Salam Ahad...
semalam malam minggu. Duduk dirumah mengadap TV. chanel Astro Oasis. Saya jarang-jarang sangat menonton astro sebab Tuan Haji pegang remote asek tengok Al-Jazeera memanjang. Berita tempatan memang dia pandang sebelah mata. Lalu, saya datang dudk disebelah menonton penuh minat (walhal, dalam hati meronta nak tengok papadom). Ambil hatinya dengan memberi responds berita-berita yang disiarkan di Al-jazera. Sampailah remote tu berjalan dengan relanya kepada saya. hehe.
Kira-kira jam 12 malam, bukak astro prima. Shooting nun jauh kat Spain sana. saya suka watak Suria. Ya, memang ada babak dia keluar berduaan dengan lelaki tanpa ditemani muhrimnya tetapi semua pertemuan itu tidak dirancang dan dia ada prinsipnya sendiri. Dia jaga batas-batas pergaulan dengan lelaki.
Disebalik watak Suria yang menjadi inspirasi saya, jalan ceritanya mengajak kita membongkar kembali zaman kegemilangan Islam yang pernah dilewati sekitar 9 masihi (maaf jika silap). Pada waktu itu lahir cendiakawan-cendiakawan islam yang tersohor didunia seperti Ibnu Sina, Al-khawarizmi, Al-Biruni dan banyak lagi. Kelahiran cendiakawan-cendiakawan islam di Bumi Spain ini telah mewujudkan berpuluh-puluh perpustakaan yang banyak menjadi rujukan pelbagai golongan.
Namun, apabila tentera kristian menawan bumi Sepanyol dalam Perang salib, banyak buku-buku ilmiah dihapuskan begitu juga perpustakaan di rosakkan.
paling menyedihkan Masjid Mesquita banyak diubahsuai menjadi gereja. menerokai tinggalan-tinggalan islam yang berada di Cordova melalui Blog-blog yang menceritakan pengalaman mereka disana (tengok kat blog orang je) hati meronta-ronta mahu menjejakkan kaki ke sana.
Insyaallah, satu hari nanti saya akan ke sana jua:)
4 comments:
Jom pergi Spain sama2 Amy! Haha.. Dulu masa time belajar ada gak budak2 studio kitorg bercita2 nak g sana.Last2 dapat g *Singapore* je..jadila kan..S gak..huhu
larr ye ke kak, hehe. Tu lah teringin sgt nak jejak ke sana. InsyaAllah ada rezki dan jodoh kita g sesama ye kak:)
certa kat tv ni
nak nengok nak jumpa xavi kena pgi spin dan ke barca
haaaihh bola jugak dihati en Brutal.
Post a Comment