Sekarang aku dah 35 minggu..wuwuwu tatotttnyewww. Masa zafran dulu tak salah aku minggu ke 39 kot aku bersalin. Setakat ni perut aku belum 'turun' lagi tapi aku rasa macam tak larat sangat. Kerja still boleh buat lagi tapi selalu sakit2 punggung, belakang dengan kepala. Zafran pula makin manja je aku tengok dia dengan aku sejak 2 menjak ni. Dan aku pun manja2 kan dia...layan dia...ye lahh tak lama lagi nak beradik. Ni je lah masa yang dia ada nak jadi anak plg manja. Lepas ni aku tak tahu la nak bahagikan kasih syg mcm mana.
Mampu ke aku nk jadi ummi yang adil dan saksama? Zafran pulak jenis yg kecik hati ke besar hati?
Akan termarah2 kah aku kalau dia buat sesuatu yang boleh menaikkan darah aku? Bakal abang long penyayang kah dia? Dia akan rasa tersisih kah nanti? huhu kesian dia. Kecik2 dah ada adik. Aku yang umur da 30 ni pun still tak de adik. Anak aku belum 2 tahun dah ada adik depan mata. Harap2 aku tabah lah meniti hari mendidik zafran dan adik nya.
Hehe..suka sangat patahkan kaki buat macam tu. My Imam banyak kali tepuk2 kaki dia. Risau kot, haha.
Dua beranak ni memang rapat. Zafran lagi suka cari abi dia dari aku. Mungkin sebab My Imam lebih rajin layan mood dia berbanding aku yang moody2 sikit. Ehh takkk. Aku rasa sebab abi dia ada kereta leh bawa dia jalan2. Tu yang asek membodek je..(daku jeles)
Ku belikan baby chair dengan harapan dia dapat makan dengan tenang dan suka makan selalu tapi...huhu dia mainnnn je kat dalam tu. Sabo2. tahun depan kalau mcm ni jugak..Ummi standby rotan.
Ni port favorite dia kalau masuk dalam kereta atok dia. Kadang2 tu siap julur kaki.
Zafran dari kecik memang tak betah duk dalam stroller. Dia prefer di dukung tapi bila kitaorang cuba stroller Jusco ni dia behave sangat duk dalam tu sampai tertido. Mungkin dia selesa dengan keluasan dalam tu. Tapi baru ni aku letak dia dalam stroler masa kat expo baby, nak pulak dia. 2 jam jugak la dia behave duk dalam tu. ermm...macam2 la anak ummi ni.
Train dia kenal huruf jahiyyah. Sepatutnya seawal 6 bulan lagi tp dah kami dapat info lambat. Takpe la nanti kat adik dia boleh praktis.
Dia suka buku tapi suka koyak sana sini. Tapi at least minat nak pegang selak2 tu ada.
Hari tu 1st time bawa dia g IKEA. Phewwww penat jaga dia sebab meraaaaaaagammmm dari awal sampai balik. Kejap nak dukung kejap nak berjalan...merengek2 lagi. Bagi susu tak mau. Agaknya tak cukup tido, Tu tengok muka puas hati dia dapat dera kitorang.
Masa ni aku dengar keting2 dr dalam bilik. Bila jenguk...alahaiiii dia masuk sekeping2 duit shiling dalam tabung burger tu. Comel angat laaaaa. Pandai anak ummi menabung. Tapi kena pantau sebab dia ni suka masukkan brg2 dalam mulut. Tapi duit syiling tak pulak.
Ni muka pasrah kena urut dengan Cik Nab. Masa ni jumpa Cik Nab nak booking tuk urut badan pas bersalin nanti. Alang2 jumpa tu, kami suruh lah dia urutkan zafran. Lately asek terjaga2 time malam.
Ni pic pagi tadi...budak kecik tak mandi lagi.
2 comments:
tertunggu2 entry terbaru amy.. akhirnya publish jugak.. moga amy selamat melahirkan & abg long dapat jaga adiknya dengan penuh kesabaran.. ihihihii
Mekaseh kak ngah...haihh debar2 dah kita ni:)
Post a Comment