Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Sunday 6 November 2011

Berkorban apa saja

Salam..

Alhamdulilah tahun ini tahun kedua saya masuk korban. Tahun ini juga saya nekad nak tengok lembu yang bakal saya tunggang kat Syurga nanti. InsyaAllah.

Port Garden hanya menghadkan sebanyak 10 ekor lembu untuk dibawa korban pada tahun ini. Awalnya saya memang dah tak berkempatan sertai korban tahun ini. sehingga penyertaan ditutup masih ramai lagi yang berharap dapat masuk. namun dalam mesyuarat yang berlangsung di surau Al-Abrar, bila Tuan Hj. Mokhtar kata nak masukkan anaknya sertai acara korban, maka penyertaan dibuka kembali dengan menambah lembu yang ke-11. maka lembu saya adalah yang ke-11 dan yang terakhir. Alhamdulilah...rezeki.

     mula-mula saya tengok di celah celah pagar. ramai orang kerumun nak tengok acara korban nih.

masa ni lembu sedang disembelih. Mereka tutp dengan daun pisang tak bagi orang ramai tengok 'kejadian' tu. bukan apa. Saya sendiri tengok sayu hati. huhu. Namun lembu ni bertuah. Lembu yang 'terpilih'.

Beginilah keadaan nya apabila dah disembelih. Alhamdulilah, dengan izin Allah dapat tengok. Beselah orang pemalu nak kuar umah sebenarnya. Banyak sangat kaum Adam kat situ. Nasib lah bawa adik sedara tengok sekali.

okkehh...Tuan Haji relaks dulu sambil kira kupon peserta (walhal katanya tak sampai hati nak tengok lembu-lembu tu kena sembelih) jiwa penyayang tau bekas polis, jangan tak tahu, hehe.


Lasty acara makan secara berjemaah di Suaru Al-Abrar.  Mama khusyuk makan tu sampai tak perasan saya snap babak ni. sakinah, si budak nakal jadi peneman.




P/s: Gambar-gambar haruslah tak sesempurna kejadian hari ini. Sebab kamera pun tak berapa nak ngan dengan tuannya. Pepun apa yang penting pada hari ini, kita menjalani Ibadah korban dengan seikhlas hati. Jauh mana Ikhlas, hanya Allah SWT yang tahu.