kedah. Tengah syok sembang2 dengan dia, ko pun datang menyapa. Aku tak layan. Pasal ko letak gambar kereta. Jadi tak nampak wajah. kurang minat. nama ko, aku biarkan nyala2 kat tepi side bar tu.

Pastu ko sapa lagi. ko msg 'hai kimi raikonen ni bz  betul'

Ehh..ko panggil aku kimi raikonen...aku memang ada model kereta mainan jarak jauh kimi raikonen tau. Then aku pun balas msg ko sampai lah aku boleh bagi ko nombor hp???

Apa istimewanya ko ni sampai aku leh bagi nombor hp aku? ya...sebab kimi raikonen...kimmy kazuma....kereta alat kawalan jauh...eh banyak lagi yang best pasal ko.

kau tak pernah membosankan aku. dannnn ko tak gatal macam orang lain. asek ajak kapel je. Gila nak kapel?? kenal, jumpa pun tak pernah. Aku ni berprinsip dan kau selari dengan prinsip hidup aku.

Secintan-cintan aku dengan mamat pokok sena tu pun...aku tak hingin lagi nak jumpa serampang 2 mata dengan dia. Sampai lah dia sambung study kat Uitm Shah Alam punnnn tak kuar tengok muka dia depan2 lagi.

Sampai lah saatnya aku patah hati jiwa lara dengan dia, kau menanggung keluh kesah aku selama bertahun-tahun. Sampai aku konvo ok. nasib tak hancur study. Dunia...tengoklah wanita. Cinta bisa membunuh.
Tu baru cinta...belum makan berdua kat Pak Li kopitiam lagi, huh.

Habis belajar kat upm, sob sob lagi ngn ko pasal tak dapat keje. Haiii hidup aku banyak lah menyusahkan hati ko.






Sunday 9 September 2012

Single Sweet September 9 end

Assalammualaikum...

Tahun ini mungkin tahun terakhir saya menyambut ulang tahun kelahiran yang terakhir sebagai anak manja mengada-ngada mama dan babah. InsyaAllah tahun akan datang dah jadi isteri seseorang atau mungkin bakal menjadi seorang, aminnn.

Dalam tempoh sebulan pemergiaan ayah, saya selalu berulang alik kerumah mak. Hubungan kami adik beradik juga bertambah erat. Namun dalam tempoh waktu itu saya betul betul rasa jatuh ke bumi hingga terduduk lalu tertingkup  (waduh bahasanya enggak terbilang gituu)

Saya harus berkata bahawa hidup saya dilitupi awan mendung sekitar tahun 2010. Pada tahun ini saya diuji cukup dengan hal mencari kerja serta cinta.

Kerja. Saya banyak bertukar-tukar tempat kerja sehinggalah pada bulan Oktober 2010, barulah saya dapat tapak yang sesuai buat saya. Terima kasih atas bantuan Zalila. Masih tidak berkisarkan latar belakang pendidikan yang saya terima selama ini namun cukup untuk buat saya berpuas hati sehinggalah saya menghantar surat perletakkan jawatan pada June 2011 kerana mendapat tawaran yang lebih baik. Alhamdulilah sehingga kini saya masih setia, selesa dan syukur dapat kerja ditempat sekarang walaupun masih bukan berlatarkan apa yang saya belajar di kampus dulu. Thanks Erfiza. kau lah orang yang pertama paling risau bila dengar aku terdesak nak cari kerja baru.

Cinta. Semua orang pernah bercinta. dicinta dan dicintai. Namun cinta sesama lelaki yang bukan muhrim tidak menjanjikan apa-apa kebahagian. Diuji itu pernah tetapi apabila gagal hati menjadi cukup lara. Mempersoalkan apakah kebahagian itu masih ada untuk kita. Itulah cinta berlandaskan nafsu. tidak berpaksikan Allah SWT. Syukur, nafsu itu hanya terhad dihati. Allah itu cukup melindungi aku. Mereka yang aku kenali menghormati pendirian aku sebagai gadis muslimah kununnya. Menjaga tatatertib seorang gadis. Prinsip aku bercinta hanyalah hati. Tidak perlu bertentang mata mahupun berpimpin tangan.

Siang malam aku berdoa memohon keampunan dari Ilahi. lalu terbacalah aku sebaris tulisan di dalam novel tarbiayah yang aku baca.

'Untuk mendapatkan pasangan yang soleh, diri sendiri perlu dibaiki'

Aku memerlukan pasangan yang soleh yang dapat membinbing aku. Soleh pada yang aku harapkan bukan ilmu setinggi para ustaz dan menjalani hidup penuh tawaduk. Tidak, aku tidak mampu memiliki mereka. Soleh yang aku harapkan ialah bertanggungjawab pada Allah, keluarga dan diri sendiri.

Tika itu, hati ku sudah benar-benar putus asa. kelak jika aku tidak berjodoh lagi, Allah jodohkan lah aku di Syurga. Hati sangat tenang bila ucapkan itu. Terbayanglah aku suasana di akhirat nanti. Menanti jodoh disana yang tidak aku temui didunia.

Ku dekatkan diri pada yang esa. Zahir dan batin ku bersihkan jua. Munajat cintaku hanya pada agama dan keluarga. Tiada lagi manusia bernama lelaki ajnabi didalam hati ku. Bersih sebersih pencuci Daia. Uhuk.

Ujian yang Allah berikan ternyata mendekatkan aku kepadanya. Mula-mula lalai. Lama kelamaan makin dekat. Sudah redha hal-hal yang menyakitkan jiwa. Ini lah hikmahnya. Namun Allah menguji ku lagi dengan pemergian ayah kandung tercinta pada 9 May 2012. Owhh akan ku ingat tarikh ini sampai bila-bila.

Kala ini tertanya-tanya. Kenapa Allah cukup menguji aku? selesai satu hal, hal lain yang terjadi pula. namun aku masih cekal. Aku percaya ini semua dugaan untuk uji setinggi mana keimanan aku. Pemergian ayah merupakan satu pengorbanan juga sebenarnya. kasih sayang kami adik beradik semakin erat. Rindu dipeluk abang dan kakak;)

1 bulan 3 minggu selepas kejadian, sekali lagi sejarah hidupku terukir.

Kita sedih bila Allah ambil orang yang kita sayang tapi kita lupa Allah tinggalkan kita orang2 yang sayang kat kita. Kadangkala Allah turunkan hujan yang sangat lebat untuk kita sebab Allah nak bagi pelangi yang sangat cantik warnanya selepas itu.

Dapat teka tak maksud itu?

Renung-renungkan, selamat beramal!!!





Saturday 4 August 2012

Ramadhan dan kurang penghayatan.

Assalammualaikum dan salam Ramadhan,

Malam ini malam ke 17 dan bacaan doa qunut dalam solat withir telah dimulakan 2 malam yang lepas. Ramadhan tahun ini agak hambar. Maaf lah berkata begitu. Mungkin kerana bakal berhadapan dengan perkara yang lebih besar tidak lama lagi. Namun aktiviti bertarawikh dab tadarus tetap diteruskan seperti biasa. CUma penghayatan sudah kurang. InsyaAllah saya akan lebih rajin selepas ini.

Banyak benda yang bermain dikepala.

Allah sahaja yang memahami. Semoga aku sentiasa merintih kepada-Nya. Mencari keredhaan-Nya dan bersyukur atas segala Rahmat-Nya. Amin

Tuesday 24 July 2012

Bertukar Lagi

Assalamualaikum....

Sementara saya tengah 'bercuti' ni, banyak la masa dihabiskan depan lappy uzur lagi bertenaga.
saya dah bertukar domain serta dan serta lagi. Motif??

Biarlah semua tu saya simpan dalam diari tertutup saya. Yang penting saya akan bebas berkarya dan berkongsi lebih banyak kisah hidup saya dalam diari terbuka yang baru ini.

Salam Ramadhan semua especially yang rajin komen Cik Aira.

Friday 22 June 2012

Diari jenazah ayah

Assalamualaikum

10 May 2012

Pagi itu aku bangun agak lemah namun hatiku sangat tabah. Melihat jam menunjukkan pukul 6.30 pagi, aku melangkah cepat ke bilik air. Kubersihkan diri sambil otak ku ligat memutar kembali memori bersama ayah. Banyak memori indah belaka bersama beliau walau kami dipisahkan sejak hari ke-6 kelahiranku. Ku lemparkan pandangan jauh ke tingkap atas. Cuaca masih belum cerah. maklumlah subuh masih menyinggah. Ku berhenti mencurahkan air lalu berharap waktu berhenti sekejap kerana lagi beberapa jam kami semua akan berpisah dengan jasad ayah.

7.30 pagi

Aku mengambil yassin. jarakku hanya sejengkal dengan jenazah ayah. Kakak setia menemaniku disisi sambil merenung wajah ayah yang semakin berseri. Saat membaca yassin, airmataku tak henti mengalir. Walaupun sudah masuk 3 kali.

kali pertama sekitar magrib (9 May 2012) petama kali melihat jenazah ayah

kali kedua tengah malam

kali ketiga dan terakhir (10 may 2012) jam 7.30 pagi


kakak memujukku agar tidak menagis kerana tidak mahu roh ayah bersedih melihat puteri2 nya bersedih.

Usai membaca yassin ku pandang lagi wajah ayah, makin berseri. Tulang pipi ayah makin naik. bibirnya seolah-olah menguntum senyuman. wajah ayah seakan berpeluh dan tidak pucat. Ramai tamu yang menjenguk wajah ayah menyatakan ayah seperti sedang tidur.


pukul 9.00 pagi

ku lihat luar rumah orang ramai semakin memenuhi rumah ayah. Abah yang kusayang sedang sibuk membuat tirai di beranda rumah untuk urusan pemandian jenazah ayah. Sempat ku bertanya 'abah mandikan jenazah ayah mat tak nanti?' abah tersenyum sambil mengangguk.

