Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Monday 22 September 2014

Zafran Turns 1


Assalammu alaykum

Seminggu dah berlalu sambutan hari jadi Zafran. Mula-mula aku memang excited nak buat persediaan sambutan si kecik ni. Bayangkan 3 bulan sebelum majlis lagi aku dah mula cari seller yang jual stuff besaday...kek..candy buffey sume lah. Aku bercita-cita nak buat candy buffet sendiri...cewahh. Tapi..tunggu la aku cerita apa kesudahannya.

Aku banyak google tentang perancang majlis hari jadi kanak-kanak kat blog2 dan instagram untuk aku inspirasikan dalam persediaan aku ni. Tapi aku tengok jugak budget, lokasi dan kemampuan kudrat aku ni. Sebab aku seorang sahaja yang bersemangat nak corakkan majlis tu jadi macam taska, huhu. My Imam? dia tak minat. Katanya membazir. Buat yang ringkas sudah. jadi faham lah aku bahawasenya aku kena keluar belanja sendiri untuk part2 yang dia kata membazir tu.

Disebabkan lokasi buat dekat rumah mama, jadi paham-paham lah kan. nak decorate tak boleh buat ikut suka. Sebab mama jenis strict jaga rumah. tak suka sepah..tak suka sepah..tak suka sepah. tak nak ada benda2 merepek..macam photo booth. haa tu salah satu cth lah kan...hehe. So kreativiti aku terhad dan sokongan dari orang dlm rumah agak hambar. Boleh agak la setakat mana je yang aku mampu buat.

tapi aku suka moment dan aku dah siap2 book photographer. Yang ini pun tak ramai setuju. tapi aku nak..aku booked jugak...degil,

SEMINGGU SEBELUM MAJLIS...aku diberitakan yang makcik aku dapat surat tawaran mengerjakan haji pada tahun ini dan tarikh dia nak pergi tu sama dengan tarikh aku nak buat majlis zafran. haihhh nampaknya terpaksa la cancel. kena buat sehari awal dan photographer pun tak dapat nak memenuhi jemputan sebab clash dengan job dia. sudahnya deposit RM100 burned.

Akhirnya hari yang aku tunggu2 dah tiba. Majlis start 3 ptg dimulakan dengan bacaan doa oleh atok tercinta, So nikmati la gambar-gambar di bawah.

ni besday boy...bantal bushukk tu tak nak lekang dah. dah jadi kawan sejati dia.



ni suasana sekitar pukul 3.30 ptg. ramai jiran2 dan sedara mara dtg serentak waktu ni. so memang sesak dari depan sampai ke belakang.



tadaa...kek my besday boy. kengkonon dia la pocoyo kat tengah tu. Asalnya kek ni cuma ada 3 patung tu je. Yang happy besday, belon kat belakang tu dengan angka no.1 tu gigih aku mencari setengah jam sebelum majlis.



ni acara kemuncak la kononnya. potong kek. aku agak tersegan sikit waktu ni sebab ramai audiens kat depan tu tengah tengok. Sekali bila time nak nyanyi tiup lilin, sorang pun tak keluar suara,haha. Lastly keluar jugak la bila sorang makcik my imam mulakan rangkap pertama tu baru la semua orang ikut. Pemalu kaum kerabat kitaorang ni, hehehe. 



Candy bufet yang termampu aku pernah buat. Camne? lulus tak nak buat bisnes ni? hahhaakchummm






watak utama yang tak tahu apa kejadian pada hari tersebut, haha.



Tetiba ada keta kuning menjelma. macam bese muka mak lagi excited drpd anakandanyaaa.

                         
esok pagi-pagi baru terhegeh2 nak buka hadiah...thanks abi bagi zafran kereta. 

Macam ni la rupa suasana hari jadi zafran. walaupun takde Official photographer tapi ramai yang bertungkus lumus ketip gamba sana ketip gamba sini. Terima kaseh semua (macam la diaorang tau blog aku ni) satu je perkataan yang aku nak gambar kan majlis si kecik ni. Penat. Siyes penat fizikal dan mental sebabnya dengan keadaan aku sekarang yang tak berapa nak sihat. Suami, mama dan abah yang banyak menjayakan. kalau tanya aku, candy bufet tu je la yang aku hadap.

Alhamdulilah semua bermula, berlangsung dan berkakhir dengan sederhana dan harmonika sekali.


Tema : Pocoyo and Friends

Candy bufet : Sdn Bhd ( all candy beli kat berhadapan pasaraya Meru)

Props: Shila Shower

All printed sticker: Gift comel 4 u

Menu: Rendang - mama
           Nasi Impit - mama
           Lontong - mak yut
           Bihun - Cik Ita
           Kuah Kacang - Cik Ita
           Karipap - Cik Ita
           Kuih Kole - catering Sri andalas
           Kuih lapis cendol - catering Sri andalas
           Cream Puff - kawan azah
           Cup cakes red vel vet - kak Zura
           Air Oren+ice cream soda
           Teh tarik



No comments: