Sunday, 13 March 2011
Cikgu tanya kampung kat mana je?
Pelajar N: Cikgu, minggu depan ada kelas tak?
Cikgu Aimi: Minggu depan kelas berjalan seperti biasa walaupun cuti sekolah.
Pelajar N: Tapi cikgu...saya tak dapat datang minggu depan sebab saya balik kampung kat Perak.
Cigu Aimi: Oh ye?? Perak kat mana tu? ( tanya macam satu kepentingan untuk tahu)
Pelajar N: Perak kat.....Perak kat Ipoh (sengih)
Pelajar S: Kenapa cekgu?? Cekgu kahwin dengan orang sana ke? (soalan berani tapi tak pandang muka Cikgu Aimi sebab komited nak habiskan ayat-ayat yang disalin dari Papan putih)
Cikgu Aimi: Kamu ni...(senyum tawar) Cikgu nampak macam dah kahwin ke?
Pelajar N dan S: A'aah nampak macam dah kahwin...macam dah tunang pun yer (penuh jujur)
Cikgu Aimi: (Cincin pun takde kat jari boleh serkap jarang pulak)
Mesej 1: Tanya lokasi kampung sudah menjadi soalan sensitif.
Mesej 2: Perlu diet secepat mungkin.
Labels:
Great Teacher KimmyKazuma
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
cikgu, nak ikut balik kg :)
hehe... nampak gayanya cikgu kena kawen cecepat dah ni
salam
cikgu..betul dah kawin ni ..melepas lagi
anon: tapi bukan kat Perak ye.
Dini: Dulu ya, sekarang tidak.
Brutal Solo: Cikgu masih solo, dulu kini tapi tak selamanya.
jadi cikgu pula ke..
mohammad...ye baru sangat:)
Post a Comment