ok lah, kalau nak bicara tentang malam Lailatulqadar, saya tak mampu lagi nak hujah panjang lebar disini. Biar lah orang yang tinggi ilmu agama yang bercerita. Saya??? bolehhh. Copy paste je lah ye.
Kalian (atau lebih mesra korang) mesti lah pada saat itu nanti (sepuluh malam terakhir) berhajat dan memang dah memasang niat nak bangun tetengah malam,
TIPS TIPS UNTUK MALAR SEGAR TATKALA JARUM JAM MENUNJUKKAN PUKUL 3 PAGI (ikut koranglah nak set time kul berapa)
1. Kurangkan makan
Ok, kalau sebelum ini korang selalu jadi insan 'pemurah' kat bazar-bazar ramadhan dan bertindak selaku Ahli Jawatankuasa Majlis Bandaran ketika berbuka, adalah disarankan anda bersara terus sampai lah 1 syawal nanti. Ini kerana, bila anda makan banyak, anda akan minum banyak. Untuk seketika, anda jadi lemah dan mengantuk. Then bila dah start beradu tu, potensi untuk bangun tetengah malam adalah sangat sangat tipis. Kalau berjaya pun, anda mungkin akan tersengguk-sengguk sewaktu solat tasbih rakaat kedua. Dapat??
Jadi makan sekadar yang ada. Janji perut tak kosong. Seperti kata Nabi, berhenti sebelum kenyang:)
2. Kurangkan aktiviti berat di waktu siang.
Kebiasaanlah, kalau kita memang kerja berat-berat seperti mengangkat lesung batu nak tumbuk kunyit beserta beberapa cili padi lalu dilumrkan pada ikan bawal nak masak.... Ok ni da melalut. Tolong lahhh sirius ehhh. Ok, yang ni tak tahulah nak cadangkan macam mana. sebab lain orang lain aktivitinya, atau lain pekerjaan, Bergantung pada tahap keupayaan masing-masing. Tak paham kan??? ok, contoh lah macam saya ni kerja office. Kerja office harus lah mengadap komputer berejam-rejam. mata ni kalau dok ngadap screen komputer direct 8 jam memanglah (Student pon sama, boleh jadi sehari suntuk kan? nak siapkan tesis punya pasal. saya paham sebab saya pun macam tu dulu;) penat. Dari segi mental dan fizikal. So, kurang2 kan lah aktiviti didepan screen, kalau sebelum ni duk berejam layan beautifulnara ka, beautifullife ka, pasal takut jadi sleeping beauty saat nak berjuang tetengah malam.
3. Kurangkan dosa dengan Allah SWT.
Semua dah mumaiyiz kan...dah akil baligh kan...tak handal lah nak hujah kat sini. Pepun boleh kot rujuk kat Ustaz Love.
P/S: Adapun 3 tips ini saya peroleh daripada Ustazah Siti NorBahiyah. Saya dengar tak dengar je time tu. tapi dapat lah point2 utama. OK lahh untuk peringatan diri saya sendiri juga. Tapi yang huraian-huraian tidak lah sebijik-sebijik dari Ustazah yanggg. Saya nak ucapkan pada yang membaca 'taip'an saya ni, selamat beramal. Suka sangat-sangat lah kalau kita sama-sama saling ingat mengingati tentang kelebihan Ramadhan dan Selamat Beramal.
No comments:
Post a Comment