Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Friday 11 November 2011

Wanita, Kamu cantik tapi Awas!

Assalammualaikum...

Alhamdulilah...hari penuh sejarah. satu dunia maklum hari ini 11 November 2011 atau 11.11.11.

Perrgghhhh memang cantik lah tarikh tu. banyak juga pasangan-pasangan yang mendirikan rumahtangga memilih tarikh ini sebagai hari pernikahan. tahniah diucapkan. kawan-kawan terdekat tiada yang bernikah pada hari ini. Tetapi seorang kenalan Fb yang juga sepupu kapada kawan baik saya, ada. Kak Shishi nama manjanya. Hehe...Lela, mesti kau terkejutkan aku mention nama Kak Shishi. Actually saya kenal dia bila Lela cerita kisah percintaan diaorang. Saya kagum pada pasangan ini yang lewat sedikit mendirikan rumahtangga berbanding rakan-rakan sebaya mereka yang lain. syukur akhirnya mereka dipertemukan jodoh. Maka, ku didik hati ini. Sabar dan sabar dalam mencari kebahagian. Sekalipun pernah dikhianati, usah berdendam. Usah mengata yang buruk-buruk tentang dia, itu semua ujian dari Allah. Mungkin itu sahaja ujian yang mampu ku tanggung. Bersyukurlah kerana Allah tak uji lebih dari itu. Yang penting jaga tingkah laku. Jaga nama baik agama dan keluarga.

Sebenarnya hari ini nak berbicara tentang...



Saya dapat ni dari FB sepupu saya. memang warak orangnya. Saya nak mengaku dia sepupu pun malu pasal saya sendiri sangat tak berapa bagus sangat dalam agama.(setakat Fardu ain tu sume orang tahukan, tapi nak didik hati nurani memang lah cabaran) (yang warak pun belum tentu ganjarannya syurga, boleh jadi takbur atau riak)

Kekuatan apakah yang saya perlukan untuk remove gambar-gambar yang boleh menjurus kepada zina mata?
Sedangkan kita suka pujian orang ramai terhadap 'kelebihan' yang ada pada kita? (walaupun melaui sekeping gambar)

Namun pernah terfikirkah kita kelebihan yang ada pada kita itu boleh jadi membinasakan diri kita diakhirat sana? Allahuakbar!! sayunya hati ini. Apalah nasib saya di sana kelak. 

Saya nak hidangkan satu cerita yang saya dengar masa saya kecil-kecil dulu namun sampai sekarang saya ingat.

        Dalam kitab Jawahirul Bukhari menerangkan bahawa Hasan Basri sewaktu mudanya adalah seorang yang sangat tampan.Hasan Basri sangat suka memakai pakaian yang cantik-cantik dan kegemarannya ialah suka berjalan-jalan di sekitar Kota Basrah.
Pada suatu hari ketika Hasan Basri sedang berjalan-jalan maka dia terpandang seorang wanita yang sangat cantik dan telah menarik perhatiannya, lalu Hasan Basri mengikut belakang gadis tersebut.

Apabila wanita itu merasa ada orang mengekorinya maka dia pun menoleh ke belakang dan dia terpandang ada orang mengekorinya, lalu wanita itu berkata “Wahai orang muda!Apakah kamu tidak malu?”
Lalu wanita itu berkata “Malulah kepada Allah S.W.T yang Maha Mengetahui mata yang khianat dan apa-apa yang yang terdapat dalam hati.”
Hasan Basri tertarik kepada wanita tersebut dan terpendamlah rasa cinta dalam hatinya.Hasan Basri tidak dapat mengawal nafsunya, lalu dia tetap mengekori wanita tersebut dari belakang.
Apabila wanita tersebut melihat orang it uterus mengikutinya maka berkatalah wanita itu “Mengapa kamu terus mengikuti aku?”


Maka berkata Hasan Basri “Sebenarnya aku terpesona dengan matamu yang cantik itu”
Sebaik sahaja wanita itu mendengar kata-kata orang itu maka dia pun berkata “Baiklah oleh kerana kamu cintakan mataku ini, maka aku harap kamu tunggulah di sini, sebentar lagi aku akan berikan kepada kamu apa yang kamu kehendaki”
Setelah berkata demikian maka wanita itu pun pergi, dalam hati Hasan Basri berkata “Nampaknya dia telah menerima cintaku”Maka duduklah Hasan Basri di tempat tersebut menanti kedatangan wanita itu.
Tidak berapa lama kemudian datanglah seorang pembantu (amah) menghampiri Hasan Basri sambil memberikan sebuah kotak yang tertutup. Lalu Hasan Basri membuka kotak tersebut dan dia terperanjat apabila dia mendapati dalam kotak tersebut terdapat sepasang biji mara.Kemudian berkata pembantu rumah itu “Tuan puteriku berkata dia tidak memerlukan mata yang menyebabkan terpesona seseorang itu”

Apabila Hasan Basri mendengar kata-kata pembantu tersebut maka gementarlah seluruh tubuhnya serta berdiri bulu romanya, dia pun memegang janggutnya lalu berkata kepada dirinya sendiri “Celaka betul kamu ini, dahlah berjanggut masih tidak ada rasa malu, sebagaimana malu wanita itu”
Setelah Hasan Basri menyedari kesalahanya dia pun pulang ke rumah dan menangis semalaman.
Pada keesokan harinya Hasan Basri terus pergi ke rumah wanita itu untuk meminta maaf dan supaya dia menghalalkan kesalahan yang telah dia lakukan.Apabila dia menghampiri rumah wanita tersebut, maka diapun bertanya kepada mereka yang berada di situ dan Hasan Basri dibertitahu bahawa wanita itu telah meninggal dunia.
Hasan Basri tidak dapat menahan kesedihannya lalu dia kembali ke rumah dan menangis selama tiga hari, pada malam yang ketiga Hasan Basri bermimpi bertemu dengan wanita tersebut , wanita tersebut telah ditempatkan di dalam syurga.Lalu Hasan Basri berkata “Kamu halalkanlah segala kesalahanku terhadapmu”
Kemudian wanita itu berkata “Sesungguhnya aku telah menghalalkan segala-galanya dan aku telah mendapat kebaikan yang banyak dari Allah S.W.T sebab kamu”
Setelah Hasan Basri mendengar perempuan tersebut maka dia pun berkata “Berikanlah kepadaku sesuatu nasihat yang baik”
                  

Berkata wanita itu “Dengarlah nasihatku ini.Apabila kamu bersendirian hendaklah kamu berzikir kepada Allah S.W.T setiap pagi dan petang, beristigfarlah , mohonlah ampun kepada Allah S.W.T dan bertaubatlah kepadanya”
Akhirnya Hasan Basri melaksanakan segala yang di nasihatkan kepadanya sehinggai dia menjadi seorang yang masyhur di kalangan masyarakat dengan zuhudnya dan taat kepada Allah S.W.T dan dia memperolehi darjat yang tinggi lagi mulia di sisi Allah S.W.T serta menjadi wali kekasih Allah.

Seorang wanita telah mencungkil matanya disebabkan menjadi bahan fitnah, tetapi hari ini wanita berlumba-lumba untuk menunjukkan aurat mereka dengan mendedahkan apa yang di larang oleh Allah S.W.T.
Wahai saudaraku tutuplah aurat sebab bakal yang akan melihat aurat itu terdiri dari mereka yang hendak merosakkan dan bukan yang hendak memelihara.Dan apabila seseorang itu cinta kepada bentuknya yang ghairah maka sesungguhnya dia itu berserta dengan syaitan.
Tidak rugi seorang wanita itu menutup auratnya, melainkan dia mendapat pahala di sisi Allah, InsyaAllah dia akan selamat dari segala macam fitnah..smamalh juga kepada lelaki jangan lah memandang lebih dari batas 2 yang ditetapkan oleh islam...


Saya maklum kisah ini sewaktu saya kecil dahulu. Namun entri di atas saya buat kopi dan pasta dari blog syafiquex. Dia pun dapat dari hamba Allah ini. Untung lah kalau saya dapat taip sebiji sebiji macam kat atas ni. Tak kisah lah. Janji ada pengajaran yang kita nak kongsikan ramai-ramai.

Saya tak sehebat seperti Perempuan itu. sebab itu saya malu sangat pada Allah. Allah, ya Allah. Ku seru nama mu saat aku susah saat aku senang. Bila aku mahu meminta sesuatu darimu, aku rasa hina sangat. Siapa lah aku disisi mu jika dibandingkan dengan Asiah, Maryam, Khadijah dan  Fhatimah Az-zahra. Namun ku takkan jemu memohon petunjuk dan hidayahmu agar aku terus berada di jalanmu. Amin.

4 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

certa wanita korek mata itu tiada bukti sahih ....
jika dilihat dalam certa ini ..wanita itu telah menzalimi diri sendiri ,kerana mensakiti diri sendiri

nice n3 gua suke

airaniez wirdani said...

Very very good story to share...Kita ni sbg perempuan memang tak lari daripada kekhilafan kan? Semoga Alllah s.w.t. lindungi kita..Insya-Allah..amin~

Kimmy Kazuma said...

bro brutal- ye ke bro? btul gak menzalimi diri sendiri. pepun, kita amik je la pengajaran dr cerita ini.

Kimmy Kazuma said...

kak aira- ye kak, pompuan senang sangat dapat dosa dan senang jugak nk dapat pahala. Moga kita berada dlm lindungan-Nya. Amin.