Wednesday, 4 November 2015
My 3rd baby and my 1st Angels.
Tuesday, 21 July 2015
Wednesday, 17 June 2015
Wednesday, 6 May 2015
Review Pilis herba dari Spa&Ma
Assalammu alaykum
Yeahh aku nk review produk pilis ni sebab aku dah beli dan memang aku guna hari2. Pilis ni tak payah susah2 nak bancuh letak air tampal kat dahi. Pastu dah kering setepek jatuh masa tengah susukan baby.
Pilis ni mcm krim. Penggunaannya sangatlah praktikal sesuai utk org 'rajin' mcm aku ni. Hanya ambil pilis dalam kuantiti yang diperlukan dan sapukan ke dahi. See just amik dan sapu...sahaja.
Setakat yg aku guna sehingga ke hari ini..pilis ni kena pakai berulang kali. Maksudnya pagi lepas mandi aku sapu. Tengahari sapu lagi, petang dan sebelum tidur aku sapu lagi. Kalau aku pakai 2 kali sehari mcm tak kebal. Jap2 kang sakit kepala balik. Oleh tu aku menyarankan diri aku sendiri pakai sekerap yg mungkin. Asal rasa power kat dahi mcm dah kurang..dah kering..aku sapu lg.
Pilis ni bila aku letak kt dahi dlm jumlah yg byk, aku rasa pijar sgt. Tapi masa mula2 letak je la. Selang berapa minit tu dah ok. Dan aku rasa mcm ada benda menampal lak kt dahi. Ok lah tu...walaupun tekstur nya agak halimunan setelah disapu ke dahi, feeling mcm tengah pakai pilis tradisional tu ada. Nora bg 11 bintang!
Kandungan yg terdapat dalam pilis ni zingiver cassumunar, nigella sativa, acorus calamus, rheum officinale, caesalpinea sappan dan air. Tu dia...ujung tu baru ckp melayu.
Pada yg 'rajin' berpantang tp nk gak sehat mcm aku atau nk cuba sesuatu yg baru silalah try.
Saturday, 2 May 2015
Tempoh berpantang
Assalammu alaykum
Berpantang kali ini aku dah berazam nak jaga kesihatan aku baik2. Tak nak skip mkn ubat. Tapi dari segi fizikal mcm pakai bengkung pilis param tapel tungku sume tu aku baaaanyak skip. Aku rasa leceh sgt.
Bengkung aku pakai hari2 tapi tidak la 24 jam. Biasa aku pakai siang je. At least 8 jam. Tapi sapu minyak panas kt badan mmg aku tak pernah miss setiap kali lepas mandi.
Pilis dengan param aku mmg bencinta sgt nk pakai. Aku betul2 pakai masa 5 hari berturut2 berurut. Pilis dan param yg aku maksudkan yang mak bidan bawakan scr tradisional. Lepastu sampai sekarang tak sentuh2 lagi. Renyah la param tu. Pilis pula aku pakai dr jenama spa&ma. Senang sapu je. Aku tau dah aku mmg malas.
Baju panas aku istiqomah pakai seminggu je. Cuaca panas jadi aku selesa pakai t-shirt. Stokin sampai sekarang aku pakai. Aku tanpa stokin sekarang mcm kurg selesa.
Bab mandi masa minggu pertama je aku mandi air rebusan herba. Mak bidan juga yg bekalkan. Sekali mama aku rebus byk2 sebab dia pun nak jugak. Tu sebab aku da standby sabun mandi herba dari tanamera. Belah ptg pakai lulur frangipani dari spa&ma.
Setakat ni aku disiplin makan semua supplemen yg aku beli tempoh hari. Cuma aku still tak makan lagi alfalfa dari shaklee dan pil phytonal aku berenti kejap mkn sebab baby tak tahan.
Minggu pertama je yg aku rasa aku betul2 jaga pantang. Minggu kedua dah tak pakai baju sejuk. Tapi mcm stokin dgn sapu minyak panas aku masih amalkan.
Berat aku masa pregnant kali ni 79 kg. Baru2 ni timbang dah 66kg. Baru turun 13 kg. Tang perut maaf lah mmg payah nk kempis, lebih2 lagi aku ni tak istiqomah nak bertungku dan berbedung 24jam. Tapi takpe la plg penting bg aky kesihatan aku dan anak. Supplemen jgn tinggal. Nak repair badan bg lg kurus bukan time ni je...masa2 yg seterusnya pun di tuntut.
Sekian laporan org pantang ikut suka hati😚
Friday, 17 April 2015
Pengalaman bersalin anak kedua (Baby Hana)
Assalammu Alaykum
Rentetan berlaku pada hari Jumaat 10 April
3.00 am
Sakit perut memulas. Bangun dengan longlai sebab mengantuk sangat. Tapi dah nk membuang sangat pula, aku gagahkan jua ke toilet.
3.30 am
Memulas lagi...lepas membuang pun rasa memulas balik diikuti sakit dari pinggang ke bawah.
5.00am
Episod ulang alik ke tandas berterusan sampai 5.30 pagi. Mula rasa mcm sakit nak beranak tapi tak keluar apa2 tanda. Nak kata gastrik mungkin ya sebab malam tadi aku makan macam2. Ye lah ada pasar malam tu yang membeli tak hengat. Mungkin juga food poisoning dari aku makan laksam coz kuah dia seriously pahit. Macam dia terblend biji limau dalam kuah tu. Di sebabkan byk bnda yg bermain dalam kepala aku ni...so aku kejut la My Imam. Luahkan apa yg terbuku dalam kepala aku dari pukul 3 pagi lg sebenarnya. My imam just diam termenung dgr keluh kesah aku. Pastu dia tido balik bila aku sambung memerut kat bilik air.
5.30 am
Selesai memerut, tengok my imam dah duduk kt kerusi ruang tamu. Dia suruh siap2 pergi hospital. Aku pun dengan masih perasaan serba salah nak beranak atau sakit perut biasa masuk balik toilet mandi.
6.00
Lepas solat subuh, aku call mama kt hospital besar. Bg tau nk pergi ppum tapi tak sure nak beranak lagi ke tak. Kot lah false alarm ke kan. So aku bersedia je la dgn segala kemungkinan sebab aku sakit perut 10 minit sekali tanpa ada turun tanda. Tapi bila sakit tu datang aku just rasa macam nk memerut. Still boleh kontrol lg.
7.00
Dah sampai ppum terus naik tingkat 3. Tingkat 3 labor room. Dulu masa zafran dah turun tanda terus kena tahan kat sini cek ctg. Tapi sebab bukaan masih 2cm aku disuruh masuk wad biasa dulu. Kali ni kena pergi tingkat 4.
8.00
Sementara tunggu pintu wad berkenaan dibuka, aku tanya kesahihan tingkat 4 ni kat sorang patient yg menunggu sama dgn aku kat lobi tingkat 4. Katanya dia pun baru tau tingkat 4 ni baru. Patient ni mengandung ank ke-3. Kurang rasa pergerakan tu yang dia dtg nk cek. Pastu aku cerita la yg aku sakit perut....dah mula rasa mcn kontaksi sikit2 tp takda turun apa2 tanda. Katanya dulu dia nk bersalin ank ke-2 pun mcm tu. Tak turun tanda. Cuma sakit perut je. Anak 1st dulu turun darah. Sama je mcm aku. Katanya confirm la ni aku nk beranak. Bila dia ckp mcn tu aku cam lega sikit. Ye la kot mmg aku nk beranak hari ni.
8.30
Aku buat pendaftaran. Dan diarah tukar pakaian. Kemudian kena cek ctg. Sejam kemudian ada doktor dtg nk cek bukaan. Ikut pengalaman lepas kalau sakit mcm sekarang ni bukaan baru 2 cm. Kali ni dia seluk da 5cm. Terperanjat aku. 5cm tu time nk bersalin zafran dulu dah sakit tak boleh nk senyum dah. Yang ini sampai nurse ti tegur muka aku tenang je walaupun dah 5cm. Aku bingung kembali. Betul ke 5cm ni? Terus dia suruh aku g labor room. Time zafran dulu kena tolak.atas katil tau masuk labor room. Kali ni aku jalan sendiri dan cuma lambai tangan malu2 kat my imam. Dah aku menonong je jalan nak masuk labor room. Sampai kt pintu baru teringat suami kt belakang. Suami kena tunggu kat luar tak boleh masuk. Aku nak patah balik dah segan sebab kat belakang tu berderet lg suami2 yg tengah tengok aku menoleh. Aku pun just lambai dari jauh. Sedih. Nasib baik mlm td dah siap2 minta maaf. Ntah la malam td rs mcm nk mnta maaf walhal belum sakit2 lg.
9.30
Pecah air ketuban. Pas beberapa minit tu baru dtg sakit yg benar2 sakit. Disebabkan tak tahan sgt sakit aku suh nurse yg ditugaskan jaga aku tu cek bukaan dah berapa. Dia seluk katanya dah 8cm. Aky pun terus ckp
Aku: saya dah boleh teran la ni?
Nurse: belum....tunggu 10cm baru teran.
Aku: saya baca kt internet kalau anak ke-2, 8cm dah teran.
Nurse: sape yg ckp mcm tu? Bg tau kt saya. Kalau awak teran sekarang nanti bawah awak tu bengkak. Abestu kalau anak no 3 nanti 7 cm dah boleh teran lah ye (sindir aku haha)
Aku: tapi saya dah tak tahan la...
Nurse: saya tolong awak cepatkan bukaan. (Seluk) haa cuba teran..(tak boleh) kan saya dah cakap kena tunggu 10. Kalau awak tak tahan awak hidu gas ni. (Gas kurangkan rasa sakit tapi boleh laloq)
Dalam pada tu...nurse tadi asek membebel je kat kawan2 dia pasal 8cm dah boleh teran. Aku nak geram pun tapi dia yg byk tolong. Sebenarnya aku pun mcm dah malu...hehe. pandai2 ckp mcm tu tapi betullah aku ada baca kt internet yg ank ke 2...8cm dah boleh teran.
Pukul 11
Aku dah sakit sangat2. Nurse tadi tolong cepatkan bukaan aku. Masa tengah seluk tu dia suh teran. Aku teran...teran sekuat hati. Aku ingatkan diri aku yg jgn angkat punggung. Beranak kali ni aku tak minimum kan luka yg ada. Aku teran sekuat hati dan curi nafas. Ramai pembantu yang ada kat situ memuji cara aku menangani situasi nak bersalin. Ececehhh..tepat 11.18 lahirlah zuriatku yg ke 2 atau puteri ku yg pertama Hana.
Nurse: tengok laki ke perempuan?
Aku: ( blur...takde telur maknanya perempuan) perempuan.
Alhamdulilah bersalin kali ini sangat mudah dan tenang bg aku. Tanpa induce dan epidural. Juga menerima jahitan yg minimum. Jadi pergerakan aku tidak begitu terbatas berbanding masa lahirkan baby 1st. Allah bg rezeki lahirkan anak ini pada hari jumaat pagi bersamaan waktu dhuha. Aku mmg teringin nk bersalin pagi jumaat. Alhamdulilah dimakbulkan. Semoga puteri ku ini menjadi anak yg solehah hafizah dan berguna kpd masyarakat agama dan bangsa. Amin.
Tuesday, 24 March 2015
Anak kedua: Boboi atau gegel?
Monday, 16 March 2015
Set Berpantang dah sampaiiii!!!!
Yeayy dah complete semua set berpantang versi aku. Cewahh versi aku tu tak tahan. Dah pengalaman kedua nak timang anak ni, InshaAllah...dah tahu keadaan diri atau lebih tepat 'kemalasan' diri menjaga diri macam mana. Paham kan je la ye ayat aku.
