Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Monday 29 September 2014

Tips bawa anak kecil bercuti dan berjalan

Assalammu Alaykum

kali ni aku nak berkongsi dengan mak pak kat luar sana kalau nak bawa anak kecil keluar berjalan tak kiralah perjalanan jauh atau dekat. Ini tips anak bawah 12 bulan mengikut pengalaman aku.


1.Tidurkan anak

Tidurkan anak dahulu sebelum korang merancang nak bawa pergi berjalan ke pusat membeli belah, kenduri kendara atau kat mana2 tempat yang korang memang nak spends masa berjimba-jimba dengan anak korang. Ini bagi mengelakkan anak korang menangis protes sewaktu tiba di tempat kejadian sebab tak cukup rehat dan tidur.

2. Kenyang

Pastikan sebelum tiba di tempat yang dituju perut anak dah berisi. nak bagi susu or bubur sebelum perjalanan pun ok. Dalam kereta pun ok. Ini bagi mengelakkan anak nangis sebab perut tak terisi. Dah spoil masa kita nak berjimba2 ye dak.

3. Pakaian yang selesa

Ini kena tengok cuaca. Agak2 time orang nak keluar tu cuaca redup2 sonata, mendung tapi tak hujan2 boleh la korang pakaikan baju yang ala2 kostum. kalau gegel tu, mak2 suka pakaikan baju tutu, yang lelaki pulak pakai berlapis2 macam duduk kat obersi haaa time ni la sesuai. Tapi kalau korang masuk tempat yang ber aircond tu takde masalah kot. tapi pastikan bawa lebihan baju yang dr material kapas atau cotton. Kang merengek nak tanggal baju adalah alternatif lain.

4. bekalan makanan atau susu yang mencukupi.

yang ni semua orang tak lupa. bagi yang brestfeed takde masalah tapi pastikan bawa nursing cover.

5. Beriadah di tempat yang selesa.

Nama pun bawa budak kecik. pastikan tempat yang korang nak bawa tu ada toilet yang bersih atau nursing room atau changing diaper untuk keprluan anak korang bila poo poo. Cth nya kalau shopping complex ni aku prefer Aeon Jusco. Aeon Jusco memang mesra ibu bapa dan anak kecil. mana2 cawangan ada changing room dan nursing room.


Untuk perjalanan jauh yang kena merentasi benua tu tips dia lain. Pasti kan ikut betul2. atas udara tu kalau anak dah merengek tak tentu pasal ko kena hadap jugak sampai destinasi. Eh bukan ko sorang tapi semua penumpang kapal terbang. Ceh garang lak aku.

6. Bassinet

Bagi yang merancang awal vacation, nasihat aku dapat kan tempat paling hadapan. Ini penting sebab tempat duduk paling hadapan sahaja boleh pasang bassinet melainkan kalau korang tempah duduk busines tak jadi masalah. Bassinet penting bila bayi anda tidak mahu dipegang atau mereka boleh bermain didalamnya. Dannnn kita pun tak lah lenguh berejam sampai kebas kaki nak pangku diaorang.

7. Pastikan tidur dalam perjalanan.

Macam mana ye nak pastikan anak tidur sepanjang perjalanan dalam flight tu? Begini, sebelum korang masuk perut kapal terbang, jangan biarkan anak tidur beberapa jam sebelum penerbangan. kalau tengok dia dah mamai nak tidur tu, layan lah anak tu. Buat la apa yang patut. main2 dgn dia, agah2 ke janji dia tak tidur. Pendek kata bagi dia letih sebelum penerbangan bermula. Hasilnya, bila dia masuk je perut kapal terbang, senang dia akan terus tidur sebab letih melayan kita, hehe. Cth masa zafran dulu perjalanan kami nak ke sabah dia dah tidur dalam kereta masa otw nak ke KLIA. Sudahnya dia segar dalam kapal terbang dan Ya Allah...penat jugak la melayn karenah dia sepanjang perjalanan awal dalam sejalm lepas tu baru dia nak tidur semula. Bila aku nak balik semenanjung, aku memang tak bagi dia tidur. Alhamdulilah dia tidur sajaaaaa dalam flight tu.

8. Tekanan udara

Mula2 kapal terbang nak naik tu, adalah lebih baik korang pangku, peluk dan tutup kedua belah telinga anak untuk elakkan dia berasa 'kurang selesa'. Cara kedua susukan anak. Bila dah betul2 atas udara baru lah korang boleh lepaskan dalam bassinet atau pangku seperti biasa. (ayat aku macam org kampung, senang bg paham)

9. Stroller atau baby carrier

Yang ni terpulang pada ibu bapa. Kalau rasa baby dah berat nak kendong2 bawa stroller tapi jangan la besar barat plus berat2 tu. Mungkin boleh spends sikit duit beli stoller yang simple dan ringan untuk korang yang travel merentasi benua. Cth stoller travel mcm halford, sweet cherry pun ada range dlm RM130. Tapi yang plg popular babyzen yoyo. Boleh lipat dan sangkut kat bahu. tapi harga mahal dalam 1-2k. Aku travel hari tu tak bawa stoller sbb stroller zafran jenis besar dan berat. nak spends beli yang ringan dan kecik mmg tak la. So kitaorang bawa baby carrier. Lebih senang tapi pastikan beli yang buat baby selesa duduk dalam tu.

10. Barang yang melekakan bayi.

Pergi mana-mana tempat kita tak lari dari 'menunggu'. Tunggu nak sampai destinasi (jammed), tunggu beratur nak bayar makan, parking segala. Tunggu turn nak masuk toilet. tunggu isteri tak muncul2 keluar dari pusat beli belah (hehe yg ni tak pernah buat lagi), tunggu giliran kena panggil, tunggu kapal terbang di balai ketibaan dan yang paling hazabedah time makan. Kalau bawa budak kecik kena sabar banyak sebab budak kecil mudah jemu. ye la apa yang diaornag tahu tentang rutin kita orang dewasa ni. So bawa lah barang mainan yang kecik2 tu yang dia suka pegang. Lekakan dia so tak de la kita ni asek nak berdukung tenangkan dia. atau yang mana dah tumbuh 2-3 btang gigi tu dah boleh bagi makanan biskut macam biskut tiger tu. Mungkin itu tak membantu lama tapi sekurang-kurangnya boleh mengurangkan stress kita sewaktu menunggu-nunggu.

10 cukup? huhu aku lupa lagi 1. Dokumen perjalanan si kecil jangn lupa. My Kid atau surat beranak.
Harap-harap membantu lah ye kepada korang yang bercita-cita nak bawa ank keluar makan angin di luar tu. banyak2 kan juga baca ayat kursi supaya anak itu tadi terhindar dari sebarang penyakit dan seumpamanya.


Monday 22 September 2014

Zafran Turns 1


Assalammu alaykum

Seminggu dah berlalu sambutan hari jadi Zafran. Mula-mula aku memang excited nak buat persediaan sambutan si kecik ni. Bayangkan 3 bulan sebelum majlis lagi aku dah mula cari seller yang jual stuff besaday...kek..candy buffey sume lah. Aku bercita-cita nak buat candy buffet sendiri...cewahh. Tapi..tunggu la aku cerita apa kesudahannya.

Aku banyak google tentang perancang majlis hari jadi kanak-kanak kat blog2 dan instagram untuk aku inspirasikan dalam persediaan aku ni. Tapi aku tengok jugak budget, lokasi dan kemampuan kudrat aku ni. Sebab aku seorang sahaja yang bersemangat nak corakkan majlis tu jadi macam taska, huhu. My Imam? dia tak minat. Katanya membazir. Buat yang ringkas sudah. jadi faham lah aku bahawasenya aku kena keluar belanja sendiri untuk part2 yang dia kata membazir tu.

Disebabkan lokasi buat dekat rumah mama, jadi paham-paham lah kan. nak decorate tak boleh buat ikut suka. Sebab mama jenis strict jaga rumah. tak suka sepah..tak suka sepah..tak suka sepah. tak nak ada benda2 merepek..macam photo booth. haa tu salah satu cth lah kan...hehe. So kreativiti aku terhad dan sokongan dari orang dlm rumah agak hambar. Boleh agak la setakat mana je yang aku mampu buat.

tapi aku suka moment dan aku dah siap2 book photographer. Yang ini pun tak ramai setuju. tapi aku nak..aku booked jugak...degil,

SEMINGGU SEBELUM MAJLIS...aku diberitakan yang makcik aku dapat surat tawaran mengerjakan haji pada tahun ini dan tarikh dia nak pergi tu sama dengan tarikh aku nak buat majlis zafran. haihhh nampaknya terpaksa la cancel. kena buat sehari awal dan photographer pun tak dapat nak memenuhi jemputan sebab clash dengan job dia. sudahnya deposit RM100 burned.

