Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Tuesday, 28 February 2017

Zafran 1st day school

Assalammu Alaykum....2017!!!

Yeayy my 1st ever post in new year. Kita mulakan dengan kisah anak aku....My little along is Abam Zafran. Abam tahun ni umurnya masuk 4 tahun. Tapi kalau kira dari bulan dia lahir baru menginjak 3 tahun 4 bulan. Sangat awalkah aku memasukkan dia ke dalam sekolah? bagi aku macam awal tapi recent ni macam common sangat anak start sekolah since umur 2-3 tahun lagi. Apa lagi abam yang 4 tahun ni. Atas beberapa sebab yang reasonable lah aku masukkan dia tadika sebenarnya.

Faktor paling utama aku nak dia belajar bergaul dengan kawan-kawan sekolah. Aku nak dia didedahkan dengan hidup berperaturan. Ala peratutan yang simple2 lah level dia kan. Lepas buka baju letak dalam bakul kotor, nak makan ambil pinggan sendiri...senang cerita menjurus kepada kemahiran kendiri. Haaa kau ayat!!

So bermula lah hari pertama aku hantar dia ke sekolah berteman kan mak mertua aku aka nenek dia.
Pakaikan baju biasa je sebab uniform tak beli lagi. 1st masuk skolah dia terus meluru nak main gelongsor. Aku perhatikan je dia dari tepi. Sekali sekala aku panggil nama dia ajak masuk dalam tadika. Tapi tak dilayannye. Sementara dia tengah leka tu aku masuk ke dalam kejap nak amik uniform baru dia. Berjaya jugak pujuk dia masuk dalam sebab nak tengok saiz. Tapi mengamok nak keluar balik sebab nak main gelongsor, haaaihhh!

Lepastu ada annoucement, teacher suruh kumpulan anak2 kat tapak assembly. Ada seorang conductor cilik kat depan bagi arahan. Doa dan nyanyi lagu negaraku kemudia lagu negeri selangor. Bila sampai nyanyi lagu sekolah,,macam akustik sebab kurang muzik latar. Tetiba air maa aku bergenang...hahah mana nak sorok muka ni. keliling aku sume mak bapak. Yang perasan sorang mak ni berdiri sebelah aku dah terpandang2. Giler touching lirik lagu dia. Memang sebak ahhh. Dah macam lagu nasyid ibu oh ibu yang aku pernah nyanyi masa sekolah rendah dulu.

'doa restu...ku ptuskan untuk mu ibu,...semoga diri ibu bahgia..dia akhirat yang kekal abadi..'

Haaa lebih kurang lah mood dia tu. Dah tak tahan sangat aku berdiri sebelah anak aku. Duk mencangkung nak sama level ngan dia. kang aku diri terus mak pak yang kat belakang tak dapat tengok anak2 diaorang. habis je lagu sekolah syahdu tu baru lah lagu2 ceria berkumandang. Semua budak menari tapi anak aku keras. Bila aku hayun kan tangan dia...tahan lak dia keraskan tangan,,,aihhh macam nak hayun kan lesung batu pun ada.

Ok...untuk minggu persekolahan yang pertama ini, Tadika dia hanya berjalan selama 2 jam sahaja. dari pukul 8 hingga 10. Sekejap sebab ia nak pelajar2 tcaz sesuai kan diri dengan masa dan persekitaran tadika tu. Almaklumlah...kanak2 lagi. cuti sekolah lama...so nak mulakan balik sessi persekolah tu, mungkin ada yang 'terkejut' tiba-tiba kena bangun pagi..yang buat hal meraung tak nak masuk kelas atau lain2 lagi. Apatah lagi untu pelajar yang baru pertama-tama kali bersekolah macam Zafran. Seperti yang di jangka, zafran menangis jugak bila aku acah2 tinggalkan dia.

Hari pertama jam pertama parents boleh duduk sama2 dengan anak dalam kelas. Alahh kelas dia more to bermain je. Nama pun playschool.Aku perhati je tengok dia bermain...zafran tak ramah pun, suam-suam je dia. Tapi tak jugak menyombong. lek2 je main dengan kawan2 yang ada dlam kelas tu. Bila masuk jam kedua, ibu bapa diarahkan keluar. Aku keluar dan zafran tak perasan  sebb tengah leka bermain. Bila aku keluar dari kelas aku still tak balik. Masih menunggu dia kat luar kelas. Maka bermula la babak2 anak kecil menangis meronta2 di balik pagar besi. Aku perhati kan aje. Nak sedih ada...nak gelak pun ada...haaai anak..anak..

Aku yang dasar mak mak pulak...anak dah elok2 tak nangis...aku pergi tinjau dia kat tingkap2 kelas. Sampai kat dapur aku dok intai. Masa tu, zafran dah mula perasan kehadiran aku kat celah2 tingkap...tengah elok2 tu..terus dia menangis cari aku. dah nampak kelibat baru teringat ada mak, haha. meluru dia keluar dari kelas tapi ada teacher jaga kat pintu. Apa lagi maikn bertambah la pelakon air mata kat pintu tu. Lastly teacher yang jaga pintu tu terus buka pintu bagi ibu bapa masuk balik. Kesian tengok anak dok teriak sana sini....apa pun bagus juga untuk hari pertama macam ni. Kita tengok anak tu macam mana hadapi persekolah tanpa ibu bapa. Tu semua percubaan je.

Apa yang aku dapat aku simpulkan tentang zafran ni, kita boleh tinggalkan dia tapi bukan depan mata dia. Pergi masa dia tengah leka...dan jangan munculkan diri sehingga tamat sessi persekolahan. Kalau tak,,,drama air mata.  Haha tudia teori ummi.



No comments: