Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Sunday 24 August 2014

Last Chapter of Sabah Trip

Assalammu Alaykum...

Entry tentang Sabah seperti tidak tahu di mana penghujungnya...ececehh. Ok yang ini last. Janji! aku pun dah muak sebenarnya tapi nakkk juga update bagi habis. Ok lah sambung entry yang lepas. Lepas je kita orang check out dari Kiram Villgge, My Imam ajak lagi panjat sampai atas. Ikut aje lahhh.

Bila explore punya explore..Masya Allah cantikknya tempat ni. Mehh la cuci mata kat bawah









Kejap je kitaorang kat sini. Orang pun macam hampir tiada..haha. ye la sape yang rajin nak tengok apa ada kat atas tu. Balik tu kitaorang singgah lagi Desa Dairy Farm. Aku dah ceritakan dalam entry sebelum ni.

Pastu singgah  Pekan Nabalu..wahh murah2 la barang and souvenir kat sini. tau aku borong je kat sini. Tu lah tak menyabar shopping souvenir kat Pekan Filipine. Tapi dah nama perempuan kan...borong jugakkk.

Korang yang ada hasrat hati nak ke sabah tu kalau nak beli souvenir macam key chain ke fridge magnet ke.T-shirt...dan ada lain2 lagi barang kraftangan yang cantik dan unik..tahan nafsu ye bila ke Pasar Filipine. Lebih afdal korang berbelanja kt Pekan Nabalu. Pekan Nabalu ni sure korang akan lalu bila nak naik ke Kundasang. Percaya lahh...murah berbaloi2.

TAPI kalau korang nak beli Mutiara tu...sure la kat pasar Filipine je ada. dan..dan..dan...makanan2 tradisional sabah macam amplang, kuih cincin, ikan kering dan apa2 lagi lah semua kat pasar Filipine.  Pandai pandai lah berbelanja kat tempat orang. Aku ni tak la janggal masa ada kat sini sebab My Imam memang dah biasa dengan orang2 dan tempat2 di sini. Cakap sabah pun fasih sebab 4 tahun menetap kat sini sebelum ni.

Amboii banyak lak hujah aku kali ni..eh nak cerita lagi ni. Masa kitaorang nk balik turun ke KK, tayar kereta we ollss meletup pecah. Nasib baik lah tak tersasar pemanduan My Imam. Rasanya tayar tu tak cukup angin sebelum disewakan kepada kitaorang. Nasib lah masa tu perjalanan dah tak jauh. Kira ada lagi beberapa kilometer je nak sampai bawah. My Imam call member dia. Adik dia datang bawa alat nak bukak tayar (alat nak bukak tayar tak ada dalam bonet kereta) kalau tak My Imam boleh je buat sendiri. Kitaorang tersadai kat tepi jalan kira-kira 1 jam macam tu.  Penat tau huhu pegang budak tecik lagi.

Malam tu siap2 berkemas lagi. Beli makan pun bungkus je. Tak larat dah nak makan luar.

Bye....bye!!!

P/S: nanti aku review jalan-jalan kat mana tempat kami 'berlindung' sepanjang berada di KK dan Tips bawa anak kecil jalan-jalan cari makan...hehe (gambar takde dalam simpanan tu yang tak best nak cerita)

Sekian!

Friday 22 August 2014

Kiram Village Kundasang

Assalammu Alaykum..

Aku yang pilih resort ni untuk menginap di Kundasang sebab aku tengok kat blog kawan upm aku dulu kak zura yang dia ada menginap kat resort ni. Lepas tu siap buat researh resort ni dari blog2 orang lain dann aku sangat query bila dapat tahu nama owner kiram vilagge ni Jamalul Kiram. ???? takkan banyak sangat kebetulan dalam dunia ni. huhuhu aku pasrah tapi memang betul pun yang En Kiram ni takde kena mengena pun dengan 'kiram' yang satu lagi. Kebetulan yang membahagiakan,hehe.

kami sampai sini pukul 6. Kira dah nak maghrib. Jom tengok apa yang specialnya kat kiram village ni.


CAFE


woww..papan tanda ni feeling macam kat overseas. aku punya Mushroom.


                                              yeaayy...that's My MushRooMMm!!


panjat tangga terus duduk
kegembiraan dan keletihan sama terpancar



nape tah tetibe My Imam wat pose budak baik

amboii dia yg rasmi dulu

Tetiba budak kecik ni jaga dari tido...terus main cak cak ngan aku haha

Time ni dah masuk magrib...sume dah mandi..sejuk wooo.




Esoknye bangun pagi2 berselubung si kecik ni. Nak pulak dia...selalu tak suka. Tau pun sejuk ye Zafran.



Masing2 muka tak mandi haha. Sanggup turun ke luar nak tengok puncah Gunung Kinabalu. Tu puncaknya kat belakang sana.