Akhirnya hari yang aku tunggu2 dah tiba. Majlis start 3 ptg dimulakan dengan bacaan doa oleh atok tercinta, So nikmati la gambar-gambar di bawah.

ni besday boy...bantal bushukk tu tak nak lekang dah. dah jadi kawan sejati dia.



ni suasana sekitar pukul 3.30 ptg. ramai jiran2 dan sedara mara dtg serentak waktu ni. so memang sesak dari depan sampai ke belakang.



tadaa...kek my besday boy. kengkonon dia la pocoyo kat tengah tu. Asalnya kek ni cuma ada 3 patung tu je. Yang happy besday, belon kat belakang tu dengan angka no.1 tu gigih aku mencari setengah jam sebelum majlis.



ni acara kemuncak la kononnya. potong kek. aku agak tersegan sikit waktu ni sebab ramai audiens kat depan tu tengah tengok. Sekali bila time nak nyanyi tiup lilin, sorang pun tak keluar suara,haha. Lastly keluar jugak la bila sorang makcik my imam mulakan rangkap pertama tu baru la semua orang ikut. Pemalu kaum kerabat kitaorang ni, hehehe. 



Candy bufet yang termampu aku pernah buat. Camne? lulus tak nak buat bisnes ni? hahhaakchummm






watak utama yang tak tahu apa kejadian pada hari tersebut, haha.



Tetiba ada keta kuning menjelma. macam bese muka mak lagi excited drpd anakandanyaaa.

                         
esok pagi-pagi baru terhegeh2 nak buka hadiah...thanks abi bagi zafran kereta. 

Macam ni la rupa suasana hari jadi zafran. walaupun takde Official photographer tapi ramai yang bertungkus lumus ketip gamba sana ketip gamba sini. Terima kaseh semua (macam la diaorang tau blog aku ni) satu je perkataan yang aku nak gambar kan majlis si kecik ni. Penat. Siyes penat fizikal dan mental sebabnya dengan keadaan aku sekarang yang tak berapa nak sihat. Suami, mama dan abah yang banyak menjayakan. kalau tanya aku, candy bufet tu je la yang aku hadap.

Alhamdulilah semua bermula, berlangsung dan berkakhir dengan sederhana dan harmonika sekali.


Tema : Pocoyo and Friends

Candy bufet : Sdn Bhd ( all candy beli kat berhadapan pasaraya Meru)

Props: Shila Shower

All printed sticker: Gift comel 4 u

Menu: Rendang - mama
           Nasi Impit - mama
           Lontong - mak yut
           Bihun - Cik Ita
           Kuah Kacang - Cik Ita
           Karipap - Cik Ita
           Kuih Kole - catering Sri andalas
           Kuih lapis cendol - catering Sri andalas
           Cream Puff - kawan azah
           Cup cakes red vel vet - kak Zura
           Air Oren+ice cream soda
           Teh tarik



Thursday 11 September 2014

Keluh kesah sebelum majlis zafran

Assalammu Alaykum..

Esok aku buat majlis hari jadi anak bujang aku Zafran yang...julung2 kali diadakan. Hehe setahun la. Takde catering. semua upah orang sana orang sini masak. Khemah pun takde. Serba ringkas. Jemputan pun tak ramai. Aku ada la terpikir nak jemput kawan yang aku tak pernah jumpa lagi tapi selalu hai hai bye bye dalam alam maya ni (tak mau sebut nama dia...segan hehe) tp bila mengenangkan aku nak buat majlis kat umah mama aku rasa down. Nanti lah dah ada umah sendiri baru rasa semangat dan berkeyakinan nak jmput sape je yang terlintas dalam otak aku ni hehe.

Photographer kalau tidak, ada pada asalnya. Disebab kan aku terpkasa tukar tarikh sebab makcik aku dapat jemputan haji last minutes so clash la dengan perancangan aku. makanya no photographer dan deposit burn. Sedih tapi takpe la. Aku buat pun still buat kat rumah mama aku. Takde kebebasan juga nak decorate comel2 party harijadi zafran. Pendek kata takde op pun baloi. Tapi eh nak la jugak kan.

Sungguhpun begitu banyak juga aku laburkan duit nak realisasikan impian kecil aku ni. banyak sebab aku nak usahakan sendiri candy buffet anak aku. dan provide goodies bag dia. Suami aku da pesan awal2 bayar duit makan je. Semangat betul aku.

Urm...nanti dah abes majlis dia aku update lagi.