Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Saturday 2 May 2015

Tempoh berpantang

Assalammu alaykum

Berpantang kali ini aku dah berazam nak jaga kesihatan aku baik2. Tak nak skip mkn ubat. Tapi dari segi fizikal mcm pakai bengkung pilis param tapel tungku sume tu aku baaaanyak skip. Aku rasa leceh sgt.

Bengkung aku pakai hari2 tapi tidak la 24 jam. Biasa aku pakai siang je. At least 8 jam. Tapi sapu minyak panas kt badan mmg aku tak pernah miss setiap kali lepas mandi.

Pilis dengan param aku mmg bencinta sgt nk pakai. Aku betul2 pakai masa 5 hari berturut2 berurut. Pilis dan param yg aku maksudkan yang mak bidan bawakan scr tradisional. Lepastu sampai sekarang tak sentuh2 lagi. Renyah la param tu. Pilis pula aku pakai dr jenama spa&ma. Senang sapu je. Aku tau dah aku mmg malas.

Baju panas aku istiqomah pakai seminggu je. Cuaca panas jadi aku selesa pakai t-shirt. Stokin sampai sekarang aku pakai. Aku tanpa stokin sekarang mcm kurg selesa.

Bab mandi masa minggu pertama je aku mandi air rebusan herba. Mak bidan juga yg bekalkan. Sekali mama aku rebus byk2 sebab dia pun nak jugak. Tu sebab aku da standby sabun mandi herba dari tanamera. Belah ptg pakai lulur frangipani dari spa&ma.

Setakat ni aku disiplin makan semua supplemen yg aku beli tempoh hari. Cuma aku still tak makan lagi alfalfa dari shaklee  dan pil phytonal aku berenti kejap mkn sebab baby tak tahan.

Minggu pertama je yg aku rasa aku betul2 jaga pantang. Minggu kedua dah tak pakai baju sejuk. Tapi mcm stokin dgn sapu minyak panas aku masih amalkan.

Berat aku masa pregnant kali ni 79 kg. Baru2 ni timbang dah 66kg. Baru turun 13 kg. Tang perut maaf lah mmg payah nk kempis, lebih2 lagi aku ni tak istiqomah nak bertungku dan berbedung 24jam. Tapi takpe la plg penting bg aky kesihatan aku dan anak. Supplemen jgn tinggal. Nak repair badan bg lg kurus bukan time ni je...masa2 yg seterusnya pun di tuntut.

Sekian laporan org pantang ikut suka hati😚

No comments: