Kenapa minimalis atau lebih tepat yg aku nak sasarkan rumah teres ? sebab penting untuk kita berangan ikut kemampuan diri. So setakat ni, ini lah yang aku rasa
Aku sedikit kesal dan kurang faham dengan kebanyakkan penduduk rumah teres dewasa ini. Semua ambil keputusan mudah dengan menyimen (marah cikgu BM aku nampak) halaman rumah diaorang dengan penjelasan nampak luas dan kereta kami lebih dari 2. Eh sape aku nak kesal2 bagai. Mama ngan babah aku pun buat macam tu, haha. Ok la...mungkin misi diaornag tak sama dengan aku. Aku suka rumah tu nampak kehijauan. Aku kan bekas pelajar terbaik geografi (padahal aku dapat B je masa SPM) .Kalau tak hijau pun biar la nampak macam konsep bali atau halaman kampung pun jadi lah. Sapa kata rumah kecil rumah teres tak boleh buat macam tu. Ni puas dah aku google2 gambar2 landskap yang bagi aku tak nampak semak sesuai dengan persekitaran rumah teres.
Memang la dulu aku amik kos pertanian tapi aku takut tak dapat maintance jaga pokok2 ni. Mungkin juga aku akan hanya tanam pokok karpet...sahaja. Tapi aku suka lanskap ni. simple yet elegent kata omputeh. Tapi takde tempat duduk nak menikmati kehijauan depan umah ni. Meh cari tempat duduk sat.
Haa nindiaaaaaaa tempat duduk. Nama pun duk rumah teres. Kemana lagi kita nak melepak kalau tak kedepan rumah ye tak?? Aku imagine yang petang2 pas Asar , kami anak beranak termasuk mama dan babah duh kunyak2 bakoi sambil hiup air kopi panas. Sesambil tu baca majalah ke paper ke...dan berbual2 sampai la nak masuk waktu magrib. Heaven.
Depan tu space yang ada aku wujudkan juga taman mini. Nak la jugak nampak hijau2. Hijau kan warna syurga. Heaven.
Ataupun yang paling tepat aku buat macam ni. Tiada rumput, hanya meletakkan batu2 kecil sebagai tapak. namun masih berupaya meletakkan tumbuh2 an dia atas pasu sebagai hiasan yang mampu mendamaikan jiwa. Yang ni dalam wish list aku. Nice. nama pun rumah teres kan. so just nice. jangan lebih2 nanti nmpk semak.
Ponnnnn cantikkk!!
Sukaaaaaaaaaaa!!! Derapan air yang jatuh menerpa batuan2 kecil mampu menenagkan jiwa yang tak keruan dengan pelbagai kenaikan harga barang di pasaran. (otak aku serabut dah ni)
Urmmm kecik....aku nak yang macam pic no 2 dgn 4 tu...leh duduk bersila ramai2. Rewang potong bawang pun selesa.
urmmm...boleh laaaa...tapi nak gak yg macam pic no 2 dgn 4 tu.
Eh laaa nape anak Che Ta masuk wish list aku ni...haha..suka la tengok baby dia. Mengingat kan aku pada baby Tom cruise, Suri.
2 comments:
Cantikla buat gini.. i suka yang no 3 & 4.. tapi apakan daya.. rumah i dah abis kene mozek.. :( cuma rasanya no 4 tu bole diaplikasikan.. ihihihi.. congrats la umminuraimi.. artikel ni sgt bermakna.
alaa...bole je kak ngah...beli rumput karpet tu...letak pokok bunga sikit2 pun dah jadi:)
Post a Comment