Rasa excited untuk kelihatan ramping seperti Maya Karin telah kembali. Kerana apa? kerana tidak mahu mensia-siakan masa bujang dengan hanya mampu memakai pakaian saiz L mahupun XL. Hambik, tau dah berapa saiz. Sementara ada motif 'nakal' yang perlu dipenuhi untuk bulan 7 ini, maka saya dengan ini mengambil peluang untuk meng'urus'kan badan. Untuk sessi warm-up, saya tidak lagi menjadikan nasi sebagai makanan utama. Maksudnya di sini ialah, nasi bukan lagi hala tuju saya setiap kali didapur tetapi makanan ini
Bukannn...bukan yang belah kiri tu...itu bekas beras, jangan di tengok. Lihat sebelah kanan. Saya makan cornflakes classic daripada keluaran Kelloggs. 'Actually' tak kisah lah dari keluaran apa pun janji emping jagung. Haaa bekas unik ni, saya dapatkan di pasaraya Giant Bukit Tinggi Klang.
Ini wajah hadapan Kellogs sebenar (Penjelasan macam lah kau sorang je yang penah makan benda ni, huhu eksaited dapat bekas hijau tuuu!)
Dann kusirami emping jagung ini dengan...
Dulu-dulu pernah diet makan emping jagung dengan milo panas then letak oat. Tapi kali ni pilih anlene coklat sebab terkesima dengan slogan nya untuk kekuatan tulang.
Belum habis lagi...ni ada satu benda lagi nak share dengan koramg...tadi kan...kan..kan...saya masuk guardian terus capai kotak ajaib nih!
Ini lah wajah yang kulihat di pantri office ku. testimoni terbaik ialah bos sendiri. Siyes, memang dia kurus tapi sangat rileks makan pagi petang nasi dan sebagainya. Dia nak senam?? tak pernah nampak pulak.
Harapan saya kali ini, semoga apa yang saya rancangkan berhasil untuk kempen kenduri kendara sahabat handai sekitar Julai nanti. Sesungguhnya, yang baik itu datang dari apa yang kita pilih untuk makan, yang tak baiknya apabila kita perlu siap sedia menekan lampu toilet sejurus selepas meneguk air teh beraura kan 'kamu mampu menjadi secantik Maya Karin. Renung-renungkan, selamat mengikat perut!
No comments:
Post a Comment