Seketika kemudian jenazah ayah telah diangkat ke beranda rumah untuk dimandikan. Along, abah, Cik Duan serta beberapa orang lagi bersiap sedia menjalankan tugas masing2. Aku dan kakak hanya menjenguk di celah2 kelambu. Ustaz yang mengetuai pemndian jenazah ayah menjeling ke arah kami sambil mempelawa kami memandikan sekali jenazah ayah. Betapa girangnya hati kami berdua. aku dan kakak mengambil tempat berdiri disebelah abah dan along. kami mengambil tempat membasuh kakinya. Tiba-tiba kelihatan mak berdiri di sebelah. Mak hanya melihat. mak lihat penuh minat. Tidak menangis dan sangat tabah. Mak kata ' ini lah saat-saat akhir kita semua bersama ayah. jadi mak tidak mahu mensia-siakan masa yang tinggal kerana mahu puas- menatap wajah ayah.


pukul 9.30 pagi

jenazah ayah dibawa masuk semula kerumah, kami kafankan arwah bersama-sama. Kami adik beradik tidak menangis. hanya mahu jenazah ayah diuruskan dengan baik tanpa ada masalah. Doaku agar dipermudahkan urusanny tidak putus2 ku ucap didalam hati.

Setelah siap dikafankan, tibalah masa mengucap selmat tinggal pada ayah dan memberi ciuman terakhir. Di mulai dengan mak, along, siti, aku dan kak ipar. Diikuti dengan sedara yang lain.
Kami anak beranak masih mampu menahan airmata. Ku cium, dahinya dahulu, pipi kanan, pipi kiri dan dahi semula.


pukul 10.15 pagi

Siren van jenazah berbunyi. saat menghantar jenazah ayah ke liang lahad. Setibanya di sana hati bertambah sayu. Malihat lliang lahad yang bakal ayah duduki membuatku insaf akan kematian. Membuatku sedar bahawa tiada harta yang dapat kita bawa masuk melainkan amalan2 yang kita buat didunia. Dan ayah adalah manusia yang sangat bertuah kerana sehingga kini, dia masih diingati sev=bagai seorang yang peramah, prihati dan pemurah. Aku percaya, ayah sangat bersih dengan manusia. Tiada satu manusia pun pernah dia sakiti sepanjang hayatnya.

Satu perkara yang membuka mindaku pada pagi itu ialah, liahng lahad ayah nampak kecil. namun saat jenazah ayah dimasukkan, liang lahad sekan membesar. malah kurasa memebih-lebih pula. Ya Allah, besarnya kuasamu. Terima kasih Allah kerana permudahkan segalanya. aku bersyukur kepadamu. Sampaikan salam rinduku padanya. Terima kasih menemukan kami semalam sempena pemergiannya genap 44 hari. Terima kasih memberikan aku peluang mengucapkan selamt tinggal buat kali terakhir kepadanya malam tadi. Al fatihah.

Saturday 21 April 2012

Luahan hati versi google translate.

Assalamualaikum.. Lewat ini ramai benar yang menegur saya. Menegur saya semakin gemuk dan gemuk menjadi-jadi. Soal mahu berdiet sudah menjadi basi dalam diari kehidupan saya kerana ketiadaan disiplin yang ketat dalam kehidupan seharian. Namun apabila cermin di bilik mula mengejek, saya terarah untuk menjadi 'atlet' semula. Agak terdesak untuk kurus dan berharap rutin sebagai 'atlet' akan berjaya seperti tahun 2008. Soal pemakanan mulai dikawal. Mulai memilih juadah tatkala mengunjungi pasar malam. Jika mahu juadah yang berat, hanya akan diambil pada waktu pagi sahaja seperti nasi lemak dengan imaginasi 'lemak diambil diwaktu pagi, giat dibakar sepanjang hari dan lemak kembali zero menjelang malam'. Sungguh memotivasikan. Soal pakaian saat paling menyedihkan. Baju kurung kembali menjadi perhatian saat ke tempat kerja. Dengan lemak semakin menebal, sangatlah malu dilihat ramai orang. namun cardigan sangat membantu saat waktu berlibur. Ianya sangat menyelesakan. Terima kasih, musim cardigan datang tepat pada waktunya. Motif kurus harusalah mahu kelihatan lebih segak daripada biasa. Jika tahun 2008 mahu mencuri tumpuan atlet dan bergaya ala sporty tetapi tahun ini hanya mahu imej lebih sopan. faktor usia juga mungkin. Melihat muslimah berpakaian jubah moden sangat mencuit hati. Owhh sangat cantik mereka. namun jika berbadan besar begini mengenakan jubah moden, kelihatan seperti mak arab. Tidak mahu. Apalagi nama tengahku Maulad dan pernah disalah tafsirkan seorang kawan belajar ketika kelas kimia dahulu. (tahun 2008 juga tetapi sebelum rutin 'atlet' bermula) Mari melihat gambar semasa kurus ala sporty. p/s: Tidak kurus untuk berkahwin dan belum pernah jua berkahwin. Hanya gemuk. Gaya entry kali ini adalah versi google translate. Menjadi bukan?

Sunday 1 April 2012

Haziq


Si comel ni mengingatkan saya kepada.....


hehe...dah la kiut, baik tak meragam pulak tu. baru 3 bulan dah meniarap. cepat kan? membanggakan. Alhamdulilah.

Friday 23 March 2012

Jika kau butuh cinta...akulah orangnya | Lirik Lagu Nidji



Assalamualaikum...

Hehe tajuk tak boleh belah belah...nasib lirik nya sahaja. Serius sempoi lagu ni. Nak propose pasangan direct macam tu je.

Lirik Lagu Jangan Takut - Nidji

Jangan jangan takut lagi
jangan jangan takut cinta
ku bukan dia yang tidak setia
jangan jangan takut aku
cinta yang tulus takkan menyakitimu

oh jika kau butuh cinta akulah orangnya
oh jika kau butuh cinta aku kan setia
oh jika kau butuh cinta pilihlah aku


if you want love if you want to know
if you want love

Teringat kenangan tengok showcase Nidji kat Ruums dulu. Kalu tak kerana dapat free tiket VIP, memang tak datang la. Ini semua terjadi gara-gara membeli ringtone lagu Nidji. Peminat serius lah siap beli album lagi. Tapi sekarang dah buat pekasam. Sekali tu jelah saya kesana. Alhamdulilah tiada apa-apa yang buruk berlaku. Memang lepas niat tengok Nidji perform je. habis showcase tu, pergi makan dekat restaurant yang berdekatan then balik. Selesai. takde hang out ke tempat lain. Nasib tak kena tahan dengan Pak Guard time balik. Almaklumlah masa kejadian tu, student lagi.

The moral of stories is Nawaitu.

Pergi lah tempat yang banyak maksiat pun, kalau niat kau nak lalu sahaja kat situ, InsyaAllah kau lalu sahaja tanpa ada apa-apa masalah.
Contoh tengok wayang. Tengok wayang sahaja lah. habis wayang dah balik. Jangan nak pegang sana pegang sini. Itu yang orang selalu salah faham bila masuk penggung wayang.

Tapi kalau tempat tu suci, terbuka macam mana pun, kalau dah ada niat tak baik berpegangan tangan atau selanjutnya, kau memang mengundang masalah.
Contoh Taman Permainan Cawangan Kampung Kematu. Tempat kanak-kanak suci bermain buaian, tapi manusia tak berapa nak faham tamadun nie, pergi buat sesuatu diluar nilai-nilai murni.
Ini pun boleh jadi juga.

Maksiat tu ada dimana-mana. Semua tempat berpotensi. Cuma kita sebagai manusia yang berperanan menjadikan tenpat itu berpotensi sebagai tempat yang 'bermaruah' ataupun tidak. Wallahualam.

P/S: Sekali lagi entry kurang kena mengena dengan tajuk + lirik lagu + videokelip. Maaf lah ye. Saya ni kalu menaip ikut apa yang lalu dalam kepala otak. Hehe. Peace Yaww!

Friday 16 March 2012

Ustaz Don Daniyal Perjelas Isu Surat Cinta

Assalamualaikum...

Entry ni kira sambungan dari entry yang lepas. Sebenarnya aku tak perabih lagi entry yang lepas tu. Asal nak duduk depan lappy ada je halnya kat luar. Bila dah free malas pulak nak hadap. Tapi sebab dah ada anon yang tanya tu aku jadi semangat tetiba.

Banyak ilmu yang dapat aku kutip sepanjang majlis ilmu ni berlangsung. kalau kata ceramah ni tajuk nya apa? Saya tak pasti sebab kat kain rentang tu cuma tertulis
minit bersama Ustaz Don. Tapi apa yang saya dapat simpulkan, ceramah nya tidak mengkhusus pada satu-satu perkara. General sahaja. Apa pun yang penting ada ilmu yang boleh dipraktikkan untuk kehidupan kita.

Pertama, ustaz bercerita bagaimana cara untuk mendapat syafaat dari Nabi Muhammad SAW kelak apabila kita sudah berada di hari pembalasan. Selesai solat fardhu, kita berzikir Subhanallah, Alhamdulilah dan Allahuakbar sebanyak 33 kali setiap satu.

Kedua, berselawat ke atas nabi junjungna kita setipa kali mendengar namanya.

ketiga, responds kita setiap kali mendengar azan.

keempat, hadith sahih dan hadith dhaif.

kelima, isu surat cinta. Jeng jeng jeng. Tajuk nak kontroversi je kan. Ya, sengaja pun dan memang pun ustaz don ada ulas pasal ni. Tapi bukan pasal dia yang dapat. Begini kisahnya (mata bukak bagi besaQ naaa, kang ada yang kata aku dok mandai2 putaq cerita). Kisah Nabi Sulaiman A.s pernah mengutuskan surat kepada Ratu Balqis supaya beriman kepada Allah. Surat itu diutuskan oleh burung Hud-hud. Nampak tak! Burung dok bagi surat dari seorang lelaki kepada perempuan yang mana mereka tak pernah berjumpa lagi. Tapi orang barat pandai. Depa baca apa cerita dalam Quran, depa p bikin filem Romeo and Juliet, depa bikin babak pasangan kekasih ni berutus surat cinta pakai burung. Depa kata idea tu datang dari depa. Asal usul utus surat pakai burung tu kita orang islam yang mulakan dulu. Tapi kita dak utus surat cinta laaa. Barat amik idea kisah nabi kita tu p bikin filem romantik. Tu diaaa aku pun terus lidah jadi org utara.

Ok lah, selesai ceramah ustaz Don, dia ada buka sessi solat jawab dengan orang ramai.

Antara soalan yang saya masih duk ingat lagi dalam kepala ialah (al maklumlah aku bawa kaki ja pergi ceramah, tak bawa nota kaki)

1) Gajah dengan Zirafah boleh makan tak? sebab haiwan ni hanya makan daun-daun sahaja.

First aku dengar soalan ni aku terus imagine ada gajah berdiri kat belakang pentas ustaz sambil belalai dia tarik ranting-ranting pokok yang rendang untuk ambil daun dibuat makan. Harus lah semua hadirin gelak sakan termasuklah ustaz. Ustaz tanya balik kat orang ramai. Orang Raja Uda ni memang ada bela gajah dengan zirafah ka? awat dah habis ka ayam , lembu dengan kambing kat sini? hehee. ustaz jawablah boleh dimakan kalau semua binatang yang biasa kita sembelih makan tu dah takda lagi kat muka bumi ni. Pendek cerita, boleh dimakan kalau dah tahap darurat.

2)Hukum menabur bunga mawar dipusara.

Yang ini ustaz tak ulas secara terperinci. Masa pun tak berapa nak cukup.

3)Ketika solat, selepas rukuk, bangun dan mahu bersujud, bolehkan tangan yang jatuh dulu sebelum lutut?

Tidak boleh. Solat pun ada adabnya namun diberikan kelonggaran bagi orang-orang yang 'kurang mampu'. Contohnya yang sakit lutut. Tapi bagi yang sihat walafiat macam kita orang yang muda-muda ni, jatuhkanlah lututmu dulu.

Meh kita layan gambar sat. kang kata aku menipu lak dengar ceramah kat 'awak tube'

seeee....60 minit bersama Ustaz Don tapi tak terasa pong waktu berjalan. sob..sob..

Ustaz masa menyampaikan ceramah. Kualiti kamera yang berjasa. Nampak entiti sudah.

Selesai ceramah semua kerumun kedepan termasuk lah aku. Masa ni semua orang cool lagi tengok ustaz dari dekat. tapi tak sampai seminit pun sebab..


hehe...siapa tak nak lepas peluang kan...aku tak. aku duduk je kat bawah diam-diam. tangan je yang ketip sana ketip sini.


Ustaz bukan artis, tapi Ustaz selebriti

seee.....ustaz sedang memberikan perhatian kepada kamera berjasa ini.

Alhamdulilah, sehingga apa yang saya coretkan disini, banyak lagi yang tak tertaip disini. Mungkin ada tertinggal pesan ustaz dimana-mana atau salah saya menceritakan mana-mana petikan dia dlaam ceramah tempoh hari. Minta perbetulkan saya. Saya sendiri pun banyak 'lupa' nya.

Ustaz ini istimewa kerana dia muda dan penyampaiannya yang bersemangat serta penerangannya yang terperinci buat golongan remaja, belia dan veteran rasa dekat dengan dia. Kita 'boleh' nampak keikhlasan dia dalam berdakwah. Kesungguhan dia mengajak kita mencintai nabi, menyedarkan kita perjuangan nabi dalam menegakkan Islam. Allah yang Pertama, Nabi Muhammad SAW yang kedua, ketiga baru Ibu dan ayah:)

Sunday 11 March 2012

Ustaz Don in the Houseeee!!!!!! : Ceramah di kampung raja Uda

Assalamualaikum...

Hehe...Pagi ahad tadi agak sangat ceria. Bagun pagi gosok gigi mandi solat, Quran sume bagai siap-siap terus siap-siap ke tapak Pasar tadi Raja uda nak dengar ceramah ustaz Don.
Ceramah kat tapak pasar tani ni memang dibuat stiap hari Ahad. tapi saya tak pernah pergi. Al-maklumlah rutin ahad pagi kalau rajin pergi joging kat Sri Andalas. Tapi tidak pada pagi ini...tidak dan tidak.

