Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Thursday, 15 January 2015

Hai 2015

Assalammu Alaykum..

Tahun 2015 ni aku sambut tanpa sebarang azam sebab minda aku ni asik fikir persiapan nak berslin dan berpantang juga pindah rumah. Pendek kata tahun 2015 aku ni bukan tahun yang kosong. Akan ada pertambahan ahli keluarga, pertambahan perbelanjaan dan cabaran yang bakal aku pikul tuk kendalikan rumah tanpa tangga, 2 orang anak dan huhu...aku bakal jadi tukang masak hari2. Itu janji yang aku dah patri dgn My Imam. Wajib aku tunaikan. Titik. (ececehh silap2 mama bekal kan lauk pauk hehe...ishh tak patut)

Dan seperti biasa aku nak 'baling belakang' kejap apa yg dah aku tempuhi sepanjang 2014 yg lalu

January

Zafran dah 5 bulan. Dah boleh meniarap. Juga memberontak jika duduk di riba abi tatkala abi melayan candy crush. (tension tak sudah2 game buah2 an). zafran 1st time demam. Aku pulak menunjukkan kebolehan merawat zafran ikut cara tradisional. Baca kat blog org la ni. Tapi method aku salah. Overdose. Sudahnya kaki zafran melecur teruk. (aku letak bawang putih dalam stokin tanpa alas apa2 kain. Means bawang tu bersentuh trus kat kulit kaki)Tp suhu badan mmg turun tanpa ubat-ubatan doktor. Sepatutnya pakai stokin then letak bawang kat luar dan pakaikan lg selapis stokin. Gituuuuu.

February

zafran dah boleh meniarap sambil angkat punggung. tinggi sangat dia angkat. dah mcm nak bumping pun ye. sungguh kuat tulangmu anak. Ni semua penangan pil kalsium waktu mengandung. Alhamdulilah. Bawa dia pergi photoshoot pertandingan bayi comel lat karangkraf. bayar 10 hengget. Behave sgt dan mesra kamera. Tapi tak menang. Takpe la dapat la jugak pengalaman bawa anak bersesak2 semata-mata nak expose anak ke kancah permodelan. Haha. Setelah tak menang terus betulkan niat balik nak hantar dia jadi hafiz je.

March

Sepupu suami kawen. Sekarang dah pun selamat bergelar ibu pada tahun baru yg lalu. Kawan sekuliah My Imam pun kawen hari yang sama. Juga selamat bergelar ibu baru2 ni. 
26hb My Imam and I bawa zafran pergi photoshoot kat studio Jabbe. Puas hati gambar dia. Jabbe ni la selaku videographer aku masa kawen dulu. Sekarang dia dah berjinak2 ketip2 gambar. Memang talented. nanti aku review pasal jabbe. Zafran behave sgt. Mesra kamera. Selesai shoot trus kitorang gerak ke baby spa kat damansara. Nangis je dia terapung dgn neckfloat dalam tab tu. Puas staf kat sana pujuk dia. Tak jalan jugakkk. 

April

Hujung bulan tu zafran demam balik. Kali ni takde dah kaedah2 bawang ni. Mama ngn abah reject abes2. So bawa g klinik je la.

May

Sepupu buat besday party anak dia yg ke 1 kat KFC setia alam. Ada aku tulis dalam entry ni.

June

Cuti sekolah 3 minggu ni bawa My Imam bawa aku dan zafran ke Sabah bahhh. Ada jugak aku cerita dalam enty ini.
Zafran dapat sepupu baru. Anak Abang My Imam yg no-2. 

July

Aku menyaksikan gigi pertama tumbuh di gusi anak aku. Gusi bawah. Patut la meragam jee.
Raya 3 beranak tahun ini disambut bersama parents aku. Atas permintaan My Imam nak merasa beraya kat kampung.Nak rasai suasana kampung. Maka bergerak lah kami ke Rembau. 

Bulan ini juga aku sudah berbadan dua.

August

ujung bulan tu Zafran demam lagi. kali ni demam nya berpanjangan selama 1 minggu. Tumbuh ruam kat sekitar badan dan leher dia. tapi bukan denggi. Camna pun still amik darah buat pemeriksaan. Bagi minum air kelapa dalam beberapa straw trus hilang ruam2 tu. Wan dia kata itu campak keladi. 

September

Sambut besday zafran, Keterangan lebih lanjut ada dalam entry ni.

Oktober

Takde apa yang menarik berlaku di bulan ini.

November

pergi baby expo kat Mid Valley. Macam biasa borong pampers.
Sekolah My Imam ada buat sambuatan sempena usia sekolah nya dah berumur 100 tahun.
Wow...dan ini lah sekolah paling penuh manusia kat negeri selangor.
Ujung bulan pula besday babah. Tak buat preparation. Just bawa g jalan sekitar morib.

December

sambut ulang tahun ke-2 perkahwinan kat Gold Coast Morib. Tp lbh kpd melayan si kecik tu je main kat theme park. Pertengahan bulan pulak rumah aku jadi wakil pd perkahwinan kak sedara aku. Aku ingat nak bikin story sikit pasal ni sbb 1st time kan bawa zafran mandi manda kt tempat terbuka.

Minggu depannya pula pergi sg. klah kat Perak dgn keluarga mertua. balik tu kitarang 3 beranak itam. Zafran lg la merah muka dia mcm ketam bakar. Amik ms 2 mggu balik cerah mcam biasa. Haha cerah ke?

Seee...tahun ni lbh kpd melihat perkembangan tumbesaran Zafran. Tahun depan byk la kisah ye sbb Zafran nak beradik. Alhamdulilah syukur.

No comments: