Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Monday 29 September 2014

Tips bawa anak kecil bercuti dan berjalan

Assalammu Alaykum

kali ni aku nak berkongsi dengan mak pak kat luar sana kalau nak bawa anak kecil keluar berjalan tak kiralah perjalanan jauh atau dekat. Ini tips anak bawah 12 bulan mengikut pengalaman aku.


1.Tidurkan anak

Tidurkan anak dahulu sebelum korang merancang nak bawa pergi berjalan ke pusat membeli belah, kenduri kendara atau kat mana2 tempat yang korang memang nak spends masa berjimba-jimba dengan anak korang. Ini bagi mengelakkan anak korang menangis protes sewaktu tiba di tempat kejadian sebab tak cukup rehat dan tidur.

2. Kenyang

Pastikan sebelum tiba di tempat yang dituju perut anak dah berisi. nak bagi susu or bubur sebelum perjalanan pun ok. Dalam kereta pun ok. Ini bagi mengelakkan anak nangis sebab perut tak terisi. Dah spoil masa kita nak berjimba2 ye dak.

3. Pakaian yang selesa

Ini kena tengok cuaca. Agak2 time orang nak keluar tu cuaca redup2 sonata, mendung tapi tak hujan2 boleh la korang pakaikan baju yang ala2 kostum. kalau gegel tu, mak2 suka pakaikan baju tutu, yang lelaki pulak pakai berlapis2 macam duduk kat obersi haaa time ni la sesuai. Tapi kalau korang masuk tempat yang ber aircond tu takde masalah kot. tapi pastikan bawa lebihan baju yang dr material kapas atau cotton. Kang merengek nak tanggal baju adalah alternatif lain.

4. bekalan makanan atau susu yang mencukupi.

yang ni semua orang tak lupa. bagi yang brestfeed takde masalah tapi pastikan bawa nursing cover.

5. Beriadah di tempat yang selesa.

Nama pun bawa budak kecik. pastikan tempat yang korang nak bawa tu ada toilet yang bersih atau nursing room atau changing diaper untuk keprluan anak korang bila poo poo. Cth nya kalau shopping complex ni aku prefer Aeon Jusco. Aeon Jusco memang mesra ibu bapa dan anak kecil. mana2 cawangan ada changing room dan nursing room.


Untuk perjalanan jauh yang kena merentasi benua tu tips dia lain. Pasti kan ikut betul2. atas udara tu kalau anak dah merengek tak tentu pasal ko kena hadap jugak sampai destinasi. Eh bukan ko sorang tapi semua penumpang kapal terbang. Ceh garang lak aku.

6. Bassinet

Bagi yang merancang awal vacation, nasihat aku dapat kan tempat paling hadapan. Ini penting sebab tempat duduk paling hadapan sahaja boleh pasang bassinet melainkan kalau korang tempah duduk busines tak jadi masalah. Bassinet penting bila bayi anda tidak mahu dipegang atau mereka boleh bermain didalamnya. Dannnn kita pun tak lah lenguh berejam sampai kebas kaki nak pangku diaorang.

7. Pastikan tidur dalam perjalanan.

Macam mana ye nak pastikan anak tidur sepanjang perjalanan dalam flight tu? Begini, sebelum korang masuk perut kapal terbang, jangan biarkan anak tidur beberapa jam sebelum penerbangan. kalau tengok dia dah mamai nak tidur tu, layan lah anak tu. Buat la apa yang patut. main2 dgn dia, agah2 ke janji dia tak tidur. Pendek kata bagi dia letih sebelum penerbangan bermula. Hasilnya, bila dia masuk je perut kapal terbang, senang dia akan terus tidur sebab letih melayan kita, hehe. Cth masa zafran dulu perjalanan kami nak ke sabah dia dah tidur dalam kereta masa otw nak ke KLIA. Sudahnya dia segar dalam kapal terbang dan Ya Allah...penat jugak la melayn karenah dia sepanjang perjalanan awal dalam sejalm lepas tu baru dia nak tidur semula. Bila aku nak balik semenanjung, aku memang tak bagi dia tidur. Alhamdulilah dia tidur sajaaaaa dalam flight tu.

8. Tekanan udara

Mula2 kapal terbang nak naik tu, adalah lebih baik korang pangku, peluk dan tutup kedua belah telinga anak untuk elakkan dia berasa 'kurang selesa'. Cara kedua susukan anak. Bila dah betul2 atas udara baru lah korang boleh lepaskan dalam bassinet atau pangku seperti biasa. (ayat aku macam org kampung, senang bg paham)

9. Stroller atau baby carrier

Yang ni terpulang pada ibu bapa. Kalau rasa baby dah berat nak kendong2 bawa stroller tapi jangan la besar barat plus berat2 tu. Mungkin boleh spends sikit duit beli stoller yang simple dan ringan untuk korang yang travel merentasi benua. Cth stoller travel mcm halford, sweet cherry pun ada range dlm RM130. Tapi yang plg popular babyzen yoyo. Boleh lipat dan sangkut kat bahu. tapi harga mahal dalam 1-2k. Aku travel hari tu tak bawa stoller sbb stroller zafran jenis besar dan berat. nak spends beli yang ringan dan kecik mmg tak la. So kitaorang bawa baby carrier. Lebih senang tapi pastikan beli yang buat baby selesa duduk dalam tu.

10. Barang yang melekakan bayi.

Pergi mana-mana tempat kita tak lari dari 'menunggu'. Tunggu nak sampai destinasi (jammed), tunggu beratur nak bayar makan, parking segala. Tunggu turn nak masuk toilet. tunggu isteri tak muncul2 keluar dari pusat beli belah (hehe yg ni tak pernah buat lagi), tunggu giliran kena panggil, tunggu kapal terbang di balai ketibaan dan yang paling hazabedah time makan. Kalau bawa budak kecik kena sabar banyak sebab budak kecil mudah jemu. ye la apa yang diaornag tahu tentang rutin kita orang dewasa ni. So bawa lah barang mainan yang kecik2 tu yang dia suka pegang. Lekakan dia so tak de la kita ni asek nak berdukung tenangkan dia. atau yang mana dah tumbuh 2-3 btang gigi tu dah boleh bagi makanan biskut macam biskut tiger tu. Mungkin itu tak membantu lama tapi sekurang-kurangnya boleh mengurangkan stress kita sewaktu menunggu-nunggu.

10 cukup? huhu aku lupa lagi 1. Dokumen perjalanan si kecil jangn lupa. My Kid atau surat beranak.
Harap-harap membantu lah ye kepada korang yang bercita-cita nak bawa ank keluar makan angin di luar tu. banyak2 kan juga baca ayat kursi supaya anak itu tadi terhindar dari sebarang penyakit dan seumpamanya.


No comments: