Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Wednesday 6 May 2015

Review Pilis herba dari Spa&Ma

Assalammu alaykum

Yeahh aku nk review produk pilis ni sebab aku dah beli dan memang aku guna hari2. Pilis ni tak payah susah2 nak bancuh letak air tampal kat dahi. Pastu dah kering setepek jatuh masa tengah susukan baby.

Pilis ni mcm krim. Penggunaannya sangatlah praktikal sesuai utk org 'rajin' mcm aku ni. Hanya ambil pilis dalam kuantiti yang diperlukan dan sapukan ke dahi. See just amik dan sapu...sahaja.

Setakat yg aku guna sehingga ke hari ini..pilis ni kena pakai berulang kali. Maksudnya pagi lepas mandi aku sapu. Tengahari sapu lagi, petang dan sebelum tidur aku sapu lagi. Kalau aku pakai 2 kali sehari mcm tak kebal. Jap2 kang sakit kepala balik. Oleh tu aku menyarankan diri aku sendiri pakai sekerap yg mungkin. Asal rasa power kat dahi mcm dah kurang..dah kering..aku sapu lg.

Pilis ni bila aku letak kt dahi dlm jumlah yg byk, aku rasa pijar sgt. Tapi masa mula2 letak je la. Selang berapa minit tu dah ok. Dan aku rasa mcm ada benda menampal lak kt dahi. Ok lah tu...walaupun tekstur nya agak halimunan setelah disapu ke dahi, feeling mcm tengah pakai pilis tradisional tu ada. Nora bg 11 bintang!

Kandungan yg terdapat dalam pilis ni zingiver cassumunar, nigella sativa, acorus calamus, rheum officinale, caesalpinea sappan dan air. Tu dia...ujung tu baru ckp melayu.

Pada yg 'rajin' berpantang tp nk gak sehat mcm aku atau nk cuba sesuatu yg baru silalah try.

No comments: