Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Friday 29 April 2011

Subjek Muka Bumi


Salam...tadi mengadap lagi muka owner tmpat tusyen tu. Bincang bab yang paling sensitif iaitu gaji. Adalah 'kes' yang tak selesai lagi kat situ. Niat di hati nak berhenti mengajar dah kat situ. Fed-up saya bila gaji kita sering dilewat-lewatkan. Bukan lah berkira sangat pasal gaji tetapi minat yang mendalam dalam (banyak sungguh dalam) bidang perguruan membuatkan saya sanggup menuang minyak berpuluh ringgit menimba ilmu di Pusat Tusyen tersebut yang jauh beribu batu. jauh giler ahh lau naik basikal. Tapi saya drift, dulangi drift 140/km sejam (Kesas Higway jek punn) maka boleh sampai 20 minit sahaja.

..dan Cik owner menujahkan soalan...'Amy, you boleh ajar Geografi form 1, 2, 3?' alamakk, baru je fikir nak berhenti hujung bulan depan sebab 'masalah pengurusan wang' dia beri kita 'job' baru pulak. So, nak hamik ke tak?

Fikir dari sudut kerohanian
1. Allah nak beri rezeki ni, tiap hari berdoa agar dipermurahkan rezeki...alhamdulilah.
2. Duit sampingan makin bertambah walaupun gaji dibayr lambat, raya tahun ni boleh bergaya sakan, simpan tuk kahwin lagi, (walaupun calon suami masih samar-samar, sebab jiwa rabak lagi) alhamdulilah.
3.Ilmu pengetahuan mengenai hal muka bumi akan bertambah. Dulu kau pelajar, malas sebabtu Geografi dapat B je. Sekarang nak mengajar anak orang, mesti berusaha lagi pandai dari anak murid. Secara tak langsung kita boleh membicarkan hal Tsunami dengan keyakinan yang tinggi setinggi ombak nya.

Fikir dari sudut NATES (terbalikkan lah)
1. Buang minyak kereta nak datang tempat tusyen hari-hari. Yang ni harus lah sebab bukan bawa basikal.
2. Nota kau kena provide sendiri (tanduk naik dah). Yang ini gua rasa gua boleh. Sebab cita-cita gua dulu pun nak jadi penulis buku sekolah tapi tak kesampaian.
3. Life kau dihujung minggu terpaksa dikurang, sementelaah pulak rancangan kau nak buat senam roobik konon-konon setiap malam, terpaksa dilupakan. Haaa yang ini gua lemah lutut tetapi dengan adanya pengurusan masa yang betul, sibuk macam manapun akan terlaksana jua. 

Betulkan balik bahasa kasar itu.....saya semula ok. Saya dengan ini berkorban demi cita-cita murni akan menerima tugasan mengajar subjek muka bumi dengn penuh rasa tanggungjawab.

Lepas ini, kena teman ayah tengok Natural Geografi kat Astro. Ayah, superb giler tapi anaknya pemalas tahap basikal.






Wednesday 27 April 2011

Dadali - Disaat Aku Mencintaimu

  


Cinta itu suci. Dengan siapa pun kita cinta, ia tetap suci. Ia tak lahir sahaja-sahaja. Ia anugerah dari Ilahi. Kita tak minta tapi ia lahir secara semulajadi, tanpa kita minta. Yang menodai cinta itu ialah apabila kita mula bersentuhan antara satu sama lain tanpa ada ikatan yang sah. Walau tunang sekalipon, ia bukan tiket VIP kamu untuk menyentuhnya walau sedikitpun.


Tuesday 26 April 2011

Masa untuk kurus!!!

Taraaa.....masa untuk membuang lemak-lemak yang da lama bertapa di badan!!!
Rasa excited untuk kelihatan ramping seperti Maya Karin telah kembali. Kerana apa? kerana tidak mahu mensia-siakan masa bujang dengan hanya mampu memakai pakaian saiz L mahupun XL. Hambik, tau dah berapa saiz. Sementara ada motif 'nakal' yang perlu dipenuhi untuk bulan 7 ini, maka saya dengan ini mengambil peluang untuk meng'urus'kan badan. Untuk sessi warm-up, saya tidak lagi menjadikan nasi sebagai makanan utama. Maksudnya di sini ialah, nasi bukan lagi hala tuju saya setiap kali didapur tetapi makanan ini


    Bukannn...bukan yang belah kiri tu...itu bekas beras, jangan di tengok. Lihat sebelah kanan. Saya makan cornflakes classic daripada keluaran Kelloggs. 'Actually' tak kisah lah dari keluaran apa pun janji emping jagung. Haaa bekas unik ni, saya dapatkan di pasaraya Giant Bukit Tinggi Klang.

Ini wajah hadapan Kellogs sebenar (Penjelasan macam lah kau sorang je yang penah makan benda        ni, huhu eksaited dapat bekas hijau tuuu!)

Dann kusirami emping jagung ini dengan...

Dulu-dulu pernah diet makan emping jagung dengan milo panas then letak oat. Tapi kali ni pilih anlene coklat sebab terkesima dengan slogan nya untuk kekuatan tulang.

Belum habis lagi...ni ada satu benda lagi nak share dengan koramg...tadi kan...kan..kan...saya  masuk guardian terus capai kotak ajaib nih!
Ini lah wajah yang kulihat di pantri office ku. testimoni terbaik ialah bos sendiri. Siyes, memang dia kurus tapi sangat rileks makan pagi petang nasi dan sebagainya. Dia nak senam?? tak pernah nampak pulak.


Harapan saya kali ini, semoga apa yang saya rancangkan berhasil untuk kempen kenduri kendara sahabat handai sekitar Julai nanti. Sesungguhnya, yang baik itu datang dari apa yang kita pilih untuk makan, yang tak baiknya apabila kita perlu siap sedia menekan lampu toilet sejurus selepas meneguk air teh beraura kan 'kamu mampu menjadi secantik Maya Karin. Renung-renungkan, selamat mengikat perut!

Thursday 21 April 2011

Kembali dan akan pergi.

Pernah rasa tak, apa rasanya jika anda diberitahu doktor bahawa anda hanya ada 3 bulan sahaja lagi untuk hidup. 3 bulan sahaja lagi untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan. 3 bulan sahaja lagi, kamu sudah tiada dimuka bumi ini. Dan dalam masa 3 bulan ini lah, berbagai bayangan yang menerjah dalam kepala kamu mengenai kehidupan selepas mati atau buat beberapa 'checklist' kalau-kalau ada urusan kamu yang kamu kira perlu 'settle' kan juga sebelum ajal menjemput. Mungkin juga kamu akan melupakan terus hal-hal dunia dan segera bertaubat kepada yang Esa. Perbanyakkan lagi amalan selagi masa masih ada.

Itulah yang saya rasa sekarang. Perit rasanya menerima perkhabaran itu.Setiap detik dan saat memikirkannya. dan berharap agar masa itu berjalan dengan perlahan. Supaya saya sudah bersedia menghadapi perpisahan itu apabila tiba masanya nanti. Kepada tuhan tempat ku mengadu. Aku mensyukuri nikmatmu. Aku bersyukur kau menemukan aku kembali. Sesuatu yang pernah hilang, telah menjelma kembali. Dia milikmu, ya Allah. Kau meminjamkan dia kepadaku, mengenal kan aku erti persahabatan hati yang sebenar. Dia milikmu. Kau juga yang berhak mengambilnya semula.

Ya Allah, kuatkan lah hati hambamu ini. Kuatkan lah seperti mana yang pernah kau uji dahulu. Tuhanku, aku pasrah dengan setiap apa yang telah kau takdirkan untukku. Sesungguhnya, hanya kau sahaja yang bisa mengubah semuanya, Amin.

Wednesday 6 April 2011

Bungkusan berisi kenangan 'sekolah sekolah'.

Huhu...lame sungguh tak naik tarikh. Hehe updated lah!. Jangan kata ini, Social network saya pun dah lama senyap sunyi. Sepanjang bulan lepas memang buat kerja tak menang tangan. Company saya buka branch baru. so, banyak benda nak kena settle. Cerita pasal 'settle' ni, banyak benda jugak yang 'settle' dalam hidup saya bulan lepas. Dan baru-baru ini ada benda lama yang tak 'settle' dah pun settle pada hari ini.

Pagi tadi terima panggilan dari mama kat office. Katanya saya menerima satu bungkusan yang sangat mencurigakan. Alahhh...mama...sabelum ni pun dah macam-macam bungkusan saya dapat. Saya dapat masa besday saya yang lepas-lepas, hehe. Mama sebut nama pengirimnya. Urm, saya blurr sekejap dan Ok rasanya 'hamba Allah' yang itu kot. Kenapa ya? sudah beberapa tahun kawan saya itu 'menghilang'.


                              Rindu serius dengan barang nih! Syukur Alhamdulilah.

Apabila pulang, segera masuk bilik dan bukak bungkusan tu.........
?
?
?
?
?
?
?
?
Rasa sebak. Saya dah lupa pun pasal barang tu. Saya tak ingat lagi dah. Dalam pada masa yang sama banyak tanda soal dalam kepala saya. Kepada kawan lama tu, kalau mungkin anda secara sengaja atau tak sengaja membaca entri ini, ingin saya nyatakan di sini bahawa anda masih mempunyai sekelumit sikap jujur, amanah , tanggungjawab dan iyaaaaa daya ingatan yang kuat:)
Terima kasih banyak-banyak tau.  Kita sentiasa harapkan kehidupan awak baik-baik disana.