Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Friday 16 January 2015

Set Berpantang Aku (all loose item)

Assalammu Alaykum...

Aku sedia maklum keadaan diri aku yg sekarang ni berbadan dua tetapi aku kurang cergas dan sentiasa sakit2 badan kali ni dan aku percaya itu juga hasil yang aku dapat akibat tidak berpantang dengan betul dan disiplin masa melahirkan zafran.

Soooo...kali ini aku nekad yang aku betul2 nak jaga 'badan' aku lepas bersalin yang ke-2 ni. dah masuk trimester ke 3 ni aku banyak survey amalan2 berpantang di samping produk2 yang laris kat pasaran sekarang di carian Google. hehe...kawan sekerja aku juga aku jadikan rujukan. Nasib lah ada sorang akak ni memang mengamalkan konsep berpantang yang sgt traditional masa dia bersalin dulu.
Banyak info dan ilmu dah aku tanyakan pada dia. Extreme gak arr cara akak ni berpantang sampai salai diri. Salai diri ni aku pernah dengar tapi belum pernah jumpa orang yg pernah buat. Caranya amik arang dapur yang dulu2 tu hidupkan api di bawah katil dan kita baring di atasnya. Tapi aku tak buat kott yang ini. Cukup la aku buat bertangas je nanti.

Untuk produk aku decide nak amik loose item dari brand Herbanika nona roguy, Tanamera dan Shaklee, Aku tak nak amik 1 set utk keseluruhan brand sebab mungkin ada yang aku tak perlukan seperti lulur, pilis, tapel dan bengkung. lulur, pilis dan tapel aku boleh dpt kan dari tukang urut aku. Bengkung pula dah ada. So lebih baik aku cari yang betul2 aku perlu dan terbaik antara ketiga2 brand ni. yakin sebab dah pernah alami tempoh berpantang sblm ni dan dah tau mana yg perlu mana yang tidak. Dulu masa berpantang takde pengalaman. Orang yg berpengalaman pun takde kat sisi nak guide. So boleh imagine keadaan aku yg zero ketika itu. so sekarang ni dah amik iktibar, huhu.

Herbanika dari Nona Roguy aku amik



PHYTONATAL

Digunakan secara tradisional untuk menguatkan badan dan mengurangkan berat badan selepas bersalin.
Khasiat PhytoNatal
  • Membersihkan rahim, mengeluarkan angin, lendir dan darah kotor dalam badan.
  • Melawaskan pembuang air kecil & besar, mengatasi masalah sembelit, kepenatan, migrain dan angin.
  • Mengimbangi kembali sistem badan.
  • Mengurangkan berat badan dan menguatkan otot-otot badan.

Cara Guna PhytoNatal
  1. Kelawasan biasa – makan 2 – 3 biji 1 kali sehari.
  2. Terlalu lawas (Sensitif) – makan 1- 2 biji 1 kali sehari.
  3. Tidak lawas (Sembelit) – makan 3 – 5 biji 1 atau 2 kali sehari.
Ramai sangat orang recommend produk ni. ni untuk kesihatan dalaman. 

Kata seller walk in pulak, kalau makan phytonatal ni tak perlu dah nak letak2 pilis, param, tapel semua tu. Sebab yg ini boleh rawat dari dalam. Huhu



Minyak Herbanika



Minyak Herbanika Nona Roguy digunakan secara tradisional untuk kesihatan dan kesegaran ibu-ibu dalam pantang bersalin, menguatkan otot perut dan payudara, mengurangkan regangan kulit perut akibat mengandung, melegakan  ketegangan atau sakit sendi anggota sendi badan, melegakan batuk dan mengurangkan kahak, dan melancarkan peredaran darah.
KHASIAT MINYAK HERBANIKA
  • Membantu meredakan ketegangan urat saraf di kepala, leher dan tengkuk semasa proses kelahiran anak dan melancarkan aliran darah.
  • Melegakan serta mengatasi sakit-sakit sendi dan otot-otot
  • Memecahkan angin dan lendir yang terkumpul di sendi-sendi
  • Mempercepatkan proses penyembuhan luka jahitan, memecahkan pengumpulan angin di usus dan rahim dan mengecutkan rahim secara luaran.

KANDUNGAN MINYAK HERBANIKA
  1. Piperis folium
  2. Andropogon nardus folium
  3. Eucalyptus globulus
  4. Myristica fragrans 
  5. Cocos nucifera oils

CARA PENGGUNAAN MINYAK HERBANIKA
  1. Sapuan Minyak Herbanika untuk bersalin normal atau secara pembedahan di wad.
  2. Selepas keluar dari bilik bersalin: Gosokkan Minyak Herbanika dengan tipis ke bahagian kulit kepala, tengkuk dan bahu.  Ikat rambut dnegan rapi. Kemudian sapurata ke perut, tundun sulit, peha, pinggul, pinggang, lutut, betis dan tapak kaki. Pakaikan stokin.
  3. Boleh tuangkan ke atas pad/ sanitari. Pakai dengan selesa.
  4. Sapuan Minyak Herbanika  ke perut dan pinggang, guna bengkung (jika perlu), ikat biar selesa.
  5. Bagi yang bersalin secara pembedahan: Sapuan Minyak Herbanika  ke perut dan pinggang kecuali bahagian pembedahan, gunakan ‘Strap-On Binder’ yang ringan tanpa memberi penekanan di bahagian pembedahan.
Perhatian: Guna Minyak Herbanika sebelum mengunakan Herbanika Barut. Minyak Herbanika boleh digunakan untuk berurut semasa berpantang.
Akar Herbanika

Digunakan secara tradisional untuk menambahkan khasiat pemakanan terutama ibu-ibu lepas bersalin, bagi menguatkan dan menyegarkan anggota badan, juga digunakan secara tradisional bagi lelaki dan wanita untuk mengurangkan air berlebihan dalam badan dengan melawaskan pembuangan air kecil, membantu mengurangkan berat badan, keletihan dan sakit-sakit sendi. Pemakanan yang seimbang dan senaman perlu diamalkan.
Khasiat Akar Herbanika
  • Menyegarkan urat saraf, mengurangkan keletihan serta sakit sendi, memecahkan lemak yang degil dan juga mengawal bau badan.
  • Membantu pengeluaran susu yang baik dan pekat.
  • Melawaskan pembuangan air kecil dan mengurangkan air yang berlebihan dalam badan.

Cara Guna Akar Herbanika
  1. Rebus 1 pkt uncang Akar Herbanika dengan sukatan 1 liter air sehingga keluar pati teh herba.
  2. Campurkan 1 sudu teh Madu Lebah Asli sebagai penawar & sumber tenaga.
  3. Minum suam panas 3 – 4 cawan sehari.
  4. Jika berpenyakit Kencing Manis, minum tanpa Madu Lebah.
  5. Jika mengalami lebihan angin dalam badan, didihkan 5 paket uncang akar herbanika bersama-sama halia tua dalam 1 liter air. Tambahkan madu asli. Minum ketika suam-suam.
  6. Jika mengalami lebihan angin dalam badan, didihkan 5 paket uncang akar herbanika bersama-sama halia tua dalam 1 liter air. Tambahkan madu asli. Minum ketika suam-suam.
  7. Boleh disimpan didalam termos untuk mengekalkan kepanasannya.

Info mengenai nona roguy yang ada dalam entri ni aku copy&paste dari blog Rahsia Cinta. Macam2 produk ada jual dalam blog tu. sila terjah.


Untuk Brand Tanamera pulak aku memilih

Coconut Virgin oil


 Aku pernah guna produk ni masa kehamilan yang lepas. Produk ni untuk memudahkan bukaan untuk bersalin. Untuk dalaman minum 1-2 sudu setiap hari bermula minggu ke 32 kehamilan. Untuk luaran boleh urut disekitar perinium. Dulu aku tak boleh nak telan minyak ni. So aku byk skip hari tuk minum. Loya sesangat, huhu. So aku buat luaran je. Tu pun macam malas2 jugak. Tapi tetap nak beli juga produk ni sebab khasiat dia banyak dan aku memang nak rajin2 guna kali ni, Owh ye..kalau korang review produk ni ramai sangat yg recommend. Sape tak nak bersalin tanpa jahitan. 


Brown soap tanamera


Berpantang kali ni aku nak mandi ada unsur2 herba. Sepanjang aku berpantang dulu aku hanya mandi air pakai water filter tu je tanpa ada apa2 rebusan herba, daun sireh bagai la semua tu nan hadooo. Macam mandi biasa je aku. So aku decide nak pakai sabun herba ni. Nak rebus2 daun tak sure nak buat. So aku rasa ini keputusan aku yang paling tepat. Dannn selain vco, ni lg 1 produk yg dpt perhatian ramai dari penggunanya. 
Sabun ni katakan dapat menghilangkan sel2 kulit yang lama dan meransang peredaran darah pada kulit dan badan. Dirumus dari campuran herba dan bijirin.

Pilis


Pilis yang kat dahi tu kan secara traditional tukang urut aku ada sediakan tapi kadang2 kita rimas juga bila pilis tu mengeras kering abis jatuh2 kena baju. Antara sebab tu jugak aku tak rajin nak pakai sepanjang masa waktu berpantang dulu. So aku akan beli loose item pilis yang dah tak perllu dibancuh. Just tepek je kat dahi. aku pun tak tau macam mana rupa tu janji bila aku dengar praktikal nk pakai maka aku akan beli. 

Untuk Shaklee pun ada dalam senarai aku ni haaa tapi aku tahu terbaik dan mampu tuk aku telan je la

Ostematrix



Aku consume produk ni dari 1st pregnant lagi. Sebab tekak aku tak leh telan susu (angin) so aku amik pil kalsium ni. dan pula ia bagus tul lawaskan pembuangan air besar. Dan aku juga dapati tulang zafran Alhamdulilah kuat walupun aku tak amik susu masa mengandungkan dia. So perlukan juga ini masa berpantang nanti. Motif, tak nak bagi sembelit. wuwuu semua orang takut sembelit kan?


B Complex



Nak try amik ni makan masa pantang. Anti-stress katanya. Ye laaa kalo stress masa pantang camne susu badan dan keluar dengan jayanya.

Zinc Complex



Aku nak amik ni juga kerana ada info yang lebih detail aku dapat, produk ni bagus untuk membaik pulih luka jahitan dan tisu dalaman. Pendek kata fungsi dia boleh kata sama dengan pati ikan haruan. Aku kalau pati ikan haruan tu makan dulu macam rancangan fear factor. So produk yang ini sangat2 lah diperlukan aku.

Alfalfa



aku pilih ni sebab ramai review kata boleh memperbanyakkan susu. So try la jugak


ESP aku tak amik sebab aku tau aku tak kan minum. Alangkan yang pil2 pun rasa 'bercinta' sangat nak telan..ini kan pula nak bancuh soya. huhu

Perghh banyakkan aku kena makan. Tu la sapa suruh tak pantang bebetul dulu. Pantang kali ke 2 nanti memang kena jaga bebetul. InsyaAllah.

Thursday 15 January 2015

Hai 2015

Assalammu Alaykum..

Tahun 2015 ni aku sambut tanpa sebarang azam sebab minda aku ni asik fikir persiapan nak berslin dan berpantang juga pindah rumah. Pendek kata tahun 2015 aku ni bukan tahun yang kosong. Akan ada pertambahan ahli keluarga, pertambahan perbelanjaan dan cabaran yang bakal aku pikul tuk kendalikan rumah tanpa tangga, 2 orang anak dan huhu...aku bakal jadi tukang masak hari2. Itu janji yang aku dah patri dgn My Imam. Wajib aku tunaikan. Titik. (ececehh silap2 mama bekal kan lauk pauk hehe...ishh tak patut)

Dan seperti biasa aku nak 'baling belakang' kejap apa yg dah aku tempuhi sepanjang 2014 yg lalu

January

Zafran dah 5 bulan. Dah boleh meniarap. Juga memberontak jika duduk di riba abi tatkala abi melayan candy crush. (tension tak sudah2 game buah2 an). zafran 1st time demam. Aku pulak menunjukkan kebolehan merawat zafran ikut cara tradisional. Baca kat blog org la ni. Tapi method aku salah. Overdose. Sudahnya kaki zafran melecur teruk. (aku letak bawang putih dalam stokin tanpa alas apa2 kain. Means bawang tu bersentuh trus kat kulit kaki)Tp suhu badan mmg turun tanpa ubat-ubatan doktor. Sepatutnya pakai stokin then letak bawang kat luar dan pakaikan lg selapis stokin. Gituuuuu.

February

zafran dah boleh meniarap sambil angkat punggung. tinggi sangat dia angkat. dah mcm nak bumping pun ye. sungguh kuat tulangmu anak. Ni semua penangan pil kalsium waktu mengandung. Alhamdulilah. Bawa dia pergi photoshoot pertandingan bayi comel lat karangkraf. bayar 10 hengget. Behave sgt dan mesra kamera. Tapi tak menang. Takpe la dapat la jugak pengalaman bawa anak bersesak2 semata-mata nak expose anak ke kancah permodelan. Haha. Setelah tak menang terus betulkan niat balik nak hantar dia jadi hafiz je.

March

Sepupu suami kawen. Sekarang dah pun selamat bergelar ibu pada tahun baru yg lalu. Kawan sekuliah My Imam pun kawen hari yang sama. Juga selamat bergelar ibu baru2 ni. 
26hb My Imam and I bawa zafran pergi photoshoot kat studio Jabbe. Puas hati gambar dia. Jabbe ni la selaku videographer aku masa kawen dulu. Sekarang dia dah berjinak2 ketip2 gambar. Memang talented. nanti aku review pasal jabbe. Zafran behave sgt. Mesra kamera. Selesai shoot trus kitorang gerak ke baby spa kat damansara. Nangis je dia terapung dgn neckfloat dalam tab tu. Puas staf kat sana pujuk dia. Tak jalan jugakkk. 

April

Hujung bulan tu zafran demam balik. Kali ni takde dah kaedah2 bawang ni. Mama ngn abah reject abes2. So bawa g klinik je la.

May

Sepupu buat besday party anak dia yg ke 1 kat KFC setia alam. Ada aku tulis dalam entry ni.

June

Cuti sekolah 3 minggu ni bawa My Imam bawa aku dan zafran ke Sabah bahhh. Ada jugak aku cerita dalam enty ini.
Zafran dapat sepupu baru. Anak Abang My Imam yg no-2. 

July

Aku menyaksikan gigi pertama tumbuh di gusi anak aku. Gusi bawah. Patut la meragam jee.
Raya 3 beranak tahun ini disambut bersama parents aku. Atas permintaan My Imam nak merasa beraya kat kampung.Nak rasai suasana kampung. Maka bergerak lah kami ke Rembau. 

Bulan ini juga aku sudah berbadan dua.

August

ujung bulan tu Zafran demam lagi. kali ni demam nya berpanjangan selama 1 minggu. Tumbuh ruam kat sekitar badan dan leher dia. tapi bukan denggi. Camna pun still amik darah buat pemeriksaan. Bagi minum air kelapa dalam beberapa straw trus hilang ruam2 tu. Wan dia kata itu campak keladi. 

September

Sambut besday zafran, Keterangan lebih lanjut ada dalam entry ni.

Oktober

Takde apa yang menarik berlaku di bulan ini.

November

pergi baby expo kat Mid Valley. Macam biasa borong pampers.
Sekolah My Imam ada buat sambuatan sempena usia sekolah nya dah berumur 100 tahun.
Wow...dan ini lah sekolah paling penuh manusia kat negeri selangor.
Ujung bulan pula besday babah. Tak buat preparation. Just bawa g jalan sekitar morib.

December

sambut ulang tahun ke-2 perkahwinan kat Gold Coast Morib. Tp lbh kpd melayan si kecik tu je main kat theme park. Pertengahan bulan pulak rumah aku jadi wakil pd perkahwinan kak sedara aku. Aku ingat nak bikin story sikit pasal ni sbb 1st time kan bawa zafran mandi manda kt tempat terbuka.

Minggu depannya pula pergi sg. klah kat Perak dgn keluarga mertua. balik tu kitarang 3 beranak itam. Zafran lg la merah muka dia mcm ketam bakar. Amik ms 2 mggu balik cerah mcam biasa. Haha cerah ke?

Seee...tahun ni lbh kpd melihat perkembangan tumbesaran Zafran. Tahun depan byk la kisah ye sbb Zafran nak beradik. Alhamdulilah syukur.