Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Thursday 7 February 2019

A Day In Their Shoes


Assalammu Alaykum...

Pada 18 februari 2017 yang lalu, sekolah zafran Tadika Ceria az Zahrah ada buat bengkel keibubapaan. Bengkel ini dibuat pada hari sabtu dan kedatangan ibu bapa adalah wajib! ehh tak la...yang mana ada urusan lain tidak mengapa.

Untuk ibu bapa yang pertama bagi aku,  aktiviti sebegini memang mengujakan...actually aku seorang je yang berperasaan macam tu. My Imam lek lek je. Ikutkan tak boleh bawa anak tapi ada kelonggaran bagi yang ada masalah babysitter. Maka kami sepakat bawa zafran. Buat kat sekolah dia je pun.

Sampai sana ibu bapa di arah berkumpul di tapak perhimpunan. Memulakan perhimpunan dengan lagu negaraku, negeri selangor dan lagu sekolah. Kemudian lagu kanak-kanak. Ehh...ini dah macam aktiviti harian zafran dan rakan-rakan nya... hahaha... aku pun enjoy je...sekurang-kurangnya aku lagu-lagu yang anak aku nyanyi tiap hari di sekolah. Nyanyi siap gaya tau...semua cikgu-cikgu sekoah dia turun padang nyanyi dan menari sekali hokkeyy. Best aku enjoy sangat.

Selesai menyanyi...kami ibu bapa di bahagikan kepada beberapa kumpulan. Aku kan bab2 aktiviti berkumpulan ni nerveos sikit. dari sekolah lagi melainkan ada orang yang aku rapat dalam kumpulan tu. Tapi ni My Imam pun kumpulan lain. ok aku dah berpeluh saat ini.

Pastu setiap kumpualn ni akan bergerak ke 8 stesen. bayangan keretapi menjengah kejap. Apabila bunyi loceng makan kumpulan ini tadi akan bergerak ke stesen berikutnya pula. Disebabkan kumpulan aku bernombor 5, maka bergerak ke stesen no.5.

Stesen no 5 bersama teacher yat. (sains & matematik)

kumpulan aku 4 orang je. aktiviti dia buat kolaj. Ambil daun kering atau fresh koyak koyakkan dan tampal kembali di satu kertas A4 membentuk daun semula. Cikgu yat terangkan struktur daun2 dan motif disebalik aktiviti ini.

Stesen no 6 bersama teacher Edzati.

Teacher Edzati ni pengetua tadika zafran. kat sini kami diberi gambarajaj rangka pokok dan kami sebagai ibu bapa dikehendaki menulis kemahuan apa yg kami nak anak kami dapat di sekolah pada sehelai kertas berupa daun. Paham tak ayat aku tu? kih kih kih

Stesen no 7 bersama teacher sorry lupa.

tapi teacher ni la tadi yang jadi teraju kita orang masa assembly tadi. Dalam stesen ni kami diberi tong biskut dan  botol air mineral. kami kena wujudkan bunyi bunyian dengan alat kitar semula tu tadi beserta lagu rasa sayang heyyy!!!

Stesen no 8 bersama teacher Zana

Ini stesen membaca. Teacher zana menunjukkan kami sebuah buku bergambar yang besar. Dia tunjukkan cara bagaimana membacakan buku kepada kanak-kanak. Memang menarik. Buku tu ada gambar yang berwarna warni dan hanya ada skrip yang sedikit. Maka, kita ibu bapa perlu menyampaikan cerita dengan kreatif kepada anak-anak. Memang cara dia memberangsangkan, Sebelum ni kalau aku baca buku cerita betul-betul berpandukan teks yang sedia ada dengan intonasi yang macam tengah ada pertandingan bercerita...gittewww, tapi aku silap. bukan itu kaedahnya. Boleh google Dr. Putri Maria Afzan untuk visual. Sebab aku nak fokus dalam aktiviti hari ni maka aku tak rakam apa2 aktiviti pon dalam phone aku. Sampai 1 masa Ibu zahrah masuk tengok2 keadaan kami dalam kelas. Ibu Zahrah ni orang yang bukak tadika ni. Dia juga naib presiden tadika-tadika islam di Malaysia. Memang hebat orang nya. Dia menurunkan ilmunya dalam membimbing anak-anak kecil cintakan buku.


p/s:
Maaf cerita ini tergantung..aku baru log in blog ni sejak sekian lamanya bersarang.
Ini cerita yang aku draft 2 tahun lepas..huhu taip2 tak habis. Itu lahhh akuuu.












No comments: