Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Thursday 19 June 2014

Bercuti Di Sabah (mukadimah dulu)

Assalamualaikum...

4 june yang lepas, aku, my imam dan baby kami bertiga berlepas ke bumi Borneo. Kami naik MAS. Kenapa MAS?? itu lahh...sebenarnya kecut juga perut aku nak naik MAS bila kenangkan peristiwa MH370 tapi dah rezeki dapat tiket free naik je lahhh.

Sampai kat KLIA kami terus check in. Aku macam ada sedikit gusar bila fikir pasal Zafran. Ok ke dia dalam kapal terbang nanti? Macam mana kalu dia berak? haha. Ye la nama pun 1st time fly bawa budak kecik. Tapi tu lah kan...tawakalallahhh.

Zafran pergi Seminggu je la tok. 

  


kami dapat Kapal terbang baru. Best sangat sebab semua tempat duduk dilengkapi LCD panel touch screen. Alamak lupa aku nak snap pic. Contoh boleh la tengok pic yang aku cedok dari Google nih.

 

Aku tukar-tukar siaran Kejap kartun woody, jap cerita lisa surihani, jap mama mia. Last2 aku stick tengok Chennai Express. Cerita hindustan campur tamil. Shah Rukh Khan berlakon Tak pernah nya yang tak best. Tergelak-gelak aku dengan My imam. Zafran masa ni dah tido. Tapi hampeh..sat je dapat tengok sebab kapal terbang nak landing dah.

Kami transit di Sandakan kira-kira pukul 12 tengahari macam tu. So penerbangan tadi makan masa
2 jam 45 minit. So bermula la drama kami sebagai pasangan musafir di tempat orang dengan si kecik Zafran, hehe. Airport Sandakan tengah renovation. So kami lepak berejam dekat cafe tingkat atas tu.

Boleh laa..ada air cond kat sini 

Makanan yang aku order buat alas perut.

 Lama lah juga kami transit kat situ. sempat lah makan dan solat jamak. Flight seterusnya ke Kota Kinabalu...yeahh.

Ni balai menunggu kat airport sandakan. Tengok la My Imam gigih dari semasa ke semasa buat pemeriksaan.


nanti bersambung.....


2 comments:

Unknown said...

Bestnya ummi pegi KK bawak lil zafran.. nangis tak dia naik flight? x sabar nak tunggu next entry.. :)

amynur said...

mula2 nangis sbb nak tdo. tp flight seterusnya tak nangis dah sbb ada petuanya, haha.