Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Thursday 21 August 2014

Desa Dairy Farm


Assalammu Alaykum..

Perhhgg lama tangguh dah ni...


kami sampai ke Desa Dairy farm kira-kira pukul 5 macam tu. Sampai2 sana tgk banyak kereta beratur nak masuk ke dalam. Ikut kan hati nak je check in Kiram Village tapi dah My Imam ni jenis yang alang-alang sampai masuk jugak lee..

Pintu masuk Desa Dairy Farm. Bayar masuk RM5 tak salah.

Subhan Allah...syukur sangat dapat sampai sini.

kat sini kandangnya. berbau sikit. Comel lembu2 kat sini.

Zafran meragam sikit petang tu. Penat dia. Dah la kena paksa pakai topi pororo tu hehe.
ok pic ni smart siket.



cam boring je kan pic aku kat Dairy Farm ni...balik2 pic cenggini. Nak tau tak?? memang bosan ptg tu sbb datang2 je ladang dah nak tutup. Rasa teruja tengok lembu-lembu tu beberapa minit je. Nak beli makanan yang ada kat situ pun byk yg dah abes. pastu dah penat. Tu yang balik penuh kehampaan tu.

Tapi...aku top up balik kehampaan tu dengan pergi sekali lagi Desa Dairy farm pada keesokan harinya. kali ni pergi tak pagi sangat pun. Semua kebetulan.

Alkisahnya...check out dari Kiram Village tu harus la melalui jalan pintu masuk Desa Dairy Farm...pastu aku pandang sepi sambil berkata 'tak puas la pergi semalam...walhal motif utama nak datang sini nak tengok lebu...perah susu lembu..' My Imam masa tu bawa kereta laju. so dah jauh melepasi beberapa kilometer dari ladang tu. Pastu tak tahan dengar aku merintih macam tu dia dengan muka ketat patah balik then pergi masuk balik Desa Dairy Farm. Aku? memang la rasa lain macam sikit sebab orang kata kalau dah terlajak tu tak elok patah balik tapi dahhh takdir kot mmg kena pergi sini 2 kali. So far takde la apa2 yang buruk berlaku..hehe.

Muka puas hati 2 beranak. Kita hirup udara segar dulu..kemudian baru cari apa aktiviti nak buat lepas ni,hehe.


Aku tau baju hari ni sama dengan baju semalam kan...ala tak kotor pun..plus tak peluh pun udara sini segar haha

Ok..ni lah aktiviti yang aku maksudkan tu, bagi anak lembu makan.

Aku pesan bagi makan kat lembu itam ni. Kesian dari aku perati org ramai dok bagi lembu putih yg kat sebelah tu je makan. Kesian kan.

zafran tu macam tengok je lembu tu..pastu dia pegang lak botol tu gaya mcm nk minum. Terliur agaknya tgk lembu ni minum susu,haha.


kat sini ha kaunter nak beli rumput dengan susu. Tak ingat aku. 

Lepas bagi lembu tu kenyang kitorang pulak nk isi perut. Ni aiskrim yang kempunan nak beli semalam telah kami topup pada hari ini. Perisa pisang dengan chocolate.

Pastu ada beli waffer lagi...ala byk lagi pic sebenarnya tapi aku tengok semua gaya macam tu je. Kurang kreativiti pulak saat ini. Pic aku tengah bagi lembu makan dan minum ada tapi dalam koleksi peribadi My Imam. huhu tak amik lagi dari dia.

Ok sekian sahaja jurnal kami dari Desa Dairy Farm.


No comments: