Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Friday 17 April 2015

Pengalaman bersalin anak kedua (Baby Hana)

Assalammu Alaykum

Rentetan berlaku pada hari Jumaat 10 April

3.00 am
Sakit perut memulas. Bangun dengan longlai sebab mengantuk sangat. Tapi dah nk membuang sangat pula, aku gagahkan jua ke toilet.

3.30 am
Memulas lagi...lepas membuang pun rasa memulas balik diikuti sakit dari pinggang ke bawah.

5.00am
Episod ulang alik ke tandas berterusan sampai 5.30 pagi. Mula rasa mcm sakit nak beranak tapi tak keluar apa2 tanda. Nak kata gastrik mungkin ya sebab malam tadi aku makan macam2. Ye lah ada pasar malam tu yang membeli tak hengat. Mungkin juga food poisoning dari aku makan laksam coz kuah dia seriously pahit. Macam dia terblend biji limau dalam kuah tu. Di sebabkan byk bnda yg bermain dalam kepala aku ni...so aku kejut la My Imam. Luahkan apa yg terbuku dalam kepala aku dari pukul 3 pagi lg sebenarnya. My imam just diam termenung dgr keluh kesah aku. Pastu dia tido balik bila aku sambung memerut kat bilik air.

5.30 am
Selesai memerut, tengok my imam dah duduk kt kerusi ruang tamu. Dia suruh siap2 pergi hospital. Aku pun dengan masih perasaan serba salah nak beranak atau sakit perut biasa masuk balik toilet mandi.

6.00

Lepas solat subuh, aku call mama kt hospital besar. Bg tau nk pergi ppum tapi tak sure nak beranak lagi ke tak. Kot lah false alarm ke kan. So aku bersedia je la dgn segala kemungkinan sebab aku sakit perut 10 minit sekali tanpa ada turun tanda. Tapi bila sakit tu datang aku just rasa macam nk memerut. Still boleh kontrol lg.

7.00
Dah sampai ppum terus naik tingkat 3. Tingkat 3 labor room. Dulu masa zafran dah turun tanda terus kena tahan kat sini cek ctg. Tapi sebab bukaan masih 2cm aku disuruh masuk wad biasa dulu. Kali ni kena pergi tingkat 4.

8.00
Sementara tunggu pintu wad berkenaan dibuka, aku tanya kesahihan tingkat 4 ni kat sorang patient yg menunggu sama dgn aku kat lobi tingkat 4. Katanya dia pun baru tau tingkat 4 ni baru. Patient ni mengandung ank ke-3. Kurang rasa pergerakan tu yang dia dtg nk cek. Pastu aku cerita la yg aku sakit perut....dah mula rasa mcn kontaksi sikit2 tp takda turun apa2 tanda. Katanya dulu dia nk bersalin ank ke-2 pun mcm tu. Tak turun tanda. Cuma sakit perut je. Anak 1st dulu turun darah. Sama je mcm aku. Katanya confirm la ni aku nk beranak. Bila dia ckp mcn tu aku cam lega sikit. Ye la kot mmg aku nk beranak hari ni.

8.30
Aku buat pendaftaran. Dan diarah tukar pakaian. Kemudian kena cek ctg. Sejam kemudian ada doktor dtg nk cek bukaan. Ikut pengalaman lepas kalau sakit mcm sekarang ni bukaan baru 2 cm. Kali ni dia seluk da 5cm. Terperanjat aku. 5cm tu time nk bersalin zafran dulu dah sakit tak boleh nk senyum dah. Yang ini sampai nurse ti tegur muka aku tenang je walaupun dah 5cm. Aku bingung kembali. Betul ke 5cm ni? Terus dia suruh aku g labor room. Time zafran dulu kena tolak.atas katil tau masuk labor room. Kali ni  aku jalan sendiri dan cuma lambai tangan malu2 kat my imam. Dah aku menonong je jalan nak masuk labor room. Sampai kt pintu baru teringat suami kt belakang. Suami kena tunggu kat luar tak boleh masuk. Aku nak patah balik dah segan sebab kat belakang tu berderet lg suami2 yg tengah tengok aku menoleh. Aku pun just lambai dari jauh. Sedih. Nasib baik mlm td dah siap2 minta maaf. Ntah la malam td rs mcm nk mnta maaf walhal belum sakit2 lg.

9.30
Pecah air ketuban. Pas beberapa minit tu baru dtg sakit yg benar2 sakit. Disebabkan tak tahan sgt sakit aku suh nurse yg ditugaskan jaga aku tu cek bukaan dah berapa. Dia seluk katanya dah 8cm. Aky pun terus ckp
Aku: saya dah boleh teran la ni?
Nurse: belum....tunggu 10cm baru teran.
Aku: saya baca kt internet kalau anak ke-2, 8cm dah teran.
Nurse: sape yg ckp mcm tu? Bg tau kt saya. Kalau awak teran sekarang nanti bawah awak tu bengkak. Abestu kalau anak no 3 nanti 7 cm dah boleh teran lah ye (sindir aku haha)
Aku: tapi saya dah tak tahan la...
Nurse: saya tolong awak cepatkan bukaan. (Seluk) haa cuba teran..(tak boleh) kan saya dah cakap kena tunggu 10. Kalau awak tak tahan awak hidu gas ni. (Gas kurangkan rasa sakit tapi boleh laloq)

Dalam pada tu...nurse tadi asek membebel je kat kawan2 dia pasal 8cm dah boleh teran. Aku nak geram pun tapi dia yg byk tolong. Sebenarnya aku pun mcm dah malu...hehe. pandai2 ckp mcm tu tapi betullah aku ada baca kt internet yg ank ke 2...8cm dah boleh teran.

Pukul 11
Aku dah sakit sangat2. Nurse tadi tolong cepatkan bukaan aku. Masa tengah seluk tu dia suh teran. Aku teran...teran sekuat hati. Aku ingatkan diri aku yg jgn angkat punggung. Beranak kali ni aku tak minimum kan luka yg ada. Aku teran sekuat hati dan curi nafas. Ramai pembantu yang ada kat situ memuji cara aku menangani situasi nak bersalin. Ececehhh..tepat 11.18 lahirlah zuriatku yg ke 2 atau puteri ku yg pertama Hana.

Nurse: tengok laki ke perempuan?
Aku: ( blur...takde telur maknanya perempuan) perempuan.

Alhamdulilah bersalin kali ini sangat mudah dan tenang bg aku. Tanpa induce dan epidural. Juga menerima jahitan yg minimum. Jadi pergerakan aku tidak begitu terbatas berbanding masa lahirkan baby 1st. Allah bg rezeki lahirkan anak ini pada hari jumaat pagi bersamaan waktu dhuha. Aku mmg teringin nk bersalin pagi jumaat. Alhamdulilah dimakbulkan. Semoga puteri ku ini menjadi anak yg solehah hafizah dan berguna kpd masyarakat agama dan bangsa. Amin.