Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Thursday 21 April 2011

Kembali dan akan pergi.

Pernah rasa tak, apa rasanya jika anda diberitahu doktor bahawa anda hanya ada 3 bulan sahaja lagi untuk hidup. 3 bulan sahaja lagi untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan. 3 bulan sahaja lagi, kamu sudah tiada dimuka bumi ini. Dan dalam masa 3 bulan ini lah, berbagai bayangan yang menerjah dalam kepala kamu mengenai kehidupan selepas mati atau buat beberapa 'checklist' kalau-kalau ada urusan kamu yang kamu kira perlu 'settle' kan juga sebelum ajal menjemput. Mungkin juga kamu akan melupakan terus hal-hal dunia dan segera bertaubat kepada yang Esa. Perbanyakkan lagi amalan selagi masa masih ada.

Itulah yang saya rasa sekarang. Perit rasanya menerima perkhabaran itu.Setiap detik dan saat memikirkannya. dan berharap agar masa itu berjalan dengan perlahan. Supaya saya sudah bersedia menghadapi perpisahan itu apabila tiba masanya nanti. Kepada tuhan tempat ku mengadu. Aku mensyukuri nikmatmu. Aku bersyukur kau menemukan aku kembali. Sesuatu yang pernah hilang, telah menjelma kembali. Dia milikmu, ya Allah. Kau meminjamkan dia kepadaku, mengenal kan aku erti persahabatan hati yang sebenar. Dia milikmu. Kau juga yang berhak mengambilnya semula.

Ya Allah, kuatkan lah hati hambamu ini. Kuatkan lah seperti mana yang pernah kau uji dahulu. Tuhanku, aku pasrah dengan setiap apa yang telah kau takdirkan untukku. Sesungguhnya, hanya kau sahaja yang bisa mengubah semuanya, Amin.

No comments: