Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Sunday 29 June 2014

Day 1: Gayang Seafood Restaurant.

Malam pula kami pergi makan Seafood di Tuaran. Gayang seafood restaurant namanya. Tempatnya ok, tepi laut.

Kami order udang butter, kerang, sotong goreng tepung, ikan masak apa tah dengan ...... Setiap jenis lauk ynag kami order setengah kg. Bayangkan lah 2 manusia yang kepenatan ni nak jamah semua dalam 1 malam. Memag la habis. Niat nak merasa setiap seafood tapi kena amik setengah KG. nak tak nak terpaksa juga. Tak habis dan kami bawa balik tapau. Zafran sepanjang kami duk kat restoran ni asik meragam je. Kesian dia penat berdukung.

Sampai sana perghhh banyak giler pilihan. Semua freshhh!


Lil zaf masa ni dah penat. tengok muka tu macam tak puas hati je.
udang butter. Bukan masak kuning,haha.Sedappp sangat. ada rasa keju2 sikit. 


Ikan masak masam manis katanya. 


Udang goreng tepung


kerang...kerang kahh??


Muka start nak meragam
buat hal tak nak duduk baby chair


Lastttttttt sebelum balik


Menu yang kitaorang pilih harganya setengah kg dalam RM20 gituu. Mahal sikit tapi berbaloi sebab sedaap sangat. Aku yang keletihan ni pun walau tak larat sangat nak makan, deria rasa aku masih lagi berfungsi dengan baik., hehe. Total semua sekali RM88.50.

Zafran dari awal sampai akhir memang tak bagi kerjasama. Aku dengan my imam terpaksa makan bergilir2 sebab zafran nak berdukung je. Pluss dukung sambil berjalan2. Macam-macam kitaorang buat nak bagi mood dia maintain baik tapi tak jadi jugak. Haha nasib la. Ok ni alamat restaurant.

Gayang Seafood Restaurant
Kampung Baharu
Jalan Sulaman, Tuaran.



Day 1: Mango Garden Restaurant


Penat dah bergambar tu makan lah kat sini. Perut dah lapar. dah pukul 3 pun. Ni je lah restaurant yang paling dekat. Tapi orang tak ramai makan sini mungkin sebab harga mahal. Tapi tuk kami yang jarang-jarang makan kat restaurant cenggini ape lah salahnye kan mencuba.

ok la cantik tempat dia. Selesa tiga beranak ni nak makan,hehe.

View rumah terbalik
Masuk2 terus menyusu
Ummi...kita beyakkk!!


Sebelum makan kita main duluuuu!!
tak ingat air apa yang aku order
nasi ayam





Casata with kundasang strawberry compote. Giler panjang nama dia RM8.50
kann...pernah masuk Jalan-jalan Cari makan. Gemuk dah aku.

Ok lah sedap makan kat sini tapi mahal sikit la. Sesekali ok la makan tempat mahal, haha.

Friday 27 June 2014

Day 1 : Rumah Terbalik

5 June 2014, Khamis

Anak beranak bangun lambat. Penatnya semalam fuhh sampai bangun pukul 9 pagi. Kat Sabah ni waktunya awal 1 jam dari semenanjung.  Kiranya kami bangun macam pukul 10 pagi lah ni, hehe.

bangun tidur siap-siap ke rumah terbalik. Panjang orang beratur tunggu turn nak masuk. Aku dengan my imam terus pergi kaunter..lengang. Rupanya yang beratur panjang ni tunggu turn nak masuk dalam "rumah yang terbalik' tu. Diaorang hadkan kemasukan kepada beberapa pengunjung sahaja. Kalau tak nak masuk dalam rumah tu, boleh beli tiket yang harga RM5. Tiket RM5 ni just boleh tengok2 dalam kawasan rumah terbalik je yang mana ada tandas terbalik dan kereta terbalik. 

 Mengenangkan ada anak kecil ni kesian pulak kat dia nak tunggu lama-lama kat sini. So kami pun beli lah tiket RM5 yang mana tak perlu nak beratur. So saksikan la gambar-gambar keibu bapaan kami di bawah.

Rumah tu atas tangan aku je hehe

Rumah terbalik

Tak tinggal gaya cekgu tu.



gambar ni bukan aku tak rotate tapi dah memang terbalik


uitt situ pulak
beria je laki aku ni haha


Tandas terbalik. Pikir la...acane nak membuang tu.

Taman terbalik...hai laa anak aku cam penat je tu.







Zafran dah mula berfikir "umi nape semua terbalik ni umi...penin arrr kita!!"






jj
Dah la pening pulak aku tengok gambar2 ni.

Kat dalam kawasan ni ada kedai cenderahati. Banyak la juga aku memborong key chain kat sini walaupun mahal. tapi sebab key chain tu unik dan key chain tu je ada jual kat rumah terbalik, maka aku berbesar hati shopping sampai RM200 lebih kat situ. Eh bukan key chain je, ada lah juga cenderahati yang lain.

Usai sudah (cehh ayat aku..ni lah kalau da tengah syok menaip skema pulak) berbelanja kat kedai cenderahati tu terpandanglah aku sebijik restoran terselit sikit je kat hujung sana. So kami pun singgah la makan tengahari kat sana. Hujan manja-manja pulak tu. mahal tapi ok lah sedap dan selesa. Penah masuk Jalan-jalan cari makan uollss.

Sebelum ke restaurant tersebut posing dulu dengan kereta terbalik ni haa.

Ok jommm kita ke sebelahhhhh!!

Thursday 19 June 2014

Bercuti Di Sabah (mukadimah dulu)

Assalamualaikum...

4 june yang lepas, aku, my imam dan baby kami bertiga berlepas ke bumi Borneo. Kami naik MAS. Kenapa MAS?? itu lahh...sebenarnya kecut juga perut aku nak naik MAS bila kenangkan peristiwa MH370 tapi dah rezeki dapat tiket free naik je lahhh.

Sampai kat KLIA kami terus check in. Aku macam ada sedikit gusar bila fikir pasal Zafran. Ok ke dia dalam kapal terbang nanti? Macam mana kalu dia berak? haha. Ye la nama pun 1st time fly bawa budak kecik. Tapi tu lah kan...tawakalallahhh.

Zafran pergi Seminggu je la tok. 

  


kami dapat Kapal terbang baru. Best sangat sebab semua tempat duduk dilengkapi LCD panel touch screen. Alamak lupa aku nak snap pic. Contoh boleh la tengok pic yang aku cedok dari Google nih.

 

Aku tukar-tukar siaran Kejap kartun woody, jap cerita lisa surihani, jap mama mia. Last2 aku stick tengok Chennai Express. Cerita hindustan campur tamil. Shah Rukh Khan berlakon Tak pernah nya yang tak best. Tergelak-gelak aku dengan My imam. Zafran masa ni dah tido. Tapi hampeh..sat je dapat tengok sebab kapal terbang nak landing dah.

Kami transit di Sandakan kira-kira pukul 12 tengahari macam tu. So penerbangan tadi makan masa
2 jam 45 minit. So bermula la drama kami sebagai pasangan musafir di tempat orang dengan si kecik Zafran, hehe. Airport Sandakan tengah renovation. So kami lepak berejam dekat cafe tingkat atas tu.

Boleh laa..ada air cond kat sini 

Makanan yang aku order buat alas perut.

 Lama lah juga kami transit kat situ. sempat lah makan dan solat jamak. Flight seterusnya ke Kota Kinabalu...yeahh.

Ni balai menunggu kat airport sandakan. Tengok la My Imam gigih dari semasa ke semasa buat pemeriksaan.


nanti bersambung.....