Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Friday 16 December 2011

Digital Camera Power Shot A540 : Serius Berjasa!

Assalamualaikum...

Al-kisahnyne minggu ini amat bersemangat memunggah kembali almari kecil semata-mata nak kumpul balik CD-R yang berterabur (simpan mana-mana tah) masa renovate rumah aritu.

Adalah nak dekat 30 keping jumlahnya. gambar sahaja tau. Kebanyakkan gambar masa belajar kat UPM dulu. Almaklumlah zaman kemasukan dulu, kamera digital tengah popular. Awal semester 2, saya dah beli dah. Jenis apa ntah tak pasti. Murah lah dalam 4 ratus hengget je. Saya cakap murah pasal masa tu kalau takda 600-800, memang tak dapat lah. sekarang ni je boleh cerita kamera digital 2 ratus boleh dapat. Apa?? ada lagi murah??

Tapi naik semester 3, kamera 400 tu buat hal. dah dapat pun kat pasaran gelap. memang malap lah masa depan kamera tu. (marah akak senior tu kalau tahu, haha)Tapi nasib lah, masa tu subjek pertanian 1 je.

Awal semester 4, saya beli baru. jenis canon power shot A540. 6.0 megapixel. zaman tu kalau orang ada kamera 6 mega pixel feel dia macam kau baru beli Samsung Galaxy Note. I-phone 4S lagi canggih?? itu saya boleh samakan dengan orang yang pakai kamera jenis nikon. haaishhh merapek sangat dah nih! Zaman tu lahhhhh!!!

Ingat lagi masa nak keluar duit kat ATM Mid Valley, rileks giler tekan angka 4 digit semata-mata nak beli kamera digital. Bersaksikan pulak kawan-kawan kat sebelah. kecoh macamlah saya nak buat kenduri kesyukuran. Tapi yelah, masa tu student. Tak rasa lagi macam mana susah nak cari duit. bab nak keluar duit laju je. Tapi saya beringat juga lah bila berbelanja. nasib lah dapat mama garang. Suka psiko saya setiap kali nak shoping. sooo...takde lah saya budget beli kamera riban-riban.

Dalam kepala otak nak beli canon ni


Bila dah masuk kedai, mula curang pabila mata terpandang yang ini


belek pulak...


wow!


saya belek belek sambil dengar hujah bernas dari apek kedai tu. Ya...saya memang dah ditakdirkan dengan Cik canon ni. Saya beli dengan harga 800 Ringgit. Ringgit means mahal. Hengget means murah. Hehe dah lama tak mengajar BM, bahasa ku rojakkan. Banyak gambar diketip melalui dia eh beliau. UPM sangat cantik. Setiap pelajar harus ada kamera untuk dibuat kenang-kenangan. hehe gurau je.Actually, banyak assigment kena hantar memang wajib tepek gambar.

sampai sekarang Cik canon masih cari makan dengan saya. But, lately dah jarang guna pasal lensa dia macam buat hal. plan nak hantar kedai. Nak beli baru memang membazir bagi orang macam saya sebab tahap kemalasan bergambar dan mengetip gambar semakin meningkat seiring usia. Alasan?? dah gemuk ok!

Saya sebenarnya dalam usaha mencari gambar masa pergi Bukit Cerakah tahun akhir 2008. Hampeh tak jumpa. Nak kena check up dengan ayong. Kot lah dia simpan. Jappp..gambar masa camping kat Ulu yam pun hilang. sob..sob...tssk!

No comments: