Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Tuesday 1 July 2014

DAY 2: Pasar Filipine & Suria

6 June 2014

Hari kedua di Kota Kinabalu. Sarapan kat rumah dulu then menuju ke Pasar Filipine.

yeahh umi and abi nak shopping hari ni...harap zafran bertabah la ye...

Sampai sana dalam pukul 10 macam tu. So ini lah pasar Filipine.  Banyak sangat kedai kat sini. Kena pandai pilih kedai mana tawarkan harga rendah. tapi bila survey lebih kurang je harga nya.

 


Terus singgah kedai sini, borong ikan masin, ikan keropok, kuih cincin dan amplang. Packing2 dapat la sekotak hehe.

Cuaca panas jangan cakap la..kat sana memang panas mungkin menghadap laut. Nasib la dapat suami yang sabar. Ikut je mana aku nak teroka dulu. Lepas dah borong segala makanan tadi, aku pun teruskan misi mencari mutiara. Aku ni kalau membeli belah rambang macam ni tak tau mana nak tuju, aku akan usha 2-3 kedai je. Kemudian aku akan buat keputusan ikut naluri kemutiaraan aku haha. Ok la lepas dah rasa puas hati dengan survey yang di jalan kan, aku berpatah balik di kedai kakak ni.




Ini lah kedai yang mula-mula aku terjah nak dapat kan mutiara. Aku suka dengan cara kakak ni layan pelanggan dia. Ramah dan lemah lembut. Dan...dan...kakak ini juga tawarkan harga yang paling affordable berbanding kedai-kedai yang aku survey tadi.



Ceria lagii setakat ni.
 



Selesai borong mutiara, My Imam pulak nak shopping. Singgah lah kedai ni. Kedai ni menawarkan pelbagai jenis kerepek, jajan yang popular kat sini. My Imam borong kerepek angry bird. Sepupu dia memesan. Sedap katanya. Alahhh kalau dah jajan tu mana ada yang tak berhantu makannya, haha.


zoom la kalau nk tengok angry bird tu
Ni tauke nye


Selain angry bird, My Imam tambah lagi amplang dengan kuih cincin. Amplang kedai makcik ni lain sikit. Ada sira. tu yang aku makan tak berhenti kat rumah. Cuaca makin panas. My Imam nak mencari barang lagi. Mak mertua pesan suruh belikan mee sanggul. Tapi sebab cuaca dah terik, aku dengan anak aku duduk je lah dalam kereta. Suami yang pergi beli.

Dia ingat 'epal' tu boleh makan agaknye

Sambil2 menunggu aku layan lah jap keletah si tecik ni.

Lama la jugak menunggu My Imam. Adalah dalam setengah jam. Balik-balik ke sini dapat lagi sekotak. Makanya 3 kotak dah kitaorang shopping hari ini. Perut dah lapar. My Imam ajak makan tengahari kat Suria je. Ok lah aku turutkan. Teringin jugak nak tengok apa ada dalam Suria tu.


aku nampak ni jeng jeng jeng


 

Tak menahan rasanya tengok  barang-barang dalam tu. Haha kalau nak tahu aku dah start buat persediaan nak sambut birthday si tecik tu. Awal gila kan..tapi tu la buat sikit-sikit dulu. Usha punya usha beli la flyer. Mahal tapi dah geram nak buat macam mana. Haha.

Sampai kat Food Court, Zafran dah start meragam. Mengantuk nak tido. kalau kat rumah tu, buaikan aje. Tapi ni kat luar terpaksa hadap ragam nak tido dia. Dia kalau nak tido, mesti macam resah. Lepastu merengek-rengek. So aku dukung2 la dia sambil pujuk bagi susu dan tak lama lepas tu dia tido. Dah tido tu letak pelan2 dalam stroller. Nasib ada stroller anak kawan My Imam.

tido akhirnya
menu paling selamat, nasi ayam.

Habis je makan, Kitaorang cari tempat nak solat. So kitaorang keluar dari Suria dan jalan-jalan sekitar KK. Masuk dalam UMS. My Imam solat kat masjid UMS.

Urmm....macam bosan je kisah hari kedua ni kan...Tunggu laa jap lagi ada drama, haha.





No comments: