Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Friday 16 September 2011

Bukan Penjajah tapi Penaung


Hari ini cuti sempena Hari Penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.

Menyambut ulangtahun Penubuhan Malaysia dengan fahaman bahawa British bukan lah penjajah tetapi penaung.

Siapa kata tidak tak boleh ubah Sejarah???


P/s: Dun worry dad, ami tak poss kat dinding PeSiBuk:)

Thursday 8 September 2011

September 9 kembali lagi!!!

September 9 ok...bukan September 11. Sila jangan keliru garu-garu kepala mahupun betul tudung. Sepanjang usia saya yang lepas banyak sangat dugaan yang yang saya lalui. Sampai satu ketika saya dilanda kemurungan hati. Haha memandai je buat kamus sendiri. maksud saya pernah sampai satu ketika, saya patah semangat. namun berkat sokongan keluarga dan rakan terdekat, saya bangkit memulakan hidup baru. Yang penting hidup saya masih berada pada landasan agama. Alhamdulilah, Allah masih memelihara saya. Allah...walaupun aku selalu lalai namun kau tidak pernah jemu mendengar rintihan aku. Dalam saya masih tidak sedar yang saya hampir kehilangan identiti saya, (jangan provoks yer, kehilangan identiti tu maksudnya saya bukan macam saya yang dulu) ok pening. macam ni lah. Dulu ceria tak hengat. Sekarang ibarat 'tiada esok bagimu'. Bolehhh...pahammm ye kawan-kawan!! So, dalam pada itu banyak lah pihak-pihak yang memang dah Allah takdirkan berjumpa dengan saya mengatakan hal-hal yang agak mastika.3 pihak saling tak mengenali tetapi menyatakan hal yang sama. Jeng...jen..jeng..(lagu x-files berkumandang)

Dalam pada 3 pihak tu, hanya satu sahaja yang buat saya benar-benar tersedar dari dunia khayalan saya. Beliau adalah.............tak mau sebut lah nama dia. Popular sangat. katanya lahhhh!! Walaupun dia dah tiada lagi, namun setiap apa yang pernah dia titipkan untuk saya, saya ambil yang baik-baik, fikir positif dan jalan ke hadapan. Sesekali toleh jugak lahh. mau nye nak lupus sekelip mata, memang handallah. Dah jangan fikir yang bukan-bukan.

Soalnya Hati. Walau apa pun dugaan dan cabaran yang Allah dah pilih untuk kita tempuh, maka berbaliklah pada agama. kalau anda rasa anda sangat suci atau kalau anda rasa anda sangat hina atau kalau anda rasa seimbang dunia akhirat, dimata Allah kita tak tahu. Maka tinggi manapun kita atau rendah manapun kita dimata masyarakat, sekali anda diuji, di situ lah diri kita yang sebenar.

Ok, My dad pun dah bising-bising suh masuk tidur. Beliau terganggu mungkin dengan ketukan papan kekunci ini. Brutal Solo punya pasal, sampai sanggup bersengkang mata buat entri ni. (alasan tak mau ngaku besday girl, huhu girl lahh sangat!) Selamat pengantin Baru, Bro untuk yang ketiga kali. Serius, bulat mata saya.. Tahniah:)