Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Friday, 26 April 2013

Alahan sewaktu hamil

Assalammualaikum...

Alhamdulilah...hari ini genap 20 minggu saya hamil. 5 bulan :)

Sejak saya hamil, saya tidak mengalami morning sickness yang teruk. Tapi saya mempunyai tabiat makan yang sangat cerewet serta angin yang banyak.

Saya memang seorang pemakan. Saya tak da alahan atau sekatan makanan. Tiada masalah. Tetapi sejak saya hamil, saya jadi sangat cerewet. makanan yang pedas, bercili, warna merah, bergoreng, berminyak dan bersup saya tak boleh jamah. Jika tidak, saya akan muntahkan balik semua dalam masa sejam.

Selain itu badan saya berangin dan sendawa yang tak putus-putus. Maka saya terpaksa berpantang makan, makanan yang berangin.

kalau waktu saya bkerja, time lunch saya hanya lalu makan kuetioew ladna seafood. Sampaikan akak kedai tu dah hafal selera saya, hehe. Minum pula dutch lady perisa strawberry.

kalau yang berkuah tu cuma yang likat2 boleh. Macam masak kuning (masak lomak noghori), ikan masak 3 rasa dan kuah ladna. Amboiii senarai tuuuu walhal ni je yang pernah makan sejak hamil. Tak try lagi lain2.

Tapi minggu ni selera makin kurang. Kuetiow ladna dah tak jalan. Terpaksa la lunch makan roti2 je.
Nasib baik masak kuning masih boleh terima. Ingatkan dah masuk 5 bulan ni beransur baik tapi ntah kenapa minggu ni teruk balik. da start balik muntah.

Namun, saya tetap bersyukur pada Allah sebab saya alami alahan sebegini tak seteruk ibu-ibu hamil yang lain. Ada bermacam cerita saya dengar. makan sikit muntah sampai kena masuk air. Saya pun muntah juga tapi terhad pada makanan-makanan yang saya sebutkan tadi.

lagi satu, saya tak boleh biarkan perut tak berisi lebih dari 2 jam. kalau tidak angin akan dtg menyerang dan masa tu kalau masuk apa-apa makanan pun akan keluar balik. Makanya, saya perlu mengunyah apa-apa yang boleh setiap sejam. janji tak kosong.



Saturday, 20 April 2013

146 hari lagi

Salam Alaikum...

Sehingga entry ini ditaip, saya ada kira-kira 146 hari lagi nak jadi ummi. Dah mula terfikir barang-barang keperluan bayi dan ibu. Asik fikir nak beli botol susu jenis apa, brestpump yang macam mana...kalau boleh...kalau dizinkan Allah SWT, saya nak fully brest sepanjang 2 tahun lepas bersalin. Dah jumpa the best product bp tapi mahal sampai 2k.

Tapi kalau beli yang murah sangat takut tak dapat guna lama. Ada yang cakap jangan pakai yang manual nanti cepat patah. Haaihh macam terlalu awal kan nak peningkan kepala fikir pasal bp ni. tapi tak salah buat tinjauan awal -awal. Baik listdown awal-awal apa yang nak dibeli. Bila cikgu balik nanti, senang ajak shopping. Maklumlah setiap kali dia balik, selalu ada je hal lain yang nak diselesaikan. Jadi masa untuk kami berdua keluar berpeleseran tu agak singkat.

Ok lah...terpaksa berhenti disini. Saya banyak 'hutang' lagi kat blog ni. Nanti saya tunaikan satu-persatu.




Tuesday, 16 April 2013

I'M PREGNANT!!!

Kisah kawen-kawen pun tak abes lagi nak story pasal preggy lak? heheh. Takpe la yang itu stop sekejap. Kang tak tulis pasal preggy, ketinggalan pula dalam blog sendiri.

Syukur Alhamdulilah...rezeki Allah nak beri secepat yang mungkin.  Alkisah bermula bila cikgu dah berlepas ke Sabah menyambung perjuangannya sebagai 'lilin'. haha ye la sebab pepatah suka nyatakan guru adalah lilin yang membakar diri sebab berkorban masa untuk anak didik. gitewww.

Bila cikgu dan saya berjauhan, terasa macam nak sambung balik misi membakar lemak yang dah lama diternak ekoran kesibukan majlis hari tu. TAPIIII saya amik langkah berjaga-jaga. Sejak dah kahwin ni mesti lah ada naluri keibuan sikit. Ye lah mana tau sibuk diet tetiba dah ada baby dalam pewott. Haaaa tak ke pasal-pasal dapat status ibu kejam????

Maka saya segera ke klinik yang berdekatan beli alat penguji kehamilan. Tak mahal dalam...RM10 je.



Doc cakap seeloknya cuba masa pagi-pagi lepas bangun tidur. Dapatkan air kencing yang pertama. Rasa-rasanya kalau korang lah kan...nyeyak ke nak tidur malam tu sebab status korang mungkin akan bertukar pada esok paginya! dan saya pun gigih lah pagi tu titikan urin kat atas kit tu. TAHU TAK BETAPA BERDEBARNYA NAK TENGOK GARIS MERAH TU KELIHATAN ATAU TAK???
tetiba je tau. walhal kalau tak keluar pun, saya boleh teruskan misi berdiet. Tapi entah lah, lepas titik tu rasa darah berderauu. Buat dua tiga titik, beberapa saat pas tu....


Nampak tak apa yang saya nampak?? satu garis merah pekat, satu garis merah kabur. Bila masuk bilik, lama tenung benda tu. Macam tak percaya. Teringat blog Irene. Ada baca aritu yang dia test kit pun dapat result macam ni. Pagi tu pergi kerja, pagi-pagi dah buka blog dia dan halakan test kit saya dekat skrin komputer tu  bandingkan dengan irene puya. MEMANG SAMA!

Irene dah memang pregnat lah sekarang. Cuma status say ni masih tanda tanya. Saua google internet. Hasil yang saya dapati ialah 99.9% mengatakan PREGNANT . Cuma hormon kita tak cukup kuat lagi nak membuktikan garis merah tu double sepenuhnya sebab masih terlalu awal. Pendek kata belum sebulan. 

Maklum lah, saya pun baru lambat period bebrapa hari. tak cukup seminggu. Sebab tak puas hati lagi saya rujuk balik doc yang saya beli test kit tu dan tunjukkan dia. Dia mengiakan pendapat saya tapi dia nasihatkan saya tunggu lagi seminggu untuk menentukan kesahihannya. Baekkkk!!!

sejak hari tu saya pun menghitung hari. Over tau...masa nak kawen hari tu pun tak over nak tengok kalender tiap-tiap hari. Masuk hari ke-5, hati dah resah. Saya buat lagi test kit kat rumah dan hasil nya......


tadaaaa.....dah nampak dua-dua line tu seperti yang saya haapkan..Wahhh berharap tu. Yelah matlamat asal nak buat test kit ni, nak tentukan samada nak teruskan misi diet atau tak. Apapun keputusannya, saya etap bersyukur pada Allah SWT. Dia tahu apa yang terbaik buat kita.Alhamdulilah, Mummy to be!!!





My Sweet Solemnization


Pagi tu lepas solat subuh, amy baca yassin yang dihadiahkan oleh arwah ayah kandung amy sempena kelahiran amy yang ke 26 yang lalu. Sebak juga nak jadi isteri orang ni. Berdebar jangan cakap lah. Cuma risau takut kena serangan sakit perut masa kat surau nanti. Haha…amy ni kalau nervous mula la perut buat hal nak ke toilet. Tapi sebab dah decide dalam kepala yang takkan jadi apa-apa, tu yang rasa kurang nervous dan perut alhamdulilah normal dan sihat sehingga esok.

Lepas solat tu, tengok kat luar lengang lagi. Sempat lagi la amy menyapu laman depan pelamin. Amy jenis tak boleh tengok sampah atau pasir2 kat umah time orang nak datang rumah. Tangan pun gatal ambil vakum. Bakal pengantin mengemas ioulss. Haaa zaman takde dah istilah raja sehari. Sapa lagi nak buat kerja tu. Almaklumlah anak tunggal. Sedara mara amy semua belum datang lagi. Bukan ada rewang pun macam zaman mak-mak kita dulu.

Pukul 8.30 macam tu baru lah sedara mara nampak muka, hehe. Haa time ni baru leg feeling raja.


Pukul 9.00 macam tu, kak nor selaku mak andam datang. Masa dia andam tu berdebar jugak nak tengok muka kat cermin. Maklumlah seumur hidup tak pernah bermekap tebal. Mekap nipis pun jarang. Tak mekap tu yang selalu. Kata orang maintain natural beauty. Pppfffffff.

                                    berhempas pulas tau nak tudung berlapis-lapis masa ni, haha


Tepat pukul 10.00 da siap mekap. OP dan OV pun sampai. Sessi bergambar ala model dalam bilik bermula. Bosan sesangat sebab banyak arahan dari OP. Memang tak suka aksi buat-buat. Suka yang spontan. Tapi nak buat macam mana dah nama pun kahwin. Wajib lah ada aksi buat-buat.


                                            ada nervous sikit masa ni, Jabbe tengah interview saya


Pukul 10.30 baru lah amy dan pihak pengantin perempuan bergerak ke surau.

Sampai kat sana………oh myyyyy semua dah ada. Kadi pun dah menunggu. Cikgu pun dah siap bertentang mata dengan tok kadi. Memang tak pandang kanan kiri dah. Amy juga yang masih terhegeh-hegeh masuk surau cari tempat mana nak duduk. Tup- tup duduk lah belakang suami ehh bukan bakal suami, hehe.

 
dari kiri atok, cikgu, along(selaku wali), haji kaka (ejen andalusia), tok kadi yang penuh kejutan dan abah tersayang

Ye…pengantin perempuan lambat sampai sampai pengantin lelaki dah nangis2 kat tepi tok kadi, hehe (guaru je). OP punya pasal la ni. Semangat benar nak amik gambar sebelum majlis. Makan hati tau. Tak sempat nak rasa debar-debar pengantin tu.


Bila dah kelam kabut tu, memang kita semua tak teruskan majlis. Amy ni still termengah-mengah lagi kat dalam surau. Kadi pun mulakan mukadimah. Bukan sekejap tapi setengah jam. Bayang kan lah….dari termengah-mengah tu terus muka biru sebab menahan darah yang berhenti mengalir kat pelipat kaki. Haha duduk bersimpuh la katakan. Namapun pengantin takkan lah nak julur kaki pulak. Terpaksa la gagahkan diri untuk berapa lama lagi pun tak tau la..


Kira-kira pukul 11.10 minit macam tu, kadi pun akhirnya menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengan bakal suami. Masa ni semua orang dah angkat kamera....