Jemput lah masuk tengok kawasan rumah kitaorang ni haa


Ni salah satu chalet kiram Village


Damai nyee lahh kat sini


 Eh paparazi..Haaiiiiii!!!


 Tersangat banyak jenis bunga dan beberapa sayuran di tanam di kawasan sini. kawasan sini memang subur. Tak terdaya nak amik gambar bunga sebijik sebijik. Owh yee lupa nak cakap. Chalet2 yang ada di Kiram Vilage ni semuanya nama tumbuh-tumbuhan macam Mushroom, Onion..banyak lagi. Memang pencinta alam sekitar lah Owner tempat ni.


Ni cafe dia..tapi tak beroperasi sepanjang masa. Dapat lah merasa makan roti cana. Sedap. My Imam bungkus makan kat chalet. Si kecik tido masa tu nak wat camne.





 ni time nak balik dah...pulun lagi aku nak bergambar

 Muka Zafran pun macam dah tak kuad  nak layan aku..haha


Tak puas hati bergambar kat bawah pulakk



 Sesambil tu ajar anak berjalan...hehe

  k dah check out jom..kita pergi padang golf palk lepas ni. bye Bye Kiram Village. Hope to see u again!!!!



Thursday 21 August 2014

Desa Dairy Farm


Assalammu Alaykum..

Perhhgg lama tangguh dah ni...


kami sampai ke Desa Dairy farm kira-kira pukul 5 macam tu. Sampai2 sana tgk banyak kereta beratur nak masuk ke dalam. Ikut kan hati nak je check in Kiram Village tapi dah My Imam ni jenis yang alang-alang sampai masuk jugak lee..

Pintu masuk Desa Dairy Farm. Bayar masuk RM5 tak salah.

Subhan Allah...syukur sangat dapat sampai sini.

kat sini kandangnya. berbau sikit. Comel lembu2 kat sini.

Zafran meragam sikit petang tu. Penat dia. Dah la kena paksa pakai topi pororo tu hehe.
ok pic ni smart siket.



cam boring je kan pic aku kat Dairy Farm ni...balik2 pic cenggini. Nak tau tak?? memang bosan ptg tu sbb datang2 je ladang dah nak tutup. Rasa teruja tengok lembu-lembu tu beberapa minit je. Nak beli makanan yang ada kat situ pun byk yg dah abes. pastu dah penat. Tu yang balik penuh kehampaan tu.

Tapi...aku top up balik kehampaan tu dengan pergi sekali lagi Desa Dairy farm pada keesokan harinya. kali ni pergi tak pagi sangat pun. Semua kebetulan.

Alkisahnya...check out dari Kiram Village tu harus la melalui jalan pintu masuk Desa Dairy Farm...pastu aku pandang sepi sambil berkata 'tak puas la pergi semalam...walhal motif utama nak datang sini nak tengok lebu...perah susu lembu..' My Imam masa tu bawa kereta laju. so dah jauh melepasi beberapa kilometer dari ladang tu. Pastu tak tahan dengar aku merintih macam tu dia dengan muka ketat patah balik then pergi masuk balik Desa Dairy Farm. Aku? memang la rasa lain macam sikit sebab orang kata kalau dah terlajak tu tak elok patah balik tapi dahhh takdir kot mmg kena pergi sini 2 kali. So far takde la apa2 yang buruk berlaku..hehe.

Muka puas hati 2 beranak. Kita hirup udara segar dulu..kemudian baru cari apa aktiviti nak buat lepas ni,hehe.


Aku tau baju hari ni sama dengan baju semalam kan...ala tak kotor pun..plus tak peluh pun udara sini segar haha

Ok..ni lah aktiviti yang aku maksudkan tu, bagi anak lembu makan.

Aku pesan bagi makan kat lembu itam ni. Kesian dari aku perati org ramai dok bagi lembu putih yg kat sebelah tu je makan. Kesian kan.

zafran tu macam tengok je lembu tu..pastu dia pegang lak botol tu gaya mcm nk minum. Terliur agaknya tgk lembu ni minum susu,haha.


kat sini ha kaunter nak beli rumput dengan susu. Tak ingat aku. 

Lepas bagi lembu tu kenyang kitorang pulak nk isi perut. Ni aiskrim yang kempunan nak beli semalam telah kami topup pada hari ini. Perisa pisang dengan chocolate.

Pastu ada beli waffer lagi...ala byk lagi pic sebenarnya tapi aku tengok semua gaya macam tu je. Kurang kreativiti pulak saat ini. Pic aku tengah bagi lembu makan dan minum ada tapi dalam koleksi peribadi My Imam. huhu tak amik lagi dari dia.

Ok sekian sahaja jurnal kami dari Desa Dairy Farm.