Assalamualaikum
10 May 2012
Pagi itu aku bangun agak lemah namun hatiku sangat tabah. Melihat jam menunjukkan pukul 6.30 pagi, aku melangkah cepat ke bilik air. Kubersihkan diri sambil otak ku ligat memutar kembali memori bersama ayah. Banyak memori indah belaka bersama beliau walau kami dipisahkan sejak hari ke-6 kelahiranku. Ku lemparkan pandangan jauh ke tingkap atas. Cuaca masih belum cerah. maklumlah subuh masih menyinggah. Ku berhenti mencurahkan air lalu berharap waktu berhenti sekejap kerana lagi beberapa jam kami semua akan berpisah dengan jasad ayah.
7.30 pagi
Aku mengambil yassin. jarakku hanya sejengkal dengan jenazah ayah. Kakak setia menemaniku disisi sambil merenung wajah ayah yang semakin berseri. Saat membaca yassin, airmataku tak henti mengalir. Walaupun sudah masuk 3 kali.
kali pertama sekitar magrib (9 May 2012) petama kali melihat jenazah ayah
kali kedua tengah malam
kali ketiga dan terakhir (10 may 2012) jam 7.30 pagi
kakak memujukku agar tidak menagis kerana tidak mahu roh ayah bersedih melihat puteri2 nya bersedih.
Usai membaca yassin ku pandang lagi wajah ayah, makin berseri. Tulang pipi ayah makin naik. bibirnya seolah-olah menguntum senyuman. wajah ayah seakan berpeluh dan tidak pucat. Ramai tamu yang menjenguk wajah ayah menyatakan ayah seperti sedang tidur.
pukul 9.00 pagi
ku lihat luar rumah orang ramai semakin memenuhi rumah ayah. Abah yang kusayang sedang sibuk membuat tirai di beranda rumah untuk urusan pemandian jenazah ayah. Sempat ku bertanya 'abah mandikan jenazah ayah mat tak nanti?' abah tersenyum sambil mengangguk.
Seketika kemudian jenazah ayah telah diangkat ke beranda rumah untuk dimandikan. Along, abah, Cik Duan serta beberapa orang lagi bersiap sedia menjalankan tugas masing2. Aku dan kakak hanya menjenguk di celah2 kelambu. Ustaz yang mengetuai pemndian jenazah ayah menjeling ke arah kami sambil mempelawa kami memandikan sekali jenazah ayah. Betapa girangnya hati kami berdua. aku dan kakak mengambil tempat berdiri disebelah abah dan along. kami mengambil tempat membasuh kakinya. Tiba-tiba kelihatan mak berdiri di sebelah. Mak hanya melihat. mak lihat penuh minat. Tidak menangis dan sangat tabah. Mak kata ' ini lah saat-saat akhir kita semua bersama ayah. jadi mak tidak mahu mensia-siakan masa yang tinggal kerana mahu puas- menatap wajah ayah.
pukul 9.30 pagi
jenazah ayah dibawa masuk semula kerumah, kami kafankan arwah bersama-sama. Kami adik beradik tidak menangis. hanya mahu jenazah ayah diuruskan dengan baik tanpa ada masalah. Doaku agar dipermudahkan urusanny tidak putus2 ku ucap didalam hati.
Setelah siap dikafankan, tibalah masa mengucap selmat tinggal pada ayah dan memberi ciuman terakhir. Di mulai dengan mak, along, siti, aku dan kak ipar. Diikuti dengan sedara yang lain.
Kami anak beranak masih mampu menahan airmata. Ku cium, dahinya dahulu, pipi kanan, pipi kiri dan dahi semula.
pukul 10.15 pagi
Siren van jenazah berbunyi. saat menghantar jenazah ayah ke liang lahad. Setibanya di sana hati bertambah sayu. Malihat lliang lahad yang bakal ayah duduki membuatku insaf akan kematian. Membuatku sedar bahawa tiada harta yang dapat kita bawa masuk melainkan amalan2 yang kita buat didunia. Dan ayah adalah manusia yang sangat bertuah kerana sehingga kini, dia masih diingati sev=bagai seorang yang peramah, prihati dan pemurah. Aku percaya, ayah sangat bersih dengan manusia. Tiada satu manusia pun pernah dia sakiti sepanjang hayatnya.
Satu perkara yang membuka mindaku pada pagi itu ialah, liahng lahad ayah nampak kecil. namun saat jenazah ayah dimasukkan, liang lahad sekan membesar. malah kurasa memebih-lebih pula. Ya Allah, besarnya kuasamu. Terima kasih Allah kerana permudahkan segalanya. aku bersyukur kepadamu. Sampaikan salam rinduku padanya. Terima kasih menemukan kami semalam sempena pemergiannya genap 44 hari. Terima kasih memberikan aku peluang mengucapkan selamt tinggal buat kali terakhir kepadanya malam tadi. Al fatihah.
1 comment:
Takziah again Amy..Setiap yang berlaku mesti ada hikmahnya...Bila beliau pergi,hanya jasad yang pergi.Tapi kita pasti,beliau akan selalu ada dalam hati amy..kuat k..
Post a Comment