Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Saturday 9 March 2013

MAJLIS MERISIK 30 june 20

Tanggal 30 June 2012 yang lalu, amy telah dirisik oleh keluarga cikgu. Yang ada dalam rombongan tu 5 orang sahaja (mak dan abah cikgu, ustazah jemaah dan suaminya Pakcik Ayob serta makcik cikgu, bik bayah). Nama pun merisik. Memang tak ramai lah. Cikgu takde sebab waktu tu bukan cuti sekolah. So, berteka teki je lah dia nunnn jauh kat sabah sana, hehe.


Seperti yang dijanjikan rombongan sampai pukul 3 petang. Memang sharp. Amy masa tu rasa berdebar sangat. Rasa macam eh betul ke dah nak kena risik ni? Cikgu pulak tu. Orang yang aku bayangkan sejak 5 tahun yang lepas. Tak pernah bercinta pulak tu. Eh betul ke ni?

Sepanjang majlis berjalan amy duk dalam bilik je. Kakak amy je yang temankan. Sepupu sepapat semua tunggu kat luar bilik. Tau-tau mama datang kat bilik bawa kotak cincin. Pastu mak dia pula muncul kat belakang mama, pastu Nampak kelibat usatazah Jemaah. Haiishh semua dok serbu masuk bilik ni. Tak dengar pulak pantun nak petik bunga kat taman, terussss je nak sarung cincin, haha.

‘makcik bawa cincin risik je ni…atok ko kata tak payah tunang. Kira ni macam tunang sekali katanya. Kalau tahu makcik bawa sekali cincin tunang pasal cincin tunang pun makcik dah beli’ kata mak cikgu macam serba salah. Majlis risik sekali harung dengan tunang.


Huarrghhh…frust dengar tau takde tunang tapi sebenarnya dah tau dah dari awal yang family amy tak nak tunang. Membazir katanya. Amy pula fakir sempat ke nak tunang sebab ikut perancangan bulan 12 ni nak langsungkan pernikahan.

Lebih kurang pukul 4 lebih macam tu, amy selamat disarungkan cincin ke jari manis oleh maknya dengan lafaz selawat nabi.


‘Moga-moga berkekalan lah ye’ kata mak cikgu sambil diperhatikan ahli keluarga yang lain.

Lepas pada babak sarung cincin, family kami berbual sakan sambil makan petang. Yang itu ketawa, yang ini ketawa. Alhamdulilah majlis berjalan dengan cukup sederhana dan seperti yang dirancang walaupun tiada sekeping gambar yang dirakam pada hari berkenaan. Barakah kata atam.


Tapi gambar kat bawah ni gambar amik sendiri. Kamera pun dah biol2 sangat.

Friday 8 March 2013

Perjalanan bermula

Bismillahirahhmanirrahim...

Assalammualaikum dan selamat pagi (masa taip ni pagi) wahai pembacaku sekalian....

Dipagi yang indah tercipta lagi senuah blog kepunyaan amy yang akan berkongsi pelbagai cerita yang sudah, sedang dan bakal berlaku disekeliling hidup amy.

Ayat skema haruslah digunakan waktu sessi perkenalan.

Semoga dengan blog baru ni akan lebih memotivasikan amy untuk terus berfikir, menulis, menaip dan publish entry setiap minggu. kalau rajin setiap hari. hehhe macam tak kerja je amy ni kan,hehe.

wahhhh nafas baruuuuuu bermulaaaaa!!!!!