Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie Pregnancy tickers

Thursday, 3 March 2011

Kau Pergi Jua T_T

Salam...
Lately penat dan malas sangat nak update blog. Sejak mengajar ni, kurang dah masa nak bersosial dengan kawan-kawan. Baik di luar mahupun dalam 'alam maya'. En nazril, kawan maya saya pun dah jarang-jarang mesej. BFF ayong pun lama dah lama tak hang out . Sound macam busy sangat kan? Oohh tuhan, bagi lah aku kekuatan!

Ok...emosi tak stabil. Bila tak stabil entah ayat apa apa entah yang ku taip disini maka senang-senang orang lain baca sambil mulut terkuap-kuap.

Tompok saya dah meninggal. Ye dia sudah pergi. Pergi bersama jasadnya yang  kurus melidi. Dia sakit. 

Minggu lepas perut dia membesar dan mengeras. Ayah bawa dia ke Klinik Thomas. Doktor kadta Tompok disyaki mengidap penyakit hati. Dulu ada seekor kucing saya terkena penyakit ini. Kesudahannya maut.
Sama lah halnya dengan Tompok. Tapi lepas Tompok makan ubat tu, perutnya mula mengecil. Pada sangkaan kami dia akan beransur pulih tetapi tiba-tiba dia  jadi sangat kurus dan akhirnya tak berdaya lagi nak menjamah makanan. 

Saya sibuk. Ayah yang banyak uruskan hal dia. Saya boleh kata, saya tak jenguk dia pun, Hanya harapkan ayah sahaja yang jaga dia. Namun pada tanggal, 28 Februari March 2011, Mama telefon saya di tempat kerja. mama beritahu Tompok macam dah takde harapan. Terbaring sahaja. Saya tak sedih lagi. saya hanya beranggapan dia tak larat sebab dia takde selera nak makan dan kita sebagai penjaga harus menyuapkan air dan makanan ke mulutnya.

Pulang sahaja dari kerja, saya terus mendapatkan Tompok. 'Urm...cuma tak makan je ni.Suap pakai picagari, esok baik lah tu'. Masuk sahaja kerumah, saya selongkar picagari dalam laci kartun saya. Alhamdulilah masih dalam keadaan baik lagi. Kali terakhir digunakan sewaktu menjaga Bedah  yang diserang demam panas sehinnga menyebabkan keguguran 5 tahun yang lepas. Kini, Bedah masih lagi sihat bersama kami.

Air disedut menggunakan picagari lalu di masukkan kedalam mulut Tompok. Ada yang melimpah keluar balik dari mulutnya, ada juga yang dapat ditelan oleh Tompok.'' Lepas ni akak beli glukosa pula kat Klinik Thomas. Kena suap kat mulut. Tompok sakit cuma tak makan je ni. Ni akak bagi air dulu, Tompok mesti bertenaga balik'' Saya berbual-bual dengan Tompok. Saya menolak dakwaan mama yang dia sebenarnya sudah nazak.
Habis separuh bekas saya masukkan air ke dalam mulutnya, saya mula perasan ada beberapa ekor semut merah kerumun jasadnya. Saya jadi marah. Saya buang semua semut semut tu dari jasadnya. Sambil kata 'Tompok belum lagi nak mati!'. Saya dirikan dia. Tiba-tiba saya dengar macam ada bunyi pancutan air. Rupa-rupanya, Tompok kencing. Habis air yang saya bagi tadi dia keluarkan balik. saya akur dan mula faham kenapa. Saya ambil alas kaki getah dan letakkan di bawah Tompok. Sebelum tu saya sembur sekeliling pelapik getah dengan ridsect supaya takde semut yang kerumun dia.

Malam menjelang. Saya berbual-bual dengan mama di ruang tamu. Kami mengimbau kenangan masa mula-mula ayah amik dia kat Tanjung Harapan. Dia asek ikut ayah je. Manja tak pasal pasal. Dia kecik lagi masa tu. Ayah lak memang lembut hati tengok kucing. Tambah-tambah lagi jinak macam tu, ayah amik bawa balik ke rumah. Namun kehadiran dia tak disenangi kucing-kucing yang dah sedia ada kat rumah. Biasa lah mula-mula ada orang baru mesti lah cemburu. Tapi lama-lama jangan kata kawan baik, siap bercinta lagi you. hehe...ok mood sedih balik. Ayah memang sayang betul kat dia sampai saya pun jadi macam kucing kucing yang lain....cemburu! Sebab tu saya suka acah acah marah dia. Usik usik dia sampai dia marah balik kat saya, huhu.

Ayah baru pulang. Ayah menjenguk Tompok diluar sebelum masuk kedalam rumah. Ayah geleng kepala. Ayah pun paham. Menjelang tengah malam sedikit ayah tanya mana ridsect. Ayah nak semburkan kat bilik tidur. (rutin ayah sebelum masuk bilik tidur). Saya baru teringat saya tinggalkan ridsect kat tepi Tompok petang tadi, Saya dan ayah tak berkata apa-apa dan terus keluar rumah (gaya macam bersungguh-sungguh nak amik ridsect tapi sebenarnya nak tengok kondisi Tompok)

Bila kami keluar menjenguk dia....Tompok dah takde.

                                               

                  Macam mana ayah tak sayang kat Tompok??? Mana-mana ayah pergi, dia mesti nak ikut.
                                            (objek kecil berwarna putih itu Tompok)

                                                 Selamat tinggal...Tompok  T_T

2 comments:

Ayuza Yusof said...

Cedih nyee baca tentang tompok tuu amy...tragis sungguh lahh...tak apa lahh kita anggap je yg bernyawa pasti akan pergi juga...walau pun ayong malu2 dgn kucing tapi ayong pun sayang kucing...hihihihi...amy jgn sedih2 pasai tompok tuu...x salah kan kita mendoa kan dia hihihihi

kimmy said...

T_T...setelah seminggu semakin ok:)