Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Monday, 21 July 2014

Diary Ramadhan Zafran


Assalammu Alaykum...

Sabtu hari tu bawa baby zafran ni pergi PKNS. 3 beranak cari baju raya. Gigih aku dengan My Imam tawaf setiap booth yang ada kat PKNS, SACC mall dgn Plaza Alam Sentral. Bawa Zafran lagi memang menambahkan kehausan tekak aku pada hari sabtu tersebut. So  tengok la aksi dia bila aku sarungkan baju melayu dengan songkok. Nampak anak bujang sangat Zafran ni bila pakai macam tu. Sebak lak tetiba..haiihh.

















Suka je dia...baju ni aku beli kat PKNS. tak ingat booth mana. Marathon wooo cari baju melayu ni. Mana nak dapat yang jahitan kemas, kaler ala2 pastel...penat sangat dah aku masa tu. Dengan sakit belakang lagi. Pengajaran!! kalau nampak yang berkenan terus je beli. tak yah nak survey2 rege sangat. semua lebih kurang je. Bila harga lebih, kualiti lebih. harga murah kualiti pun murah. Rege baju ni RM39. Lepas tawar RM35. Ada je baju melayu baby. Tema tahun ni nampak gaya warna coklat sebab tak jumpa baju melayu baby warna dusty blue. haha. 

Songkok tu saiz 18. Ikut kan saiz dia 17 tapi My Imam kata takpe la beli besar sikit. Tahun depan leh pakai lagi. Nak jimat punya pasal, baju raya zafran dengan songkok semua gedobos2 je..haha. Oh ye..songkok tu beli kat depan pintu masuk SACC mall. RM20 je.


Kisah hari Ahad nya pulak...aku, My Imam , mama dan babah semua menyibukkan diri mengemas rumah. Kata orang ni kemas yang teliti. Segala bapak sawang, habuk 5 inci atas lemari dengan lansir segala di basuh. Tiba-tiba...dushh terdengan bunyi berderai dalam bilik..

  Pecah tabung dah...abes syiling2 kat situ. Aku takde la marah...cuma rasa diri agak cuai sebab dah tahu zafran memang suka 'memancing' sekarang ni sepatutnya akau dah alihkan tabung dia tu. Nasib la tabung plastik. 

Lepas dah kutip semua syiling tu kitaorang kembali kepada tugas masing-masing...tak lama lepas tu mama menjerit dari dapur. Mama suruh aku datang tengok apa yang dia tengah tengok. nak tahu apa?? ni haaa


patut la diam je....tak kacau kitaorang buat kerja. rupanya membawa diri, haha. nasib baik tau tak jatuh tergoleh dalam bili air dengan walker dia tu. Haaihh urut dada jap. Ape sal sampai kesitu zafran ummi ni haha.

tu la kalau dah masing2 sibuk buat kerja, boleh jadi lupa kat anak. Ini satu pengajaran. walaupun anak aku dijumpai dalam keadaan 'selamat' tapi kena selalu beringat dan berwaspada. Haha...dah masing2 leka mengemas rumah. Nasib baik wan dia cepat tersedar. phewww!!


Gambar paling baru...gigi nan sebatang. Time tido boleh snap. Kalau tak dia malu sorok gigi cumel dia tu. Tapi senget. Ikut gigi ummi ni senget benget.

2 comments:

Aty Fared said...

alololo...comel nya pakai baju melayu ngan songkok.... :)

amynur said...

eh eh ati la..terharu jap. Thanks ati:)