Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Saturday 19 November 2011

Episod 1




Tahun 2009

Cik Uma: Saya baru nak fikir soal kawin dalam 3 tahun lagi.

En.Is: ok, kalau macam tu dalam masa 3 tahun lagi kalau kita masih belum punya pasangan, Insya-Allah kita pasti akan bersama.

Tahun 2010

Cik Uma: Lau Uma dengar lagu ni kan, aotomatik Uma teringat kat dia. Setahun dah berlalu. Ada 2 tahun lagi.

Cik Za: Insya-Allah ada jodoh tak kemana;)


Tahun 2011

Cik Uma: Uma ramai kawan, dalam berkawan tu Uma teliti perangai diaorang kalau-kalu diaorang sesuai nak jadi suami Uma nanti. Tapi hati Uma tetap berat kat En Is. Sebab tu bila ada yang beri kesudian nak berkawan secara serius dengan Uma, Uma tak dapat nak beri komitmen.

Cik Za: Uma jangan tunggu sangat Encik Is. Dia Jauh dari sini. Kita tak tahu keadaan dia kat sana macam mana. Lagi pun Cik Za dengar perempuan-perempuan kat sana memang suka dengan lelaki semenanjung. Perempuan sana lawa-lawa tau?

Cik Uma: haha, kalau ada yang iras Nurul Ain Nurul Shuhada abes lah Uma. Uma selalu doakan kesejahteraan dia. Doa dia adalah jodoh Uma. Tapi Uma pasrah dengan segala ketentuan Allah. Uma tak tolak ketentuan Allah kalau jodoh Uma dengan orang lain. (Yang pastinya disini sesiapa sahaja yang bergelar suami Uma nanti, Uma akan setia and lakukan yang terbaik untuk dia. Uma sengaja tak solek cantik-cantik sekarang sebab Uma nak tunjuk pada suami Uma nanti yang Uma lebih cantik dari sebelum ini. Biar dia tahu dia bertuah sangat memiliki Uma. Uma sengaja tak tunjuk kemahiran memasak Uma dekat orang lain, dekat makcik-makcik kat kampung, dengan jiran tetangga sebab Uma nak sediakan masakan yang paling sedap untuk suami Uma nanti. Uma...)

Cik Za: Uma mengelamun apa?

Cik Uma: Uma teringatkan Encik Is. Entah dia masih ingat lagi tak kat Uma? atau Uma saja yang bertepuk sebelah tangan. Ada lagi setahun. Tahun ni Uma belum pernah lagi jumpa dia.

Cik Za: Raya hari tu Encik Is tak balik ke?

Cik Uma: Balik tapi dia cuti sekejap je. Takda masa kot nak jumpa. Takpe lah. Family dia ramai. Uma faham. Lagipun Uma bukan siapa-siapa pun nak bising-bising minta jumpa.




P/s: Kisah ini dunia semata-mata. Serius rindu nak buat cerpen.

2 comments:

airaniez wirdani said...

Ni dialog *drama* ke dialog *cerpen*?haha...dialognya macam *realiti* je..uiks

Kimmy Kazuma said...

hehe yelah mcm lbh pd drama.berharap ending cerita ni akan berakhir dgn baik:)