Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Friday, 31 October 2014

Zafran sedang membesar bagaikan Juara!

Assalammu Alaykum...

Dah jadi mak2 ni aku sering kebuntuan idea nak share apa kat blog. haha tipu...lagi byk ada la.. Ikut kan dalam kepala ni berderet2 aku nak update pasal perkembangan si kecil ni tapi tak buat2 juga. Bila nak naip tu semput semacam je jari aku nak menari atas keyboard ni. Entah lah...simptom mak2 macam ni kot. Eh aku kena juga update sebab aku tak pasti serebelum dgn serebrum aku ni leh fungsi sampai tahun berapa tahun je lagi...sekarang pun banyak benda yang aku buat dah lupa2. Tu baru urat putus 2.

Zafran sekarang makin aktif. Umur dia setahun 1 bulan baru la boleh berjalan dengan sempurnanya tanpa bantuan orang. Tapi kalau dia jalan terlaju sikit dia akan jatuh bangun balik. Senang cerita keseimbangan badan masa berjalan laju tu kurang stabil lagi. Sekarang ni dia gigih meneroka kawasan dalam rumah atok wan dia. Masuk bilik sana, masuk bilik sini. Hari tu diam2 dia nak masuk jamban tapi tak sempat, kena sergah dengan wan dia, pastu dia buat u-turn dengan muka selamba menunjukkan konon nya takde agenda masuk tandas dalam kepala dia. Geram je aku tengok,



Bila ada tetamu datang, dia la orang paling happy. Mana tak nya, dunia dia dalam rumah tu tengok muka kitaorang je kan so kita paham la kenapa dia happy tak tentu pasal. Ramah pun ye. Suka berkawan. Tapi Zafran still budak2 nerd dalam bersosial. Aku perhati kan selalu je dia ditolak, diusik sana dan sini oleh sepupu sepapatnya dan zafran hanya membatu je kat situ. Tau2 je dapat blusher kat cuping telinga. Takpe la nak...sila belajar bersabar ye macam ummi ni. (mata ke atas) Pada aku tu biasalah. Zafran kan saiz badan kecil so aku dah expect benda macam ni, Alahh kita yang besar ni pun geram tengok budak kecik halus apa lagi budak kecil yg belum mumayyiz lagi. Cuma diaorang ni tak reti nak berlembut lagi bila tunjukkan 'kasih sayang' tu. Yang dalam pic tu kira 3 pupu dia. nanti bila dia orang ada anak2 baru panggil kupu2 kot.




haha pic ni paling tiutt. aku suka. spontan ye aku snap ni. Bukan paksa2 suh berdiri dekat2 pegang botol air. Since Zafran dah pandai teroka rumah ni kitaorang kena berhati2 dalam banyak perkara bila nak letak barang2 kecil macam duit syiling,,kertas kerja My Imam..sebab zafran ni suka mengutip lalu masuk mulut. Setakat yang kitaorang perhati tu dapat la halang benda2 remeh temeh yang dia buat. Tapi yang kitaorang leka, wallahualam. Hanya Allah je nampak. Moga dilindungi dari perkara2 yang tak di ingini ye nak.


 Most of the favorite one yang dia suka buat kacau kitaorang tengah solat. Pantang nampak bentang sejadah, nak pakai telekung/songkok, mesti nak mengendeng kat situ. macam2 aksi akrobatik la dia akan buat supaya kita alih pandangan kita kat dia. Tapi aku dan abah aku redha. Kitaorang takde halangan. Jangan buat spekulasi tentang gambar ini. Sebelum abah aku solat dia dah notis yang tak perlu angkat zafran dari sejadah, abah aku boleh sujud ketepi. Mungkin dengan cara ini lah secara halus kita ajak generasi kita mencintai solat. Kalau asik dihalang tiap kali dia dtanag kepada orang yang bersolat nanti bila besar taku2 dia ingat yang solat hanya untuk orang dewasa dan tua2 sahaja.

Tapi aku pun agak2 la mengawasi si kecik ni. Kalau dah dia dok tertenggek 15 minit kat sejadah tu takkan lah aku takde hati perut nak ambil dia dari asek ganggu solat atok nya kan. Haha kang tak pasal2 abah aku tu rukuk sampai 1 jam kat situ, haha.


Buat pertama kalinya zafran aku bawa ke kedai gunting rambut. Memula cuak jugak kitaorang nak bagi dia potong rambut kat sini pakai mesin...erm..tak luka ke nanti, bila dah tengok sendiri owhh smoothnya. takde menda pun. Tak botakkan tapi trim sikit2 je. rambut dah la sikit, payah nak tumbuh lebat..tu yang tak sampai hati nak botak kan.

Zafran la ni suka 'mengemas' rumah. Kecik2 pun dah rajin tau. Rajin punggah baju keluar bakul, rajin sepahkan barang mainan, rajin buka tutup laci dan kabinet atok wan dia, Rajin keluarkan bawang dari bakul bawang...ermm apa lagi ye...dah la paning kepala aku dengan tahap 'kerajinan' dia ni.

Kesimpulannya perkembangan zafran selari la dengan usia dia. Gigi lambat tumbuh tapi kuat membebel tahu macam orang tua. Masalah tinggal 1 je. Corak pemakanan dia. Kurang minum susu tapi berminat dengan makanan orang dewasa. Jenuh ko tengah nak makan malam tu kena kunyah2 hancur sikit dalam mulut pastu suapkan kat mulut dia. Aku dengan My Imam bergilir suao dia macam tu, kalau di asing kan letak dalam mangkuk dia, haram nak makan. Pesen apa kah ini? huhu. But Alhamdulilah kalau di beri roti dan biskut dia dah boleh suap sendiri:)

2 comments:

airaniez wirdani said...

congrats amy zafran dah pandai jalan.Seronokkan tengok anak2 kita membesar? Kita ni dah nak due anak kedua pun masih rindu teringat zaman hayfa baru lahir... Semoga Zafran terus membesar bak juara! aamiin :)

amynur said...

Betul tu Aira. Rasa macam semalam je lahirkan dia tup2 dah pandai jalan. Hayfa pun nak beradik dah kan:)