Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Tuesday 24 March 2015

Anak kedua: Boboi atau gegel?

Assalammu Alaykum...

Hari ni tengok jadual beranak kat blog, aku dah masuk kandungan ke 37. Maknanya ada 20 hari lagi nak due date. Wuwuuuu berdebarnya. Rasa macam lagi berdebar daripada yg 1st dulu sebab kelahiran kali ni dah tau situasi kat labour room camne. dan dah pernah rasa sakit kontraksi tu camne. Sakit dia tu seperti kau mampu mematahkan tulang temulang tangan orang yang kau sedang genggam. haha contoh tak boleh blah. Yelah aku teringat masa tengah kontraksi nak lahirkan zafran dulu. bila kontraksi datang je, aku genggam kuat-kuat tangan mama aku. Pastu mama aku cakap....aduh duh duh..patah jari mama. Haha bila ingat balik kelakar. Bila kat labour room pulak, aku rentap lab coat doktor pelatih yang perempuan tu. Mujur doktor tu senyap je. Sempat lah aku toleh tengok muka dia redha ke tak diperlakukan macam tu. Muka dia masa kena rentap tu macam pasrah sangat tengok aku. Terima kasih doktor paham keadaan aku masa tu.

Jantina? Aku masih memilih Klink Ajwa kat Shah Alam tu buat scan 3d/4d. Alhamdulilah sihat baby kat dalam ni. Tu yang paling penting bagi aku. Muka dia pun jelas dah nampak. lagi montel dari abangnya. Kata pakar sonographer tu dahinya sama luas dengan si abang, hehe. Masa scan tu minggu ke 28. Berat baby dah menjangkau 1.9 kg. Sekarang 2.8. Huhu pasrahnya. 

Eh panjang lak mukadimah aku. nak bagi tahu jantina je kan...jantina baby kali ni.....huhu tak nampak lah. 2 kali scan pun tak nampak. baby tutup. Minggu lepas scan kat PPUM dengan muka sekali dia tutup. Pemalu betul baby ni. Ramai lah orang keliling kata baby girls ni. Alahh aku tak mengharap sangat. Aku tau orang orang keliling cakap macam tu sebab baby 1st lelaki. Dah lumrah kan bila ada anak lelaki yang second nak perempuan pulak. Tapi bagi aku aku terima je. Firasat aku mengatakan perempuan sebab tu banyak persediaan baju baru baby kali ni pinky2. Tapi bila nak akhir2 ni aku tengok perut tajam semacam je. Tambah pulak ada sorang tukang urut berpengalaman ni pegang perut aku kata macam lelaki. Terus aku teringat lambakan baju pinky2 yang aku borong masa baby expo hari tu. Tu la tak menyabor nak soping. 

Apa pun aku tetap syukur kalau Allah kurniakan seorang lagi anak lelaki. Janji sihat walafiat. dan masih lagi memegang title ratu sanubari dalam rumah, haha. (ayat nak sedapkan hati)  Eh tak lah, kalau lelaki lagikan..maka bertambah lah jumlah panglima islam dalam rumah aku tu. Kalau perempuan maka bertambah mawar berduri dalam rumah tu. Eh kalau perempuan aku ada peneman setia tiap kali nak merewang kat umah mertua. Tu motifnya haha. Eh ape la aku ni. Ala saje gurau2. 

So boboi atau gegel....tunggula bila dia keluar nanti. kadang rasa seronok gak tertanya tanya jantina anak. Cumanya mood nak soping tu terbantut kejap. Yang penting sihat dan sempurna.

Meh aku nak share gambar2 kelengkapan baby aku yang aku borong masa baby expo kat IDCC aritu. Tuk zafran aku borong pampers je. Tu bakal adik dia, macam2 lah aku beli tapi pinky2 semua (pasrah). Kata orang nak borong sebelum GST. Nyampah aku gst ni. Kalau betul bagus macam yang diwar war kan dalam iklan kat TV tu, kenapa semua seller asek pakai moto 'borong sebelum GST' ?
Nampak tak persepsi negatif yang tersirat itu? Maknanya iklan GST tak membantu, hahaha.


                                   Rompers, socks dan legging. Seee pinkyyyyy!!!



 Seluar panjang, mitten and socks. Namapak sangat aku dendam lama nak beli baju pinky2. Huhuhu.



                                               Baju gown tu siap..huhu pasrah pasrahh



yang ini aku borong kat warehause sales Pureen yang bertempat di Gleen Marie. Dah banyak review aku baca kat blogger mak2 tentang kemurahan berganda2 barang pureen bila dia buat jualan gudang dan Alhamdulilah buat pertama kalinya aku jejak kan kaki ku juga ke sini. Ni semua gara2 GST, Phuii!! Eh tak laaa...ni semua untuk saving kewangan keluarga kami yang sederhana. Selagi ada peluang leh berjimat, kita berjimat. Ok semua barang2 kat atas ni harga dia RM160. Memang murah dan berbaloi2. tapi kena ada jiwa pahlawan nak rentap barang2 gudang ni. Sebab ramai umat berbagai bangsa membanjiri tempat kejadian. Tu drypers kat sebelah tu kami borong kat Baby expo IDCC. Untuk abang dan adik sekali. 8 Bungkus semuanya. 1 bungkus ada 80 keping. Total dalam 200 lebih. Kami memang selalu beli stok banyak2 dan membeli dengan harga kilang. Senang tak yah nak pening kepala spend duit bulan2  beli kat pasaraya yang harga jauh lagi mahal.


Monday 16 March 2015

Set Berpantang dah sampaiiii!!!!

Assalammu Alaykum..

Yeayy dah complete semua set berpantang versi aku. Cewahh versi aku tu tak tahan. Dah pengalaman kedua nak timang anak ni, InshaAllah...dah tahu keadaan diri atau lebih tepat 'kemalasan' diri menjaga diri macam mana. Paham kan je la ye ayat aku.


 Ni pil phtonatal dan minyak herbanika dari Nona Roguy. Aku beli dari Kak Engku Bidan Bersalin. Walaupun loose item tapi kak Engku jual dengan harga ahli. Teh akar herbanika aku tak amik. Ntah la tetiba rasa macam tak rajin pulak nak mengeteh hari2.


Brown soap dan virgin coconut oil dari Tanamera dah ku beli awal2. hajat dihati nak minum minyak tu masa kandungan masuk 30 minggu tapi sampai sekarang asek terluuupaaa je, Haiih!
Aku beli dekat FB Tanamera Post Natal 


Masa aku pergi baby expo kat IDCC Shah Alam hari tu ternampak booth yang jual loose item bagi produk Spa&Ma. Sebelum ni tanya seller lain diaorang kata untuk produk ni takde jual loose item. Kena beli set. Aku pun tak tahu kenapa sedangkan produk2 lain boleh je beli loose. tapi alhamdulilah jumpa juga seller yang jual loose. Aku nak beli pilis sahaja. Sebab ni la satu2 produk yang jual pilis sapu je terus kat dahi. Tak payah bancuh2. (aku kan nak senang, hehe). Malangnya pilis dah habis. Maka aku sambar la lulur frangipani yang memang takde dalam senarai berpantang aku. Untuk pilis, aku disyorkan beli on9 oleh seller tersebut, Yelah stok kat booth dah habis. Aku beli kat Burnda.



Aku kira barangan Shaklee wajib ada bagi setiap wanita moden yang berpantang. Aku cakap moden sebab tak ramai dah nak ikut cara orang2 dulu berpantang dengan akar kayu la herba la..dan banyak pelanggan shaklee berpantang dengan Shaklee bagi feedback yang baik. Aku beli sebab aku mengenangkan risiko demam kuning. Tau je la kalau dah kena kuning kena stop segala herba dan jamu. So untuk permulaan pantang aku akan consume shaklee sebab shaklee selamat digunakan untuk ibu menyusu. Bila baby dah stabil sihat, baru aku consume produk herba macam phytonatal. Ni plan aku je. Jangan la terpengaruh. Aku fikir kesihatan aku dan anak aku. kalau korang dah pernah ada pengalaman makan ubat2 kampung tapi anak bebas jaundis, teruskan lah. Macam aku ni dah kaji luar dalam tuk kondisi badan aku, huhu.



Tadaaaa...harap2 aku istiqomahh. Haa yang baby herbal cream tu memang aku recommend tapi bukan tuk ibu berpantang ye, untuk bayi comel anda. Banyak kali dah aku beli. Berbotol2 habis. Memang terbaik!

Wednesday 11 March 2015

Hari hari zafran sebelum bergelar 'Abang Long'

Assalammu Alaykum...

Sekarang aku dah 35 minggu..wuwuwu tatotttnyewww. Masa zafran dulu tak salah aku minggu ke 39 kot aku bersalin. Setakat ni perut aku belum 'turun' lagi tapi aku rasa macam tak larat sangat. Kerja still boleh buat lagi tapi selalu sakit2 punggung, belakang dengan kepala. Zafran pula makin manja je aku tengok dia dengan aku sejak 2 menjak ni. Dan aku pun manja2 kan dia...layan dia...ye lahh tak lama lagi nak beradik. Ni je lah masa yang dia ada nak jadi anak plg manja. Lepas ni aku tak tahu la nak bahagikan kasih syg mcm mana.

Mampu ke aku nk jadi ummi yang adil dan saksama? Zafran pulak jenis yg kecik hati ke besar hati?
Akan termarah2 kah aku kalau dia buat sesuatu yang boleh menaikkan darah aku? Bakal abang long penyayang kah dia? Dia akan rasa tersisih kah nanti? huhu kesian dia. Kecik2 dah ada adik. Aku yang umur da 30 ni pun still tak de adik. Anak aku belum 2 tahun dah ada adik depan mata. Harap2 aku tabah lah meniti hari mendidik zafran dan adik nya.

  Hehe..suka sangat patahkan kaki buat macam tu. My Imam banyak kali tepuk2 kaki dia. Risau kot, haha.



Dua beranak ni memang rapat. Zafran lagi suka cari abi dia dari aku. Mungkin sebab My Imam lebih rajin layan mood dia berbanding aku yang moody2 sikit. Ehh takkk. Aku rasa sebab abi dia ada kereta leh bawa dia jalan2. Tu yang asek membodek je..(daku jeles)


Ku belikan baby chair dengan harapan dia dapat makan dengan tenang dan suka makan selalu tapi...huhu dia mainnnn je kat dalam tu. Sabo2. tahun depan kalau mcm ni jugak..Ummi standby rotan.


 Ni port favorite dia kalau masuk dalam kereta atok dia.  Kadang2 tu siap julur kaki.



Zafran dari kecik memang tak betah duk dalam stroller. Dia prefer di dukung tapi bila kitaorang cuba stroller Jusco ni dia behave sangat duk dalam tu sampai tertido. Mungkin dia selesa dengan keluasan dalam tu. Tapi baru ni aku letak dia dalam stroler masa kat expo baby, nak pulak dia. 2 jam jugak la dia behave duk dalam tu. ermm...macam2 la anak ummi ni.


Train dia kenal huruf jahiyyah. Sepatutnya seawal 6 bulan lagi tp dah kami dapat info lambat. Takpe la nanti kat adik dia boleh praktis.

 Dia suka buku tapi suka koyak sana sini.  Tapi at least minat nak pegang selak2 tu ada.


Hari tu 1st time bawa dia g IKEA. Phewwww penat jaga dia sebab meraaaaaaagammmm dari awal sampai balik. Kejap nak dukung kejap nak berjalan...merengek2 lagi. Bagi susu tak mau. Agaknya tak cukup tido, Tu tengok muka puas hati dia dapat dera kitorang.



Masa ni aku dengar keting2 dr dalam bilik. Bila jenguk...alahaiiii dia masuk sekeping2 duit shiling dalam tabung burger tu. Comel angat laaaaa. Pandai anak ummi menabung. Tapi kena pantau sebab dia ni suka masukkan brg2 dalam mulut. Tapi duit syiling tak pulak.

 Ni muka pasrah kena urut dengan Cik Nab. Masa ni jumpa Cik Nab nak booking tuk urut badan pas bersalin nanti. Alang2 jumpa tu, kami suruh lah dia urutkan zafran. Lately asek terjaga2 time malam.


Ni pic pagi tadi...budak kecik tak mandi lagi.