Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Friday, 29 April 2011

Subjek Muka Bumi


Salam...tadi mengadap lagi muka owner tmpat tusyen tu. Bincang bab yang paling sensitif iaitu gaji. Adalah 'kes' yang tak selesai lagi kat situ. Niat di hati nak berhenti mengajar dah kat situ. Fed-up saya bila gaji kita sering dilewat-lewatkan. Bukan lah berkira sangat pasal gaji tetapi minat yang mendalam dalam (banyak sungguh dalam) bidang perguruan membuatkan saya sanggup menuang minyak berpuluh ringgit menimba ilmu di Pusat Tusyen tersebut yang jauh beribu batu. jauh giler ahh lau naik basikal. Tapi saya drift, dulangi drift 140/km sejam (Kesas Higway jek punn) maka boleh sampai 20 minit sahaja.

..dan Cik owner menujahkan soalan...'Amy, you boleh ajar Geografi form 1, 2, 3?' alamakk, baru je fikir nak berhenti hujung bulan depan sebab 'masalah pengurusan wang' dia beri kita 'job' baru pulak. So, nak hamik ke tak?

Fikir dari sudut kerohanian
1. Allah nak beri rezeki ni, tiap hari berdoa agar dipermurahkan rezeki...alhamdulilah.
2. Duit sampingan makin bertambah walaupun gaji dibayr lambat, raya tahun ni boleh bergaya sakan, simpan tuk kahwin lagi, (walaupun calon suami masih samar-samar, sebab jiwa rabak lagi) alhamdulilah.
3.Ilmu pengetahuan mengenai hal muka bumi akan bertambah. Dulu kau pelajar, malas sebabtu Geografi dapat B je. Sekarang nak mengajar anak orang, mesti berusaha lagi pandai dari anak murid. Secara tak langsung kita boleh membicarkan hal Tsunami dengan keyakinan yang tinggi setinggi ombak nya.

Fikir dari sudut NATES (terbalikkan lah)
1. Buang minyak kereta nak datang tempat tusyen hari-hari. Yang ni harus lah sebab bukan bawa basikal.
2. Nota kau kena provide sendiri (tanduk naik dah). Yang ini gua rasa gua boleh. Sebab cita-cita gua dulu pun nak jadi penulis buku sekolah tapi tak kesampaian.
3. Life kau dihujung minggu terpaksa dikurang, sementelaah pulak rancangan kau nak buat senam roobik konon-konon setiap malam, terpaksa dilupakan. Haaa yang ini gua lemah lutut tetapi dengan adanya pengurusan masa yang betul, sibuk macam manapun akan terlaksana jua. 

Betulkan balik bahasa kasar itu.....saya semula ok. Saya dengan ini berkorban demi cita-cita murni akan menerima tugasan mengajar subjek muka bumi dengn penuh rasa tanggungjawab.

Lepas ini, kena teman ayah tengok Natural Geografi kat Astro. Ayah, superb giler tapi anaknya pemalas tahap basikal.






6 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam
ayah ko paling best... buleh layan tv...kirim salam sama dia

Kimmy Kazuma said...

wasalam...
ayah memang best..dia layan tv sampai tv layan dia balik.huhu. nant akan saya sampaikan.

Khairul Hakimin B. Muhammad said...

brutal, saya suka part kim salam tu, ko belasah je seme ye, seme ko nak kirim, haha

Kimmy Kazuma said...

En Khairul ni..
kem salam jekk ponn

airaniez wirdani said...

Nice! Kalau ikhlas mengajar, suka berkongsi dan sebarkan ilmu, Allah akan sentiasa ada dengan u sis.
"3 perkara yang akan dibawa ke kubur-Doa anak-anak yg soleh,amal jariah & ilmu yang berguna."

Semoga Allah permudahkan semuanya.amin~

Kimmy Kazuma said...

mkase airaniez, atas doa itu:)