Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Friday 5 December 2014

Ooh My 2nd pregnant

Assalammu Alaykum..

Yess im back to be a mak buyong again!

Masa Ramadhan hari tu baru aku sedar yang aku ni makin 'berat'. Jalan baru beberapa langkah dah rasa mengah. Nak bangun daripada duduk kat lantai tu macam orang sakit lutut. Pakai seluar pun dah tak muat. So aku nekad lepas raya nanti nak diet. Tapi sebelum diet tu kena buat upt test. kot2 mengandung kan buat naya je kat fetus aku tu.

Sampai la ke pertengahan Syawal aku pelik bercampur resah sebab tak datang bulan lagi. kalau masa bulan ramadhan tak dtg langsung kan bagus. Huhu tak yah sebok nak ganti puasa. Last datang bulan hari tu aku tak ingat hari apa cuma yang aku ingat minggu terakhir sebelum puasa. Haa paham tak...kira2 sekitar akhir Jun.

So lepas aku lewat seminggu tu, aku cadang nak buat upt test walaupun aku rasa terlalu awal. Pagi tu aku simpan urine dulu sbb upt test tak beli lg. Petang pas Asar macam tu aku beli dan try. Tiada double line di situ. So aku aspect tak ngandung. cuma mainan perasaan je hehe.

Lepas seminggu tak period lagi. Plus aku asek ngadu sakit kepala. Tekak pun cam loya2 sikit. Aku beli lagi upt test. Tak sabor nk tau sebenarnya tahap kesihatan aku ni. Bila aku teringatkan yang aku try upt mggu lepas takde double line...kabur2 pun takde...aku mula rasa sangsi dgn cara aku ni. Ye lah aku test kat urine yang aku simpan hampir 8 jam. Mungkin result yang dapat tu tak tepat.

So aku try keesokkan paginya..dan..huhu terang giler double line aku. Dunia aku berhenti kejap. Bayangkan baby aku baru je umur10 bulan tiba2 nak d dan perasaan aku masa tengok double line tu

terperanjat
happy
risau
takut
eh biar betul

pastu aku kejutkan My Imam. Dia still lena lagi dibuai mimpi. dia tau tak anak dia nak bertambah lagi ni..huhuhu.

Dia bangun duduk mamai kat katil tu sambil tengok upt test. Lama dia diam pastu boleh cakap apa tau??

'Tahniah lah ye...' pastu terus gerak perlahan2 pergi toilet mandi.

Gini la ye puan2 kalau nak masuk anak ke-2, aku redhoooo.

Aku pandang baby zhafran...tenung dia lama2 tgh tdo. Rasa macam kesian sgt...tak sampai hati sebab kecik2 nak dapat adik huwaaaaa. Dia bukan lagi anak manja pasni. Dia anak sulung. Cepatnya ummi dia sulungkan dia huwaaa. Rasa macam eh boleh ke dia ada adik ni? aku pun tak puas lagi nak manja2 kan dia sebagai anak tunggal.

Aku amik masa jugak sebenarnya nak psikologi diri sendiri tentang anak kedua ni. Sebenarnya aku suka pregnant awal tapi masalahnya aku masih belum bersedia. Sebab hari tu aku tak berapa jaga pantang so bayangkan zafran 10 bulan baru badan aku kuat balik macam sebelum kahwin hari tu walaupun badan aku memberat sejak akhir2 ni.

So kalau ada orang kata aku bangga hamil lagi, aku anggap hamil sebelum bayi anda mencecah 1 tahun mencabar sebenarnya bagi aku. Ini cabaran dan dugaan Allah beri pada aku supaya aku lebih selalu meminta pada dia.

Sungguh pregnant kali ni beza sangat dengan Zafran sbb pregnant kali ni ada 2 assigment. Suami dan anak. Dulu aku pregnant, aku hanya hadap diri aku sendiri je. Sebab Suami pjj. Balik semenanjung time cuti sekolah je. So aku byk rehat. Kalau dulu cabaran aku pregnant suami tak selalu ada tapi Allah bagi aku senang dan sihat sepanjang hamil.

tapi kali ni cabaran nya aku hamil rapat, Zafran tengah nak membesar dan biasa la anak bujang harus la lasak. Alhamdulilah...suami banyak bantu uruskan Zafran. So aku tak la rasa letih sangat.

Tapi tu la simpton aku pregnant ni banyak angin dan banyak malas. kali ni aku pregnant malaaaaasss sangat. Malas nak kerja, malas nak urus zafran, malas nak membaca, malas buat kerja rumah (bila betul2 sepah baru aku kemas. Tu pun terhegeh2). Time zafran dulu aku rajin..suka pergi keja. haha setakat ni tu je la perbezaan nya.

So now my tummy da besar seiring usianya 5 bulan:)




2 comments:

airaniez wirdani said...

Alhamdulillah..congrats Amy! wah..lepas ni samala kita anak sudah 2!huhu...Jangan risau sgt pregnant anak kedua ni..bagusla anak ramai, ramai boleh doakan kita bila kat sana nnti..insya-Allah..Kite doakan amy sihat & dapat baby girl..bagi sepasang! aamiin.. :)

amynur said...

Amin...thanks Aira...sebaya lagi lah anak kita ye, huhu.