Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Saturday 23 October 2010

Mak Senah dan Mesej dari Maher Zain | ماهر زين - إن شاء الله




Maher Zain masih asing lagi bagi saya. Maka lagu ini baru saya kenal sekitar 2-3 hari yang lalu. Sana sini orang bercerita tentang kedatangannya di Malaysia pun saya tak peduli. Apatah lagi En. Adam Lambert. Tiap kali buka radio dalam kereta pun nak dengar lagu-lagu lama. Lagu - lagu baru hanya masuk telinga bila teman opis pasang kat pc. haaa jam tu baru lah dengar.

Maher Zain cepat popular sebab sejarah seni nya yang bukan calang - calang. Pernah bekerjasama dengan artis- artis termahsyur di Amerika. Semua itu membantu dia naik dengan mudah. Itu lah yang menarik perhatian orang ramai. kalau kata audien suka dengar 'buah tangannya yang malar segar...bagi saya banyak lagi artis muslim yang lain punya 'buah tangan' seperti dia. Cuma Maher Zain ada link yang kuat lagi sebab pernah berkolaborasi dengan artis2 artis terkenal di Amerika. Maka laluannya mudah. Alhamdulilah, dakwahnya diterima cepat!

Ok...saya tengah cemburu giler dengan peminat-peminat Maher Zain sebab dia dah datang Malaysia. Encik Sami Yusuf bila lagi???
huh tak kenal ka?? Muzik dia tak se-urban maher Zain tapi muzik dia membawa saya mengimbau kembali kenangan sewaktu menunaikan umrah 5 tahun yang dulu. Rindu Ya Allah!!

Tinggalkan kisah lelaki Lebanon itu sekejap. Mari singkap apa yang Mak Senah tengah buat...

Mak Senah bini kepada Haji Darwis pergi ke pekan nak membeli tudung Ikin tuk acara rewang kat kampung Pinang Sebatang. Ternampak anak dara Cik Munah bersama rakan-rakannya baik yang lelaki mahupun perempuan sama-sama menjamu roti canai dengan teh tarik panas di salah sebuah mapley terkenal dengan daging kambingnya yang mahal. yang benar...mereka hanya berbual-bual kosong sambil menonton rancangan bola pasukan Selangor bertemu Kelantan secara beramai-ramai walaupun masing-masing menjaga tingkah laku yang menampakan ciri-ciri kemelayuan. Mak Senah tak senang duduk lalu di jaja cerita yang bukan-bukan semasa acara rewang berjalan. Kerana mulut puaka mak Senah maka anak dara Cik Munah mula di pandang serong oleh makcik-makcik keliling kampung yang selama ini mendambakan anak dara Cik Munah sebagai menantu impian.

Apa nak cakap lagi...lalu saya merujuk persoalan ini kepada Cik sepupu Siti Rodhiah...

'Pergaulan antara lelaki dan perempuan yang tidak muhrim tak seharusnya berlaku. Waima niat hanya berkawan namun harus dicari apa hala tuju nya. Apakah manfaatnya'

Mengeluh panjang saya............................tak baik mengeluh kan? Itu orang putus asa. Saya sayangkan semua kawan-kawan saya baik lelaki mahupun perempuan. Apatah lagi yang pernah berada dalam hati saya. walau wajah saya selalu selalu sahaja muncung sampai boleh letak hanger namun dalam hati saya selalu berdoa agar usia persahabatan dengan kalian tidak akan putus sampai ke akhir hayat.

Mak Senah tak bersalah...Mak Senah cuma kekok dengan peredaran masa tentang pergaulan seharian anak-anak muda sekarang. Sejahat-jahat mulut Mak senah menyumpah kumpulan anak-anak muda itu adalah kerana terbit kerisauan di hatinya kalau mereka terlalu mesra bergaul nanti, di takuti menghampiri zina. Percaya lah deria hati mak Senah itu. Anak-anak muda termasuk saya, sila ambil berat pandangan batin Mak Senah.

Lagu ini benar-benar mewakili diri saya. Ya Allah, terima kasih atas kurniaanmu. Kuatkan lah pegangan hidup ku ini. Berkati lah jalan hidupku. Rahmati lah sahabat-sahabatku yang lain Ya Allah. Jauhkan lah kami dari segala maksiat. Peliharalah kesucian diri kami. Kerana Izin-mu Ya Allah, aku mengenali mereka, kerana Izin-mu juga lah Ya allah, aku menyedari semuanya.


Thursday 14 October 2010

Kerja Ohh Kerja

Saya suke kan kerja saya yang sekarang ni. Opss kerja baru lagi...dah 2 minggu tau!
Alhamdulilah...apa yang saya mahukan, saya dah dapat...akhirnya!

Minggu lepas dapat lagi offer dari kawan kampus, jauhh nuun kat sana Air Asia. Tapi saya tak pergi lah. Saya tau saya dah lepaskan peluang saya untuk berlagak dengan orang sekeliling kalau depa tanya...'amy, la ni hang keje kat mana?' saya jawab dengan hidung tinggi saya, 'nuh atas langit sana, Air Asia aihhh!'

Haha takpe la, bukan rezeki. Lau depa offer aku awal sikit, aku pi daaa...... First In first out, bebeh!
Ok betulkan kembali bahasa melayu anda.

Thank's Lela temukan  saya kerja yg paling sesuai ngan jiwa  ni. Saya baru bertatih dan harap2 akan melompat lebih tinggi!!!

Saturday 9 October 2010