Wednesday, 11 March 2015
Hari hari zafran sebelum bergelar 'Abang Long'
Sekarang aku dah 35 minggu..wuwuwu tatotttnyewww. Masa zafran dulu tak salah aku minggu ke 39 kot aku bersalin. Setakat ni perut aku belum 'turun' lagi tapi aku rasa macam tak larat sangat. Kerja still boleh buat lagi tapi selalu sakit2 punggung, belakang dengan kepala. Zafran pula makin manja je aku tengok dia dengan aku sejak 2 menjak ni. Dan aku pun manja2 kan dia...layan dia...ye lahh tak lama lagi nak beradik. Ni je lah masa yang dia ada nak jadi anak plg manja. Lepas ni aku tak tahu la nak bahagikan kasih syg mcm mana.
Mampu ke aku nk jadi ummi yang adil dan saksama? Zafran pulak jenis yg kecik hati ke besar hati?
Akan termarah2 kah aku kalau dia buat sesuatu yang boleh menaikkan darah aku? Bakal abang long penyayang kah dia? Dia akan rasa tersisih kah nanti? huhu kesian dia. Kecik2 dah ada adik. Aku yang umur da 30 ni pun still tak de adik. Anak aku belum 2 tahun dah ada adik depan mata. Harap2 aku tabah lah meniti hari mendidik zafran dan adik nya.
Hehe..suka sangat patahkan kaki buat macam tu. My Imam banyak kali tepuk2 kaki dia. Risau kot, haha.
Dua beranak ni memang rapat. Zafran lagi suka cari abi dia dari aku. Mungkin sebab My Imam lebih rajin layan mood dia berbanding aku yang moody2 sikit. Ehh takkk. Aku rasa sebab abi dia ada kereta leh bawa dia jalan2. Tu yang asek membodek je..(daku jeles)
Ku belikan baby chair dengan harapan dia dapat makan dengan tenang dan suka makan selalu tapi...huhu dia mainnnn je kat dalam tu. Sabo2. tahun depan kalau mcm ni jugak..Ummi standby rotan.
Ni port favorite dia kalau masuk dalam kereta atok dia. Kadang2 tu siap julur kaki.
Zafran dari kecik memang tak betah duk dalam stroller. Dia prefer di dukung tapi bila kitaorang cuba stroller Jusco ni dia behave sangat duk dalam tu sampai tertido. Mungkin dia selesa dengan keluasan dalam tu. Tapi baru ni aku letak dia dalam stroler masa kat expo baby, nak pulak dia. 2 jam jugak la dia behave duk dalam tu. ermm...macam2 la anak ummi ni.
Train dia kenal huruf jahiyyah. Sepatutnya seawal 6 bulan lagi tp dah kami dapat info lambat. Takpe la nanti kat adik dia boleh praktis.
Dia suka buku tapi suka koyak sana sini. Tapi at least minat nak pegang selak2 tu ada.
Hari tu 1st time bawa dia g IKEA. Phewwww penat jaga dia sebab meraaaaaaagammmm dari awal sampai balik. Kejap nak dukung kejap nak berjalan...merengek2 lagi. Bagi susu tak mau. Agaknya tak cukup tido, Tu tengok muka puas hati dia dapat dera kitorang.
Masa ni aku dengar keting2 dr dalam bilik. Bila jenguk...alahaiiii dia masuk sekeping2 duit shiling dalam tabung burger tu. Comel angat laaaaa. Pandai anak ummi menabung. Tapi kena pantau sebab dia ni suka masukkan brg2 dalam mulut. Tapi duit syiling tak pulak.
Ni muka pasrah kena urut dengan Cik Nab. Masa ni jumpa Cik Nab nak booking tuk urut badan pas bersalin nanti. Alang2 jumpa tu, kami suruh lah dia urutkan zafran. Lately asek terjaga2 time malam.
Monday, 2 February 2015
Perlu ke maternity shoot? tak kot sebab...
Ni maternity shoot aku masa mengandungkan zafran...still sweet lagi la aku rasa...nampak seri ibu mengandung..
Tu duluuu. Masa ni berat aku 63kg. Tapi sekarang...tak lalu aku nk bergambar2 ni sebab.......
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Nampak tu. Kembang sana sini. Pada hal tu baju yang sama tau..masa maternity shoot yg dulu aku dah 8 bulan. Ni baru nak masuk 7 bulan tak berapa nak muat dah. Paham kan? Huhu..73kg sekian.
Friday, 16 January 2015
Set Berpantang Aku (all loose item)
Aku sedia maklum keadaan diri aku yg sekarang ni berbadan dua tetapi aku kurang cergas dan sentiasa sakit2 badan kali ni dan aku percaya itu juga hasil yang aku dapat akibat tidak berpantang dengan betul dan disiplin masa melahirkan zafran.
Soooo...kali ini aku nekad yang aku betul2 nak jaga 'badan' aku lepas bersalin yang ke-2 ni. dah masuk trimester ke 3 ni aku banyak survey amalan2 berpantang di samping produk2 yang laris kat pasaran sekarang di carian Google. hehe...kawan sekerja aku juga aku jadikan rujukan. Nasib lah ada sorang akak ni memang mengamalkan konsep berpantang yang sgt traditional masa dia bersalin dulu.
Banyak info dan ilmu dah aku tanyakan pada dia. Extreme gak arr cara akak ni berpantang sampai salai diri. Salai diri ni aku pernah dengar tapi belum pernah jumpa orang yg pernah buat. Caranya amik arang dapur yang dulu2 tu hidupkan api di bawah katil dan kita baring di atasnya. Tapi aku tak buat kott yang ini. Cukup la aku buat bertangas je nanti.
Untuk produk aku decide nak amik loose item dari brand Herbanika nona roguy, Tanamera dan Shaklee, Aku tak nak amik 1 set utk keseluruhan brand sebab mungkin ada yang aku tak perlukan seperti lulur, pilis, tapel dan bengkung. lulur, pilis dan tapel aku boleh dpt kan dari tukang urut aku. Bengkung pula dah ada. So lebih baik aku cari yang betul2 aku perlu dan terbaik antara ketiga2 brand ni. yakin sebab dah pernah alami tempoh berpantang sblm ni dan dah tau mana yg perlu mana yang tidak. Dulu masa berpantang takde pengalaman. Orang yg berpengalaman pun takde kat sisi nak guide. So boleh imagine keadaan aku yg zero ketika itu. so sekarang ni dah amik iktibar, huhu.
Herbanika dari Nona Roguy aku amik
Digunakan secara tradisional untuk menguatkan badan dan mengurangkan berat badan selepas bersalin.
- Membersihkan rahim, mengeluarkan angin, lendir dan darah kotor dalam badan.
- Melawaskan pembuang air kecil & besar, mengatasi masalah sembelit, kepenatan, migrain dan angin.
- Mengimbangi kembali sistem badan.
- Mengurangkan berat badan dan menguatkan otot-otot badan.
Cara Guna PhytoNatal
- Kelawasan biasa – makan 2 – 3 biji 1 kali sehari.
- Terlalu lawas (Sensitif) – makan 1- 2 biji 1 kali sehari.
- Tidak lawas (Sembelit) – makan 3 – 5 biji 1 atau 2 kali sehari.
- Membantu meredakan ketegangan urat saraf di kepala, leher dan tengkuk semasa proses kelahiran anak dan melancarkan aliran darah.
- Melegakan serta mengatasi sakit-sakit sendi dan otot-otot
- Memecahkan angin dan lendir yang terkumpul di sendi-sendi
- Mempercepatkan proses penyembuhan luka jahitan, memecahkan pengumpulan angin di usus dan rahim dan mengecutkan rahim secara luaran.
KANDUNGAN MINYAK HERBANIKA
- Piperis folium
- Andropogon nardus folium
- Eucalyptus globulus
- Myristica fragrans
- Cocos nucifera oils
CARA PENGGUNAAN MINYAK HERBANIKA
- Sapuan Minyak Herbanika untuk bersalin normal atau secara pembedahan di wad.
- Selepas keluar dari bilik bersalin: Gosokkan Minyak Herbanika dengan tipis ke bahagian kulit kepala, tengkuk dan bahu. Ikat rambut dnegan rapi. Kemudian sapurata ke perut, tundun sulit, peha, pinggul, pinggang, lutut, betis dan tapak kaki. Pakaikan stokin.
- Boleh tuangkan ke atas pad/ sanitari. Pakai dengan selesa.
- Sapuan Minyak Herbanika ke perut dan pinggang, guna bengkung (jika perlu), ikat biar selesa.
- Bagi yang bersalin secara pembedahan: Sapuan Minyak Herbanika ke perut dan pinggang kecuali bahagian pembedahan, gunakan ‘Strap-On Binder’ yang ringan tanpa memberi penekanan di bahagian pembedahan.
- Menyegarkan urat saraf, mengurangkan keletihan serta sakit sendi, memecahkan lemak yang degil dan juga mengawal bau badan.
- Membantu pengeluaran susu yang baik dan pekat.
- Melawaskan pembuangan air kecil dan mengurangkan air yang berlebihan dalam badan.
Cara Guna Akar Herbanika
- Rebus 1 pkt uncang Akar Herbanika dengan sukatan 1 liter air sehingga keluar pati teh herba.
- Campurkan 1 sudu teh Madu Lebah Asli sebagai penawar & sumber tenaga.
- Minum suam panas 3 – 4 cawan sehari.
- Jika berpenyakit Kencing Manis, minum tanpa Madu Lebah.
- Jika mengalami lebihan angin dalam badan, didihkan 5 paket uncang akar herbanika bersama-sama halia tua dalam 1 liter air. Tambahkan madu asli. Minum ketika suam-suam.
- Jika mengalami lebihan angin dalam badan, didihkan 5 paket uncang akar herbanika bersama-sama halia tua dalam 1 liter air. Tambahkan madu asli. Minum ketika suam-suam.
- Boleh disimpan didalam termos untuk mengekalkan kepanasannya.
Aku consume produk ni dari 1st pregnant lagi. Sebab tekak aku tak leh telan susu (angin) so aku amik pil kalsium ni. dan pula ia bagus tul lawaskan pembuangan air besar. Dan aku juga dapati tulang zafran Alhamdulilah kuat walupun aku tak amik susu masa mengandungkan dia. So perlukan juga ini masa berpantang nanti. Motif, tak nak bagi sembelit. wuwuu semua orang takut sembelit kan?
B Complex
Nak try amik ni makan masa pantang. Anti-stress katanya. Ye laaa kalo stress masa pantang camne susu badan dan keluar dengan jayanya.
Zinc Complex
Alfalfa
aku pilih ni sebab ramai review kata boleh memperbanyakkan susu. So try la jugak
ESP aku tak amik sebab aku tau aku tak kan minum. Alangkan yang pil2 pun rasa 'bercinta' sangat nak telan..ini kan pula nak bancuh soya. huhu
Perghh banyakkan aku kena makan. Tu la sapa suruh tak pantang bebetul dulu. Pantang kali ke 2 nanti memang kena jaga bebetul. InsyaAllah.
Thursday, 15 January 2015
Hai 2015
sambut ulang tahun ke-2 perkahwinan kat Gold Coast Morib. Tp lbh kpd melayan si kecik tu je main kat theme park. Pertengahan bulan pulak rumah aku jadi wakil pd perkahwinan kak sedara aku. Aku ingat nak bikin story sikit pasal ni sbb 1st time kan bawa zafran mandi manda kt tempat terbuka.
Minggu depannya pula pergi sg. klah kat Perak dgn keluarga mertua. balik tu kitarang 3 beranak itam. Zafran lg la merah muka dia mcm ketam bakar. Amik ms 2 mggu balik cerah mcam biasa. Haha cerah ke?
Seee...tahun ni lbh kpd melihat perkembangan tumbesaran Zafran. Tahun depan byk la kisah ye sbb Zafran nak beradik. Alhamdulilah syukur.