Pagi tu lepas solat subuh, amy baca yassin yang dihadiahkan oleh arwah ayah kandung amy sempena kelahiran amy yang ke 26 yang lalu. Sebak juga nak jadi isteri orang ni. Berdebar jangan cakap lah. Cuma risau takut kena serangan sakit perut masa kat surau nanti. Haha…amy ni kalau nervous mula la perut buat hal nak ke toilet. Tapi sebab dah decide dalam kepala yang takkan jadi apa-apa, tu yang rasa kurang nervous dan perut alhamdulilah normal dan sihat sehingga esok.
Lepas solat tu, tengok kat luar lengang lagi. Sempat lagi la amy menyapu laman depan pelamin. Amy jenis tak boleh tengok sampah atau pasir2 kat umah time orang nak datang rumah. Tangan pun gatal ambil vakum. Bakal pengantin mengemas ioulss. Haaa zaman takde dah istilah raja sehari. Sapa lagi nak buat kerja tu. Almaklumlah anak tunggal. Sedara mara amy semua belum datang lagi. Bukan ada rewang pun macam zaman mak-mak kita dulu.
Pukul 8.30 macam tu baru lah sedara mara nampak muka, hehe. Haa time ni baru leg feeling raja.
Pukul 9.00 macam tu, kak nor selaku mak andam datang. Masa dia andam tu berdebar jugak nak tengok muka kat cermin. Maklumlah seumur hidup tak pernah bermekap tebal. Mekap nipis pun jarang. Tak mekap tu yang selalu. Kata orang maintain natural beauty. Pppfffffff.
berhempas pulas tau nak tudung berlapis-lapis masa ni, haha
Tepat pukul 10.00 da siap mekap. OP dan OV pun sampai. Sessi bergambar ala model dalam bilik bermula. Bosan sesangat sebab banyak arahan dari OP. Memang tak suka aksi buat-buat. Suka yang spontan. Tapi nak buat macam mana dah nama pun kahwin. Wajib lah ada aksi buat-buat.
ada nervous sikit masa ni, Jabbe tengah interview saya
Pukul 10.30 baru lah amy dan pihak pengantin perempuan bergerak ke surau.
dari kiri atok, cikgu, along(selaku wali), haji kaka (ejen andalusia), tok kadi yang penuh kejutan dan abah tersayang
Ye…pengantin perempuan lambat sampai sampai pengantin lelaki dah nangis2 kat tepi tok kadi, hehe (guaru je). OP punya pasal la ni. Semangat benar nak amik gambar sebelum majlis. Makan hati tau. Tak sempat nak rasa debar-debar pengantin tu.
Bila dah kelam kabut tu, memang kita semua tak teruskan majlis. Amy ni still termengah-mengah lagi kat dalam surau. Kadi pun mulakan mukadimah. Bukan sekejap tapi setengah jam. Bayang kan lah….dari termengah-mengah tu terus muka biru sebab menahan darah yang berhenti mengalir kat pelipat kaki. Haha duduk bersimpuh la katakan. Namapun pengantin takkan lah nak julur kaki pulak. Terpaksa la gagahkan diri untuk berapa lama lagi pun tak tau la..
Kira-kira pukul 11.10 minit macam tu, kadi pun akhirnya menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengan bakal suami. Masa ni semua orang dah angkat kamera....
No comments:
Post a Comment