Sebabnya Ustaz Don dpanggil untuk menyampaikan ceramah pada warga Raja Uda dan jiran-jiran sekampung yang berdekatan. Haaa pasti kalian mempertikaikan keikhlasanku menuntut ilmu. Asala Ustaz Don, Ustaz Ismail kamus, Ustaz2 ustazah yang lali keluar Tv sume pakat p ramai-ramai. Samapikan masa episod menunggu kedatangan Ustaz yang lewat setengah jam tadi ada sorang makcik ni sempat mengusik 'Amboi, sanggup berpanas duduk kat sini nak tunggu Ustaz Don'

Apa-apa aje lah makcik Zahrah. Hehe.

Saturday 3 March 2012

kucing putih comel alahai

Assalamualaikum...

Hari ini mood rasa nak bermesra alam dengan Si Puteh. Kucen baru yang disegani tetapi dibenci amat oleh Si Betty. Puteh ni saya tak tahu datang dari ceruk mana. Erkk macam tahu lah sikit. Rasa-rasa dari umah jiran yang duduk ujung siit daru umah aku ni. Dipercayai tuannya mula mengabaikan dia sebab dapat sambung belajar kat IPT. Pendek kata, kebajikannya tak dijaga.

Aku cakap begini sebab masa mula-mula dia introduce diri dia dengan kucen2 peliharaan aku yang duduk kat belakang rumah, bulunya sangat bersih dan putih melepak. Tak macam bulu-bulu kucen aku. dah macam suku sakat shreak. Dannn putih, badannya tegap, gemuk berisi padat. Hehe, aku imagine lah kalau dia ni aku cium, boleh bertukar menjelma jadi Fahrin Ahmad. Eh bukan....urm...Aaron Aziz. heeeee. Terkena sumpahan lah kononnya.

Owh mari kita berkenalan dengan puteh.

Puteh...pssttt pandang sini.

taraaaaaa..this is puteh and the urban names is White. kih kih

elehhh...memalu plak dierrr!!

jap, aku tak paham apa motif si betty ni nak interframe..

woahhh aksi apakah ini?




mengamuk???



macam nak terbang jekk

seeeee....dia ejek aku plak dahhhh!!!


dan sekali lagi....aku tak paham apa motif betty nak interframe. cemburu mungkin??


Jangan mengumpat kata putih comot dan tak puteh pun seperti namanya. Sebab dia dah join group 'shreak'.

Sunday 26 February 2012

Muhammad Ismail yang kagumi.

Assalamualaikum...

Sebelum baca entri ni, sila baca entri sebelum ini sebelum anda meneruskan pembacaan. Sebelum itu, hehe banyak sangat sebelum nya...ok lah meh baca. Eh..eh sebelum tu, dah baca blum yang kena klik tu????

Muhammand Ismail memulakan pengembaraannya ke Istanbul. Kenapa Istanbul? Ini kerana Istanbul ialah ibu kota Kerajaan Turki Uthmani dan di Kota inilah tempat bersemayamnya sultan dan para pegawai. Merekalah yang akan menentukan siapa yang berhak menjawat jawatan penting termasuk jawatan Mufti Syria.

Apabila sampai di Istanbul, beliau menetap di salah sebuah kedai disana dimana kedai itu bersebelahan dengan pejabat Syeikhtul Islam. Syeikhtul Islam merupakan mufti tertinggidi Kerajaan Turki Uthmani. Pekerjaan Ismail disana hanyalah membaca buku dan menulis sahaja.

Suatu hari, dalam situasi yang tak diduga, para ulama yang berada dipejabat fatwa tidak dapat menjawab persoalan yang diajukan oleh sultan. Soalan tersebut amat membingungkan para ulama disitu. Seorang hamba Allah datang menemui Muhammad Ismail menceritakan kejadian tersebut dan bertanya kalau-kalau Muhammad Ismail mampu menjawab soalan sultan. Muhammad Ismail menjawad 'ya' dan dia di bawa oleh hamba Allah tadi ke pejabat Syeikhtul Islam untuk berjumpa dengan pembantunya.


Pembantu Syeiktul Islam memandang sinis kepada Muhammad Ismail berikutan imejnya tidak menammpakkan beliau seperti seorang Ulama. lalu diberinya soalan tersebut kepada Muhammad Ismail. Beliau membaca soalan itu dengan cepat lalu menjawab soalan tersebut sehingga 10 lembar kertas. Setelah selesai, beliau meyerahkan jawapan tersebut kepada pembantunya. Beliau juga sempat meninggalkan alamat rumahnya disitu.

Ternyata jawapan terhadapa persoalan yang diajukan oleh Sultan itu telah memberikan kepuasan dan kepgembiraan kepada Syeikhul Islam lalu memanggil Muhammad Ismail untuk berdiskusi.
Dalam pertemuan itu...

Syeikhtul Islam: Mintalah apa yang kau inginkan dariku?

Muhammad Ismail: Aku minta jawatan sebagai Mufti di Syria serta Guru Besar di Kubah Nasr.

Syeiktul Islam: Kedua-duanya adalah milikmu.

Lalu, Surat pengangkatan jawatan Muhammad Ismail dituliskan.

Setelah mendapat jawatan tersebut, Muhammad Ismail pulang ke kampaung halamannya Syria dan bertemu lagi dengan orang yang pernah menyindirnya dahulu.
''Dari mana kamu, wahai Sheikh? lama tidak berjumpa?'
Muhammad ismail menjawah dengan tenang, Dari Istanbul. Aku suadah mendapatkan jawatan mufti seperti yang kamu suruh'

Beliau terus berjalan ke pejabat gabenor untuk meyerahkan pengangkatannya. Tidak lama kenudian, dengan rasminya Muhammad ismail menjawat jawatan mufti Syria dan disambut dengan perayaan yang mewah.


Begitulah alkisahnya. Moralnya adalah jadikan setiap sindiran dan cemuhan sebagai cabaran. Ok, dalam kisah ini Muhammad Ismail disindir oleh rakan-rakannya berikutan dirinya hanya tukang jahit tapi lagak bercita-cita besar mahu menjadi mufti. Walhal apa ynag dilakukannya ahanyalah mahu memenuhi ilmu didada. Ikhlas mendalami Ilmu Allah tapi lain pula yang difikir oleh masyarakat kelilingnya.

Bagaimana pula dengan kita?

P/s: Kisah ini saya dapat melalui pembacaan salah satu majalah berteraskan Islam yang hangat dipasaran. Namun, saya menaip semula mengikut angin sepoi-sepoi bahasa saya:)

Monday 20 February 2012

Sindir Menyindiri

Assalammualaikum...

Lately i learned more about friendshit friendship.


''Sentiasa berasa diri teraniaya dan sangat malang atas situasi yang tidak kamu sukai serta membuat andaian andaian buruk terhadap orang lain lalu mencanangkan kepada semua orang bukan menjadikan diri kamu akan lebih dikasihani oleh orang-orang baik hati serta prihatin konon, tetapi mendedahkan siapa diri kamu yang sebenar''

Woww kenapa aku sangat emosi inihh??? Agama aku hampir rosak disebabkan berhadapan dengan manusia bertalam 2 muka ini.


Kepada yang suka menyindir. (budject baik, mulia lalu menyindir kepada orang yang cetek ilmu)

Hebat menyindir. Ada sinar kaca-kaca terbit dimatanya tatkala menyindir orang yang tidak disukai. Sentiasa berasa diri bagus dan puas apabila dia menyindir seseorang. paling best kalau orang itu terasa hati dengan sindirannya. Ya, aku pun seperti kamu. Ada orang-orang yang aku tidak suka. Tetapi dia masih saudara seislam kita. Bukankah lebih baik, kita sama-sama memohon kepada Allah SWT supaya dibuka pintu hatinya menjalani hidup sebagai mukmin/mukminin yang sejati.


Buat orang yang terasa dirinya disindir

Jadilah seperti Sheikh Muhammad Ismail yang menerima sindiran dan celaan sebagai cabaran. Beliau merupakan seorang tukang jahit tetapi dalam pada masa yang sama suka menghadiri majlis-majlis ilmu untuk mendapat berkat. Beliau juga tekun belajar mendalami islam. Beliau banyak mengkaji permasalahan-permasalahan yang sering menjadi persoalan berbangkit mengenai islam sehingga beliau mampu menjawab persoalan persoalan yang sering ditanyakan orang ramai yang menemuinya.

Situasi ini pastilah tidak disukai oleh penyokong mufti Syria ketika itu. Ini kerana orang ramai tidak lagi merujuk permasalahan kepada mereka sebaliknya lebih selesa menemui Muhammad Ismail. Saya ulangi Muhammad Ismail. Ehem ehem saje..eh serius sikit!

Pada suatu hari, sedang Muhammad Ismail berjalan dihadapan orang yang tidak menyenanngi perkembangannya, Muhammad Ismail telah disindir sewaktu membero salam kepada mereka.

''Engkau hendak kemana wahai Syeikh? Hendak ke Istanbul meminta jawatan Mufti kah? Sindirian itu disambut dengan gelak ketawa orang ramai''

Muhammad Ismail tidak membalas banyak sindiran itu. Beliau hanya menjawab singkat 'Insya_Allah'

Selepas kejadian itu, belaiu berusaha bersungguh-sungguh untuk membuktikannya. Beliau tidak menjadi lemah kerana sindiran tersebut malah menjadikan sebagai cabaran untuk merealisasikannya.

Dan akhirnya, berkat dan keazaman beliau berjaya mendapat jawatan mufti di syria.

Urmmm, macam tergese-gese je aku nak habiskan story ni kan. Tak pe alh, lain masa aku update lagi macammana jawatan tersebut berjaya diraih oleh Syeikh Muhammad Ismail. Mari kita sedekahkan Alfatihah kepada beliau.



P/s: Tetiba aku rasa ayat intro tak berapa masuk dengan karangan berjela nih. Haiih usaha baiki lagi.

Friday 10 February 2012

Tergendala berblog kerana timing lappy.

Assalammualaikum...

bagi saya bernapas kejap.....

Rasa macam nak pengsan tak boleh log in blog sendiri di lappy sendiri. Ape hat ape hat tah? Fessibuk pun sama. That's way lama dah tak menyibuk kat dunia maya karin nih!

Rupanya date kat lappy ni balik ke masa 2006. Geram jer, Grrrrrgg.

Semalam happy sesangat. Terlalu happy jmpa balik jiran lama yang terpisah bertahun-tahun dulu. Saya punya happy ni sampai nak update status kat pessibuk. nak canang kat semua yang ' yeahh, saya kembali bertemu mereka'. Tapi tak post punnn. Post pone pun tak. Sebab bukan budaya saya lagi sikit-sikit punya emosi nak conteng kat wall sendiri. But, tak tahu lah akan datang macam mana.



ok lah, entry ni just episode nak lap lap habuk je. Lepas ni saya akan update weekly.InsyaAllah. Mari selawat ke atas Nabi Muhammad SAW:)

Sunday 1 January 2012

Mencari Syed Husin Ali di MPH

Assalammualaikum 2012!!!!

Tiada sebarang aktiviti dalam menyambut tahun baru ini melainkan meluangkan masa dengna mama dan abah. Yelah agak annoying bunyinya bagi gadis berusia puluhan tahun ini masih lagi meluangkan masa dengan ibu bapa. Eh bukan sekali sekala tau. tapi sangat selalu. Hehe tak lah. Bunyi macam anak manja yang tak berpisah dengan ibu bapa. Tak lah...sejak kebelakangan ini sahaja.

So, MPH bookstore Jusco Bukit Raja destinasi kami sekeluarga pada hari ini. Abah begitu lah. Kalau tak berkebun, tengok Al-Jazeera, membaca sajalah jadi santapan dia. satu buku yang sangat dinanti-nantikan nya adalah Memoir Perjuangan Politik Syed Husin Ali. Siapakah beliau?
Belia seorang tokoh politik dan akademik serta aktivitis sosial terkenal dalam dan luar negara.
Pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR.

ni haaa buku nya.

Punyalah sabar Abah menanti kemunculan buku ini sejak diiklankan kat suratkhabar, akhirnya abah boleh tidur lena. hehe (aku pun sebab tiap-tiap hari dok tanya kat aku)

Tengok abah dapat buku favorite dia, tiba-tiba rasa nak jugak beli buku baru hari ini. dan...hehe


pepatah Inggeris mengatakan Don't Jugde the book by it's cover but it not happen to me. Saya memang tengok kulit buku mana paling cantik, then baru belek isi dalam. Terukkan? Marketing kena bagus maaa dan Puan Fatimah Syarha Mohd Nordin, it really work!

Ini sebuah novel tauhid. Banyak ilmu agama yang dikongsikan disini tetapi diterjemahkan dalam bentuk novel. Actually, saya tak berapa gemar novel. Tak kira apa genre pun. Tak suka tu satu hal. Menyakat kawan yang suka baca novel memang menyeronokan. Caranya senang sahaja. Baca page terakhir. baca kuat-kuat abagi kawan tu dengar dan apalagi memang kena marah lah dengan kawan tu. Tak surprise katanya. Huh! Eh, jauh dah bercerita ni. Ok lah, novel ni jadi pilihan sebab ia novel agama. Ada ilmu dan saya memang memerlukan makanan seperti ini. Saya tahu saya tak sebagus macam muslimah yang lain but saya cuba.

Ok, ingatkan dah habis shopping tapi abah pegi pusing balik masuk dalam dan capai pulak buku ini



Dah jangan nak buat spekulasi politik kat sini. Dalam almari buku abah saya buku Tun Mahathir pun ada. Orang dah minat politik ni suma stesen dia baca. Buku Haji Najib je tak jumpa lagi dalam almari tu. nape? tak tau tak tau.

Kasih seorang suami terhadap isteri diterjemahkan melalui buku ini


Ikutkan banayak dah buku doa-doa kat rumah ni tapi abah kata ulasan dari Dato' Ismail Kamus lebih senang faham. So, mama this book for you. Fair kan semua ada buku baru hari ini. Buku baru di tahun baru.

Semuanya berharga Satu Empat Empat Ringgit Malaysia sahaja.

P/S: Azam tahun baru ni nak ikut semua jadual harian yang diaturkan dengan penuh disiplin. Bila dah ikut semua azam akan terlaksana. Kan senang? tak yah nak buat list panjang berjela. Selamat tahun baru Readers!!!!!!