Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Monday 16 March 2015

Set Berpantang dah sampaiiii!!!!

Assalammu Alaykum..

Yeayy dah complete semua set berpantang versi aku. Cewahh versi aku tu tak tahan. Dah pengalaman kedua nak timang anak ni, InshaAllah...dah tahu keadaan diri atau lebih tepat 'kemalasan' diri menjaga diri macam mana. Paham kan je la ye ayat aku.


 Ni pil phtonatal dan minyak herbanika dari Nona Roguy. Aku beli dari Kak Engku Bidan Bersalin. Walaupun loose item tapi kak Engku jual dengan harga ahli. Teh akar herbanika aku tak amik. Ntah la tetiba rasa macam tak rajin pulak nak mengeteh hari2.


Brown soap dan virgin coconut oil dari Tanamera dah ku beli awal2. hajat dihati nak minum minyak tu masa kandungan masuk 30 minggu tapi sampai sekarang asek terluuupaaa je, Haiih!
Aku beli dekat FB Tanamera Post Natal 


Masa aku pergi baby expo kat IDCC Shah Alam hari tu ternampak booth yang jual loose item bagi produk Spa&Ma. Sebelum ni tanya seller lain diaorang kata untuk produk ni takde jual loose item. Kena beli set. Aku pun tak tahu kenapa sedangkan produk2 lain boleh je beli loose. tapi alhamdulilah jumpa juga seller yang jual loose. Aku nak beli pilis sahaja. Sebab ni la satu2 produk yang jual pilis sapu je terus kat dahi. Tak payah bancuh2. (aku kan nak senang, hehe). Malangnya pilis dah habis. Maka aku sambar la lulur frangipani yang memang takde dalam senarai berpantang aku. Untuk pilis, aku disyorkan beli on9 oleh seller tersebut, Yelah stok kat booth dah habis. Aku beli kat Burnda.



Aku kira barangan Shaklee wajib ada bagi setiap wanita moden yang berpantang. Aku cakap moden sebab tak ramai dah nak ikut cara orang2 dulu berpantang dengan akar kayu la herba la..dan banyak pelanggan shaklee berpantang dengan Shaklee bagi feedback yang baik. Aku beli sebab aku mengenangkan risiko demam kuning. Tau je la kalau dah kena kuning kena stop segala herba dan jamu. So untuk permulaan pantang aku akan consume shaklee sebab shaklee selamat digunakan untuk ibu menyusu. Bila baby dah stabil sihat, baru aku consume produk herba macam phytonatal. Ni plan aku je. Jangan la terpengaruh. Aku fikir kesihatan aku dan anak aku. kalau korang dah pernah ada pengalaman makan ubat2 kampung tapi anak bebas jaundis, teruskan lah. Macam aku ni dah kaji luar dalam tuk kondisi badan aku, huhu.



Tadaaaa...harap2 aku istiqomahh. Haa yang baby herbal cream tu memang aku recommend tapi bukan tuk ibu berpantang ye, untuk bayi comel anda. Banyak kali dah aku beli. Berbotol2 habis. Memang terbaik!

No comments: