Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Friday 27 June 2014

Day 1 : Rumah Terbalik

5 June 2014, Khamis

Anak beranak bangun lambat. Penatnya semalam fuhh sampai bangun pukul 9 pagi. Kat Sabah ni waktunya awal 1 jam dari semenanjung.  Kiranya kami bangun macam pukul 10 pagi lah ni, hehe.

bangun tidur siap-siap ke rumah terbalik. Panjang orang beratur tunggu turn nak masuk. Aku dengan my imam terus pergi kaunter..lengang. Rupanya yang beratur panjang ni tunggu turn nak masuk dalam "rumah yang terbalik' tu. Diaorang hadkan kemasukan kepada beberapa pengunjung sahaja. Kalau tak nak masuk dalam rumah tu, boleh beli tiket yang harga RM5. Tiket RM5 ni just boleh tengok2 dalam kawasan rumah terbalik je yang mana ada tandas terbalik dan kereta terbalik. 

 Mengenangkan ada anak kecil ni kesian pulak kat dia nak tunggu lama-lama kat sini. So kami pun beli lah tiket RM5 yang mana tak perlu nak beratur. So saksikan la gambar-gambar keibu bapaan kami di bawah.

Rumah tu atas tangan aku je hehe

Rumah terbalik

Tak tinggal gaya cekgu tu.



gambar ni bukan aku tak rotate tapi dah memang terbalik


uitt situ pulak
beria je laki aku ni haha


Tandas terbalik. Pikir la...acane nak membuang tu.

Taman terbalik...hai laa anak aku cam penat je tu.







Zafran dah mula berfikir "umi nape semua terbalik ni umi...penin arrr kita!!"






jj
Dah la pening pulak aku tengok gambar2 ni.

Kat dalam kawasan ni ada kedai cenderahati. Banyak la juga aku memborong key chain kat sini walaupun mahal. tapi sebab key chain tu unik dan key chain tu je ada jual kat rumah terbalik, maka aku berbesar hati shopping sampai RM200 lebih kat situ. Eh bukan key chain je, ada lah juga cenderahati yang lain.

Usai sudah (cehh ayat aku..ni lah kalau da tengah syok menaip skema pulak) berbelanja kat kedai cenderahati tu terpandanglah aku sebijik restoran terselit sikit je kat hujung sana. So kami pun singgah la makan tengahari kat sana. Hujan manja-manja pulak tu. mahal tapi ok lah sedap dan selesa. Penah masuk Jalan-jalan cari makan uollss.

Sebelum ke restaurant tersebut posing dulu dengan kereta terbalik ni haa.

Ok jommm kita ke sebelahhhhh!!

No comments: