Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Monday 23 August 2010

Pabila Henpon Ku di Samun, separuh jiwaku pergi. (duet ngan Anang jap)



Lebih kurang macam ini lah tapi tanpa senjata. Fobia lah plak masa menulis entri nih. Berdebar-debar menunggu giliran shift malam. BTW Alhamdulilah, Allah melindungiku. Mari baca ayat kursi semoga 'orang jahat' akan nampak ada banyak lelaki gagah yang berdiri disepanjang kaunter tu. Seperti yang pernah dikisahkan oleh wanita Muslim Amerika yang terselamat dari kena perkosa oleh lelaki Inggeris sewaktu melalui lorong gelap kerana membaca ayat kursi.Kerana ayat kursi itu, Allah SWT memperlihatkan 2 orang lelaki gagah jalan beriringan dengan wanita muslim itu pada pandangan mata lelaki Inggeris tersebut. Paham tak ayat den nih? wallahualam kuasa tuhan.



Bila HP ku dirompak, separuh jiwaku pergi.
Apa kene rompak??? Bila?? Kat mana?? Dengan siapa??

Jeng..jeng..jeng…hot story ar gak dalam sejarah hidup saya bahawasanya saya ini sudah pernah disamun. Jumaat yang lepas Tepat pukul 3.45 pagi. MMakk aihh…pagi2 buta buat apa kat luar tu Cik adik oii!!!
Ok lahh nak pecah rahsia ni. 7-eleven ok. Saya kerja kat situ. Baru beberapa hari. As a Management Trainee. I’m frust on my previous job and terus amik tindakan drastic berhenti dan bekerja di 7-EEEEEEE???

Actually dah 3 hari 3 malam, saya kerja shift malam. Tak takut Cuma sedih sebab di saat orang lain tidur nyenyak atas katil yang mungkin bercadarkan kartun sponge bob, saya pula berdiri di meja kaunter Melayan pelanggan2 membeli barang keluar dan masuk. Pelanggan2 sebelah malam banyak terdiri daripada orang2 tua yang mabuk, GRO dan orang yang memang suka melepak tengah malam pastu tekak kering, haus lalu mencari air coke cola di kedai 7E. Kenapa ye nak sebut ada orang mabuk plus GRO lagi? Wajib lah sebab sebelah tempat saya bekerja itu adalah PUB. Tapi tutup awal sangat. Kul 2 dah senyap. Sunyi lah saya duk sorang2 kat meja kaunter. Opps tak duduk, saya berdiri sampai kul 7 pagi. Dedikasi betul!

Actually tempat tu selamat. Sebab ia berdekatan dengan Bank. Secara logiknya ada Pak Guard disitu. Dan dihujung sana ada restaurant Bah Kut Teh yang dibuka sehingga menjelang subuh dan memang tidak pernah berlaku rompakan kat situ. Walaupun kawasan cina tetapi mereka sangat2 menghormati orang lain, takde cina ganas kat sini dan tak kacau orang pun. Walaupun masuk kedai mabuk2, beli kondom lah, arak berbotol2 lah, rokok berdozen2 namun mereka melakar sejarah tersendiri sebagai pelanggan yang berhemah. Siap bagi nasihat lagi kat saya, baik2 kerja di sini. Bahaya.

Malang tak berbau. Pada hari ketiga saya bertugas di sebelah malam, datang lah seorang pemuda lingkungan 20-an, t-shirt merah jambu ( dalam hati ada taman nih!) sweater kelabu, berseluar pendek dan berkasut putih masuk ke dalam kedai dengan gaya pelanggan berhemah  minta rokok Dunhill merah. Time nak scan barang tu, tiba-tiba dia rampas kotak rokok tu dari tangan saya lalu dipaksanya saya menyerahkan wang tunai dalam mesin kaunter itu. (time ni dah panik dah!) disebabkan terlalu panik maka laci kaunter lambat dibuka menyebabkan lelaki itu bertindak masuk kedalam kawasan kaunter dan menyuruh saya mengeluarkan wang dari poket. Di sebabkan saya membantah, dia pulak yang masukkan tangan dalam poket seluar saya dan dapatlah HP cokia yang harganya saya beli tak sampai RM 400 ponn! Hadoiii, separuh jiwaku pergi tatkala melihat HP ku diusung oleh ( nak sopan lagi ke panggil dia lelaki muda?) penyangak tersebut.

Actually (apesal la suke sangat pakai perkataan actually nih!) masa tu tak rasa takot. Cemas pun dah hilang. Banyak rasa sedih jer. Sebab saya sayang dan masih menyimpan mesej2 yang di beri oleh rakan-rakan tersayang yang banyak bagi kata-kata semangat dan nasihat tatkala saya dirundung masalah. Duit boleh di cari tetapi nilai sesuatu kenangan itu sukar ditemui lagi.

4 comments:

ijad said...

tak ada sisi tv ke kat situ..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

sian ko.. kenapa ko tak telan je cash regester tersebut supaya beliau takut

kimmy said...

ijad-ada cctv. da bagi kat polis dah.

kimmy said...

En. Brutal solo- lau boleh telan, dengan beliau sekali saya telan.