Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Sunday 7 August 2011

Fadhilat Terawikh dan Kepalsuan.

Salam Ramadhan...

Alhamdulilah bertemu lagi kita pada Ramadhan kali ini. Alhamdulilah juga kerana saya kini semakin sembuh dari 'sakit' lama saya. Hehe buat tanda nota bertindih atas tu mcm nak kata sakit mistik je. Actually ada lah 'semangat' yang kurang di situ. Tengok tu titik bertindih atas lagi. Wallahualam. Yang penting kita sehat dah tau, Alhamdulilah:)

Bulan Ramadhan memang bulan kegemaran saya. Start tahun lepas baru lah saya benar-benar 'menghayati' keindahan bulan Ramdhan ini. Tahun 2009 kebelakang, saya naif lagi. Orang lain puasa, saya puasa. Mama saya pergi terawikh, saya ikut terpaksa. (kalau mama tak larat terawikh, saya yang larat ni, duk bersantai depan tv). Sapa kata saya gadis baik???

Dah lama show off kat fb. Terbaru update status mengenai fadhilat-fadhilat Ramadhan. Itu saya suka dengar. Dari zaman baru-baru nak belajar solat terawikh sampai dapatlah sekarang, memang suka dengar. Bila suka dengar benda-benda baik saya suka lah juga nak share dengan fb. Bila dah share dekat fb, ramai jugalah yang suka. Sapa tak suka woo, malam pertama ramadhan jika melakukan terawikh ganjarannya keluarlah semua dosa2 umpama bayi yang baru lahir. malam keempat ramadhan, jika melakukan terawikh, ganjarannya mendapat pahala seperti pahala orang-orang yang memebaca kitab Zabur, Injil, Taurat dan Al-Quran Nur-Karim.

Sehinggalah datang seorang hamba Allah yang prihatin tentang kejahilan saya ini, menegur secara terang-terangan di laman muka buku itu. hamba Allah tu buka sape pun. Coursemate masa kat kampus Serdang dulu. Tapi tak berapa kenallah dia dulu pasalnya saya segan sikit nak tegur2 pelajar lelaki. Namun sekarang, berani . Haruslah dah masuk alam pekerjaan.Ya Allah apa aku dah buat? aku menyesatkan orang kah? serius memang tak senang hati dah. saya cerita pada mama masa berbuka. Saya cakap 'malam ini nak cari Ustazah Noraini dan nak duduk solat sebelah dia. Amy nak tanya macam-macam. Bila dah masuk surau, saya lupa terus niat saya. (maklumlah manusia, bila dah kekenyangan, makin lesu badan. duduk berteleku memandang jemaah-jemaah yang lain) Malam itu saya buat 8 rakaat sahaja. Namun solat witir saya habiskan disitu. Maha Kuasa Tuhan, Ustazah Noraini muncul melakukan solat witir bersebelahan saya. :Astagfirullah, saya boleh lupa apa niat saya sebelum pergi ke surau. Bila nampak muka ustazah, baru teringat. Itulah, pelupa. Namun Allah SWT nak beri petunjuk pada saya.

Saya: Ustazah, betulkah fadhilat2 yang menyatakan kelebihan setiap Ramadhan itu palsu semata-mata?

Ustazah: (Tersenyum) Ia saya sendiri dengar macam-macam versi mengenai itu. nanti saya bincang hal tersebut dengan ustazah2 yang lain. Esok, saya akan beri jawapannya.

Lihat, ustazah sendiri merendah diri dalam menjawab persoalan saya. Walau ilmu agamanya jauh lebih tinggi dari saya, beliau berhati-hati menjawab persoalan saya. mahu berbincang lebih mendalam lagi dengan rakan-rakannya yang lain.

Jangan kata dia ustazah pun, masih ragu-ragu lagi memberi jawapan. tetapi dia ustazah dia tahu jawapan apa yang saya nak dengar, yang saya perlukan dan yang patut saya fahami.

Keesokkan hari..

Ustazah: Kebenaran fadhilat yang kamu tanyakan kesahihannya semalam adalah tidak ada. Hadith yang menyatakan kebenaran fadilat tersebut adalah hadith yang daif. Daif bermaksud lemah atau lebih senang kita kata palsu. Namun, fadhilat2 ramadhan yang sudah diuar2kan sebelum ini, kita ambil lah ia hanya sekadar nak menaikkan semangat kita bertarawikh. namun jangan lah percaya bahawa kamu akan dapat ganjaran sama seperti yang dinyatakan itu. hanya ambil sebagai satu satu semangat untuk kamu berterawikh.

Saya pun tak terfikir yang kawan-kawan saya  taksub dengan fadhilat2 tersebut sampai benar2 mengharapkan ganjaran yang serupa dari apa yang dinyatakan. Saya percaya, mereka melakukan ibadah terawikh kerana ini bulan Ramadhan. sejak azali lagi dah tahu betapa bulan ini Allah SWT dah janji pada kita bahawa pahala kita akan dilipat gandakan jika melakukan sebarang ibadah di bulan ini.

Kawan-kawan yang dikasihi sekalian, saya Amy Nuraimi mohon maaf kerana tidak menyatakan dari awal tentang hadith2 palsu yang menyatakan kebenaran fadhilat2 ramadhan. Ini kerana saya kurang mengaji persoalan ini sehinggalah  Hafiz menegur saya.

Actually kecil hati sangat sebab dia kata sampai nak pesongkan akidah, sangat ekstream dan melampau betul teguran dia. Tuan haji Mokhtar sendiri rileks2 je jawab soalan saya. takde lak nak emo-emo sampai cakap, anak abah dah sesat ni atau anak abah betul dah menyesatkan orang!!
Beliau sendiri pernah bertanya hal ini kepada 3 ustaz sepanjang hayatnya. kau ada?? (hehe, Apis jangan marah tau)

Ok, dosakah saya? saya tak tahu sehinggalah diberitahu. Apabila diberitahu saya berhenti memberitahu fadhilat2 palsu tersebut.

 Ustaz Love. jawab (Selalu ada Doktor Cinta kan...haaa yang ini Ustaz love, memang love lah penulisan ustaz nih)


soal dosa pahala ni, Ustaz Love tak bleh nak komen.. cuma ada hadis yg menyatakan, jika tak tahu, maka diangkat kalam (tidak ditulis apa2 pahala mahupun dosa) sehinggalah beliau mengetahui.. maknanya, kalau tak tahu sebelum ni, maka tiada masalah.. bila dah tahu, maka kena bertaubat dan banyakkan beristighfar serta meninggalkan perbuatan menyebarkan hadis2 palsu itu.. kalau boleh, bagitau balik kawan2 yg amy sebarkan hadis tersebut yg hadis itu palsu..
jika selepas mengetahui ttg kepalsuan tersebut, tetapi masih menyebarkannya, maka hukumnya adalah haram dan berdosa (kerana membuat penipuan atas nama Nabi s.a.w.)


Kepada Abdul Hafiz, terima kasih atas teguran yang diberikan. Appreciate sangat sebab kalau tak kerana itu, pasti tak dalam ilmu saya tentang kepalsuan fadhilat tersebut. Kepada Arefiz Arezid a.k.a Along a.k.a penyokong kuat Hafiz, terima kasih juga atas hujah yang panjang lebar. Nama pun dah sama. boleh geng ar korang. i believe ur attitude pun lebih kurang. Bijak berkata-kata, melontarkan idea.

Setiap kesalahan yang saya lakukan, Allah SWT sering beri petunjuk. Tidak kira siapa yang dia utuskan. Mula-mula memang kerut dahi membacanya. Tapi mengenangkan saya ini manusia yang baru bertatih, buat silap itu harus ada. Itu sebab Allah SWT nak mengajar kita bahawa tak semua perjalanan yang menuju kebaikan tiada cacat celanya. yang penting saya belajar dari kesilapan.

Mohon maaf pada Abdul hafiz, Along (raya nant aku salam siap sujud kat kaki lagi, gurau je), dan rakan-rakan sekalian.

May Allah SWT Bless u all. Salam ukhwah, Salam Ramadhan:)







No comments: